Sunday, May 02, 2010

Taman Negara,Pahang.

Assalamualaikum.
Saya dah buat "karangan" mengenai aktiviti yang kami buat di sana.Tapi biarlah ia menjadi kenangan,kalau publish,macam tak best pulak. Semua saya cerita nanti. Kalau nak tahu best ke tak, korang pergilah Taman Negara.Gambar2:

1)Jungle trekking
sampai ke puncak Bukit Terisek~354m mendaki,masing2 muka penat ~
bukti kami dah sampai ke puncak,view dari atas
2)canopy walk


macam jambatan gantung ,panjang dan tinggi.
3)rapid shooting dan lawat kg orang asli
kena tembak dengan air,wajib basah kuyup,saya dan selvi tersenyum gumbira,kami dah kena banyak waktu nak pergi kg org asli
dengan tok batin dan ayam cantik
4) Gua Telinga
banyak rupanya kelawar dalam gua ni..ajumma dgn ayat2 cintanya;)
5)Lata Berkoh dan Santuari Ikan Kelah

subhanallah.,lata berkoh.
ikan kelah jinak,..mereka bertiga tengah bagi makanan

kami lagi,lata berkoh

sudah mahu berangkat pulang,bergambar dengan guide kami, En Khairil
terima kasih semua:rakan2: tan wei,yunyun,gg,mimi,ajumma,mat li,halim,chee wei,max,selvi n nis.
Overall,memang BEST,makanan sedap,tempat penginapan ok,rakan2 best,sempoi,ceria sokmo.Moga persahabatan ini berkekalan.Bertemu dan berpisah kerana Allah,

Friday, April 16, 2010

baik diam

teaser,ke taman negara,19 april..

Assalamualaikum.

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda :
"Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab :
"Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata:
"Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW :
"Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik
'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?
"


HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu
, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.


HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai
kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)


Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah
memikirkan kesalahan orang
.





Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan
diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


** Sumber: Majalah Anis Edisi Mei 2009

Nota diri:

1)saya suka artikel pasal diam, sebab saya diam.Kalau tanya kawan rapat, mereka kata saya tak diam. Banyak cakap aka membebel jugak. Mungkin dah kenal rapat.Kalau orang baru kenal saya,mereka akan describe,diam tapi kalau bila dah cakap straight to the point dan agak pedas.Malas nak cakap banyak.Rasanya orang pendiam,banyak cakap,tapi dengan kawan2 rapat sahaja.

2)Tapi memang sejak lahir -__- lagi saya pendiam.Tapi makin lama,saya dah tak diam macam dulu(sekolah rendah,sekolah menengah).Sebab dah matured, masa dan pengalaman mengajar saya.Chewah~..Alhamdulillah.^0^

3)Tapi kalau boleh saya nak jadi,diam yang ada isi,tak nak ubi;) dan baik akhlak.

4)Berazam nak jadi lebih proaktif.Diam tak bertempat pun tak boleh jugak,kena bertegur sapa dengan orang sekeliling dan sentiasa berfikir.

5)Artikel ini menceritakan makin banyak kita cakap,makin banyak benda tak baik,banyak silap,banyak umpat,jadi baik kita tahan diri kita dari bercakap benda yang dimurkai Allah dan menyakiti hati manusia tanpa kita sedari.


Thursday, April 15, 2010

frust

kita diajar supaya tak kecewa,frust,sedih dan sebagainya,tapi itu yang saya rasa.mungkin iman x kuat.

bukan senang nak pujuk diri,benda dah berlalu ,biarlah.
maafkanlah diri sendiri...
argh...

Saturday, April 10, 2010

2K

Bila dah final year,2 benda yang difikir.
kerja dan kahwin.
memang tak boleh lari.common la tu kan bila dah naik final year.
ingat lagi waktu nak keluar sekolah,mostly benda yang ditulis dalam buku biodata "kahwin jangan lupa jemput eh",benda yang sama diungkapkan masa final year diuniversiti.cuma tak de dah buku biodata yang dipass waktu kat universiti nih.
kakak saya pesan,:
insyaAllah nanti ada rezeki yang tak disangka.
seperti firman Allah dalam surah at-thalaq:

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”


p/s:waaaaaa........macam x percaya zaman belajar saya dah nak habis.
sekian,senyum sokmo.

Saturday, March 27, 2010

gelisah tidak berpunya?






Assalamu'alaikum.ingatan,moga bermanfaat.

Oleh : Fatimah Syarha Noordin dari Majalah SOLUSI Edisi-2

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang sahaja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu di susuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"

"Aku kurang bergaya ke?"

"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"

"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya"

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka merasa berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, DAPAT.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana CINTA. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa PERIT nya penangan CINTA DUSTA, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari CINTA HAKIKI. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta CINTA. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal DOSA pahala.

Oh REMAJA !

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah DOSA dan ZINA. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah rumah tangga itu tak kan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman didunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri 'sana'.

Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para GADIS YANG BELUM BERPUNYA, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat PEMUDA YANG BELUM BERPUNYA, 'first thing first'. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan terus berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkannya sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusaha menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencuri kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditembuh. Namun, apabila dia memilikinya mendapati insan yang dikejar itu dedaun kering cuma.

Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkai nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahua'lam.

