Thursday, February 21, 2013

Undi Muslim atau bukan muslim?

Dalam kelas bersama Fadhilatus Syaikh Prof Dr Ra'fat Uthman Hafizahullah di Darul Ifta' sebentar tadi saya bertanya soalan 

(Fadhilatus Syaikh merupakan salah seorang Anggota Hai'ah Kibar Ulamak Al-Azhar As-Syarif,Dekan Kuliah Syariah Wal Qanun Al-Azhar As-Syarif sebelum ini. 

Beliau disebut oleh Fadhilatus Syaikh Ali Jum'ah Hafizahullah sebagai salah seorang Ahli Ilmu yang Besar di Mesir dan Seorang Faqih Muhaqqiq Mudaqqiq) :

"Sekiranya ada dua Calon yang bertanding Kerusi Parlimen,Seorangnya Muslim tetapi mempunyai rekod pentadbiran yang buruk dan penyelewengan dan seorang lagi pula adalah Calon Bukan Muslim tetapi rekod pentadbiran dan pengurusannya baik dan telus.

Bolehkah saya memberikan Undi kepada Calon Bukan Muslim tersebut?"

Fadhilatus Syaikh Hafizahullah menjawab :

"Ya. Boleh. Takkanlah kita ingin memberikan amanah kepada mereka-mereka yang akan merosakkan dan tidak membawa maslahah kepada negara?

Sekiranya bukan Muslim tersebut mampu melaksanakan tugas dengan baik membawa kebaikan buat negara dan Calon Muslim pula sebaliknya,kita perlu memberikan undi kepada yang boleh membawa kebaikan buat negara.

Sekiranya awak ada harta dan tanah yang ingin diuruskan,dan ada dua calon yang meminta untuk menguruskannya,seorangnya Muslim tetapi tidak pandai mengurus dan seorang lagi Bukan Muslim tetapi mampu mengurus,pastilah tugas tersebut perlu diberi kepada Bukan Muslim yang mampu mengurus."

Saya bertanya lagi :

"Ada yang berhujah dengan Ayat Al-Qur'an yang melarang Golongan Mukmin mengambil 'Wali' selain dari Mukmin."

Fadhilatus Syaikh menjawab :

"Ahli Parlimen bukanlah 'Wali Amri'. Ahli Parlimen mempunyai tugas yang kita semua maklum di Dewan Rakyat contohnya membincang dan memberi pandangan ketika penggubalan undang-undang (dan membincangkan belanjawan negara dll).
Ahli Parlimen bukanlah 'Wali' sebagaimana yang dinyatakan oleh Ayat tersebut"

Begitulah lebih kurang perbicangan dan jawapan oleh Fadhilatus Syaikh Hafizahullah.

Tujuan saya berkongsi perbincangan ini bukanlah untuk fokus kepada isi jawapan beliau.

Tujuan utama saya adalah untuk menunjukkan perbezaan yang sangat ketara apabila 'Ahli Ilmu dan Faqih' berbicara soal hukum hakam berbanding 'Mereka yang tidak berkeahlian' yang cuma bercakap atas dasar semangat dan sentimen.

Berhati-hatilah wahai sahabat-sahabat sekalian dalam berbicara Soal Hukum Hakam dan bercakap dengan Ayat-Ayat Allah.
Ianya adalah Amanah.
Amanah itu perlu kepada 'Quwwah'.
'Quwwah' dalam berbicara soal hukum hakam adalah 'Lengkapnya diri dengan Ilmu-Ilmu yang disyaratkan oleh Para Ulamak Ummah untuk melayakkan seseorang berbicara soal hukum hakam'.

Semoga Allah melimpahkan RahmatNya yang berpanjangan buat Para Ulamak Al-Azhar As-Syarif dan Semua Ulamak Ummah yang Benar dan Mukhlisin.yang telah mengajar dan mendidik kami erti Amanah dan Beradab dengan Ilmu.

oleh ust muhamad norazam bahador.

Wednesday, February 20, 2013

islam hanya untuk muslim shj?


'Kerja Islam di dalam sebuah tamadun ialah menguruskan berbilang bangsa itu dalam perkongsian hidup bersama. Bukannya memencilkan kaum lain dan hanya memikirkan survival satu kaum hatta penganut"-Ustaz Hasrizal.

Monday, February 18, 2013

Usrah


Memiliki usrah tidak menjadikan kita mulia di sisi Allah. 

Janganlah kerana kita ada usrah, kita rasa kita mulia, kita lebih bagus daripada orang lain. Kemuliaan itu sesungguhnya milik Allah. Usrah itu hanyalah wasilah untuk kita bergerak menuju kemuliaan itu. 

