Tuesday, June 23, 2009

berubah

Assalamualaikum.

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

Baru2 ini,banyak kematian disekiling saya.Namun ,yang paling terkesan ialah pemergian seorang mujahid muda berumur 21 tahun.Pemergiannya banyak menyedarkan saya.Muda bukanlah jaminan untuk kita tidak ditarik nyawa oleh ALLAH.Berbalik kepada mujahid tadi,saya kagum dan kagum dengan akhlaknya dan keperibadian solehnya.Sebelum mendapat khabar itu,saya futur,saya lalai.Ia seolah-olah satu tamparan dan amaran hebat dari ALLAH untuk saya.Saya mula berfikir kembali,jika ALLAH tarik nyawa saya kala saya lalai,tak terbayang bagaimana seksaannya.Benarlah ,cukuplah dengan kematian menjadi peringatan.Ia mengajak semua orang yang beriman dan hati yang lalai kembali mencintai ALLAH.Manusia selalu sahaja ingin berubah kan?Namun, tidak kuat.Lama-kelamaan selalu kembali ke tabiat dulu.Berdoalah.

2 orang dari 5 orang yang terlibat dari kemalangan itu telah cedera(mungkin dah beransur pulih) pernah menuntut satu sekolah menengah dengan saya.Mereka(Rahman dan Akram) junior setahun dari saya.Doakan mereka dapat menempuh ujian ini dengan sabar dan tabah.

Tuesday, June 16, 2009

updated

nk update pasal satu peristiwa
,tp x sempat..

jaga iman,jaga hati..

Thursday, June 11, 2009

nama bilik

10 june 2009
Kali ini saya nak kongsi nama bilik2 kat asrama put3 masa sekolah dulu.Mana tau ada yang nak letak nama anak ke.

.Setelah memerah otak nak ingat balik,akhirnya beberapa nama keluar dari otakku ,lalu meloncat ke atas keyboard ACERku,lalu terbang ke dalam blog journey of life ini dengan sendiri tanpa menggunakan pesawat Air-Bus ataupun Air France.Ajaibkan?mengarut sudah..
Kali ini Blok A dulu ,sso -sso (satu-satu)la deh.


-Baidzura Basyirah
-Balqis
-Busyra(baca:bushro)
-Basyirah
-Bainul Bahiyah(setelah lama pikir,baru la teringat,alhamdulillah)

Wednesday, June 10, 2009

tak tau nak letak tajuk ape.

10 JUNE 2009
Bismillah hirrahmanirrahim Sudah lama tidak update "betul-betul",banyak yang copy paste sahaja. Banyak idea nak tulis apa tapi rasa serba salah sebab lagi banyak perkara yang nak kena buat.Lagi best baca blog orang je. Layout bertukar lagi kerana saya cepat bosan dengan layout sama.Oleh kerana macam ada banyak masa free ,ape lagi,tukar la..free saja.Internet free,kalau duk kat rumah mana internet..,main la internet puas2 ,sampai x tau nak bukak apa dah ,sampai nak termuntah....haha..

Monday, June 01, 2009

kebenaran

kebatilan tidak akan kekal lama,kebenaran jua akan muncul...percayalah,yakinlah .jangan risau...