Thursday, October 14, 2010

fokus

Assalamualaikum.

Fokus!! Kadang -kala kita terlalu mengambil tahu apa yang bukan menjadi keutamaan kita pada suatu masa, menyebabkan apa yang kita sedang buat pada masa tersebut dianaktirikan.
Bagus juga kalau kita ambil tahu tentang isu semasa dan belajar pasal falsafah dan sebagainya.Tapi jika sampai apa yang sedang kita belajar sekadar ambil yang "surface" sahaja,sangatlah rugi.Ini boleh dikatakan sebagai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.Contohnya, jika ambil biomedic, belajarlah betul2.Kaji dalam2,jika sibuk ambil tahu pasal benda lain, natijahnya kita menjadi yang biasa2 sahaja.

Mulai hari ini, saya mahu fokus apa yang saya sedang buat dan belajar. Moga dipinjamkan sedikit kekuatan dan ketabahan. InsyaAllah.InsyaAllah.InsyaAllah.