Apalah gunanya ada usrah tetapi mengekslusifkan kemuliaan milik Allah itu pada diri atau kumpulan kita. Bukan milik kita kemuliaan itu. 

Kita berusaha mencapai kemuliaan itu. Orang lain pun berusaha. Hargai usaha orang lain dan hindari prasangka, kita pun lebih senang untuk berlapang dada.

Sunday, February 17, 2013

Berhenti Jadi Raja Sehari Kemudian Jadi Hamba Bank 10 Tahun #SBM2.0


Berhenti Jadi Raja Sehari Kemudian Jadi Hamba Bank 10 Tahun #SBM2.0

baitulmuslim20
Kita mempunyai pilihan.
1) Terus buat majlis perkahwinan seperti hari ini.
2) Membentuk budaya baru majlis perkahwinan yang lebih ‘mampu-buat’.
Sekiranya poket kita “dalam”, tiada masalah untuk buat cara kenduri kahwin yang kita suka. Apa yang mengundang kebocoran wang yang banyak di kemudian hari adalah apabila kita membuat kenduri kahwin di luar kemampuan sehingga terpaksa bergolok gadai & berhutang keliling pinggang.

Berhenti Jadi Raja Sehari Kemudian Jadi Hamba Bank Selama 10 tahun

Apabila kos perkahwinan hari ini mencecah RM 50,000 maka majoriti bakal pengantin terpaksaberhutang dengan bank sehingga 10-15 tahun.
Dengan kadar pembiayaan peribadi sekitar 5% setahun, setiap hutang RM 50,000 menyebabkan kita kehilangan aliran tunai sebanyak RM 600 sebulan selama 120 bulan. Seterusnya membayar balik kepada bank sehingga RM 72,000.
Benar, berkahwin & membuat kenduri perkahwinan itu satu sunnah namun Nabi saw tidaklah mengajar kita untuk membuat sesuatu di luar kemampuan sehingga membebankan kita. Baginda saw menyarankan agar kenduri kahwin ini dibuat walaupun hanya sekadar seekor kambing. Nak tunjuk, kenduri itu sunnah dan buat kecil-kecil pun tidak mengapa.
Dalam masyarakat kita, kenduri seekor kambing mampu menjamu dari 60-100 orang.

Jom Ubah Budaya Kahwin di Malaysia

Apabila anak-anak muda yang mahu berkahwin dapat mengelakkan dari membuat pembiayaan peribadi sebesar RM 50,000 mereka bakal mempunyai aliran tunai sehingga RM 600 sebulan. Jika mereka mampu bayar kepada bank RM 600 sebulan, sebenarnya mereka juga mampu menyimpan sebanyak itu setiap bulan.
Justeru, dengan aliran tunai sebanyak itu bakal pengantin mempunyai 2 pilihan mudah.

#1 Menyimpan RM 600 sebulan selama 7 tahun

Hasilnya dianggarkan seperti berikut
Tabung Haji (5%): RM 61,553.58
ASB (8%): RM 69,383.72

#2 Memulakan pelaburan hartanah setiap sendiri

Suami beli satu. Isteri beli satu. (Sila pastikan pembelian dibuat setelah mempelajari ilmu pelaburan hartanah dahulu ya)
Selepas 7 tahun berkahwin, rumah tersebut dapat terus disewakan atau dijual dengan keuntungan. Seterusnya mereka dapat bergabung membeli rumah yang lebih besar dan yang lebih sesuai untuk membentuk ‘Rumahku Syurgaku’.

Anak Muda Mesti Kumpul Aset

Kumpul aset secepat mungkin.
Bukan hutang kereta.
Bukan hutang rumah (untuk diduduki)
Bukan hutang peribadi (untuk berkahwin)
Barulah duit kita bekerja keras untuk kita dan bukannya kita bekerja keras untuk bank.
Dalam situasi hari ini, penyakit kewangan anak-anak muda di Malaysia bermula sejak mereka mula bercinta lagi.
Terima kasih kepada semua yang hadir pada Seminar Baitul Muslim 2.0 pada 16 Februari 2013 di Putrajaya International Convention Center (PICC). Sila klik link di bawah untuk mendapatkanspreadsheet strategi perbelanjaan perkahwinan seperti dalam sesi Fulu$ oh Fulu$.
http://www.pakdi.net/berhenti-jadi-raja-sehari-kemudian-jadi-hamba-bank-10-tahun-sbm2-0/

Thursday, February 14, 2013

Challenges

I thought everything will run smoothly  as I planned,
and I did not expect things like these will happened.
Please expect the worst, so that you will you be mentally and emitionally prepared.
Put in your  mind that life need  challenges.
For every challenge encountered there is opportunity for growth.
Stay positive because when you stay positive, will be become stronger.
Even when it feels like your whole world is falling apart.