Friday, March 19, 2010

pesta buku



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur(PBAKL)

Apabila buku berpesta,maka berduyun umat manusia yang ulat buku atau kaki buku mengunjungi pesta buku.tak terkecuali mereka yang suka beli buku.
Saya bukan ulat buku,tapi saya kaki beli buku. Memang tak boleh tengok buku,nak beli.Tapi tak baca.bad habit.sigh~Kira-kira lebih 20 buku saya ada, termasuk novel.Mula membeli tahun satu.Dalam satu tahun lebih kurang dalam 5 atau 6 buah buku,genrenya motivasi dan agama.
Tapi diri sendiri tidak termotivasi.Ternyata manusia bertindak mengikut apa yang dia percaya, bukan apa yang dia tahu.
Hipotesis oleh en tawel,

"99% daripada manusia yang rajin beli buku, tidak akan membacanya sehingga habis. Manakala 80% daripada baki 1% itu sekadar membacanya ala kadar."

Memang tepat dengan saya. Adakah selama ini saya telah membazir wang?Jawapannya ada disini:http://hembusan.blogspot.com/2009/12/buku-2-hipotesis.html#notakaki2.

Pandai pandailah menguruskan masa,cari masa nak baca buku.Supaya setiap masa,kita ada "current reading book",sikit pun tak apa.Nak baca buku pun kena ada minat kan?Ibaratnya,dua manusia bernikah tanpa mengenal satu sama lain,bagaimana nak bercinta?Jawapannya,pupuklah dulu minat dan mahu itu.InsyaAllah.

Friday, March 05, 2010

insyaallah

inilah dia maher zain,semak jugak dia nih :D
Dalam hidup ini,ada masanya kita rasa kuat,ada masanya kita rasa lemah sangat.Tak berdaya.Rasa macam "alone".
InsyaAllah.InsyaAllah.InsyaAllah.Haflaiithariq.Dipermudahkan jalan.


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray


Oh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Wednesday, March 03, 2010

sambungan nama bilik

seperti yg dijanjikan ,berbulan sudah.

Amirul Syakira,they called AMISYA

Wahidatul Farahah,they called WAFA

Hafsah

Hajar

Halimatussadiah , they called HASA

Fatimah Az-Zahra, they called FAZA

Khadijah,they called as KAYDIE

Khaulah

Khautsar

Maryam Jameelah ,they called as EMJAY

Mariah Qibtiah,they called as EMQUE

Mashitah

Sunday, February 28, 2010

motivate myself

"Failure is the opportunity to begin again,more intelligently."

'Nobody needs a smile as much as the person who has none to give'. Say cheese, love!

la tahzan ,innallaha ma'ie.

Thursday, February 25, 2010

Dari Pasir Mas ke Banting.

afrina pandang kamera..
ralit tengok upin ipin

Kali ini,saya mahu bercerita.

Mula dengan hari khamis,11 febuari 2010.Jam 3 petang,saya keluar dari makmal.

Sampai di bilik,campak barang atas meja,kemas baju “busuk”, plus benda-benda lain disumbat dalam beg pakaian.Angkut beg tunggu bas nak balik rumah.Sabar menunggu, satu jam baru bas muncul.Jalan sangat jammed.Dalam pukul 4.40 petang,adik saya telefon.

“Abah dah tak de”

“Ha,oh,bila?”

“Baru je”

Air mata menitis.Tak sempat juga jumpa.Disebabkan jalan jammed,pukul 7 petang baru sampai di stesen bas pasir mas.Telefon ayah,ayah kata,tunggu 30 minit,ayah nak pergi ambil saudara kat Tanah Merah.


Hampir pukul 8 malam baru sampai di rumah. Waktu tu, ramai saudara berkumpul dirumah saya.Terus pergi ke rumah arwah abah,jumpa sepupu dan isteri arwah abah.Saya lihat anak2 abah dan saudara saya yang lain mengelilingi jenazahnya dan membaca surah yaseen.Ayah cerita,arwah abah untung,punya anak ramai,semuanya membacakan al-quran untuknya.Jam hampir ke 10 malam,orang makin ramai.Jenazah dimandikan dan dikapankan.Orang makin ramai menziarahi.Penuh ruang depan rumah.Kak Lah,parlimen rantau panjang,YB fatah,dan Speaker Kelantan,Ust.Nasaruddin hadir menziarahi.Jam 10 malam,solat jenazah dirumah saya,Us.Nasaruddin jadi imam.


Ayah cerita detik kematian arwah abah.Arwah mengangkat tangan untuk solat asar,salah satu tangan diqiamkan,saat satu tangan lagi jatuh untuk diqiamkan,arwah menghembuskan nafas terakhir.Saat itulah, azan asar berkumandang.(Azan lambat).


Arwah abah ialah abang ayah saya, “abah”adalah gelaran kami kepadanya.Kini, ayah hanya ada 3 orang adik beradik,ayah paling tua dan 2 orang makcik saya.

Banting?

Banting adalah destinasi percutian saya ,ceh,konon la bercuti.apa ada kat banting. Rumah kakak saya di banting,nak melawat anak saudara saya yang dirindui sambil hirup udara luar Kelantan.Rancangan ke banting terpaksa dibatalkan kerana kakak saya balik kg sebab “abah” meninggal.Disebabkan dah beli tiket balik ke pasir mas dari banting,kakak saya ajak jugak ke banting,pada 15 febuari.Ganti adik saya jadi nanny kejap.


Dari pasir mas,lalu rantau panjang-bukit bunga-jeli-grik-lenggong.Ingat lagi, singgah di R n R Jeli,saya nampak pelakon drama dengan family dia.Tapi tak tau apa nama dia.Saya bisik dekat kakak2 saya,diorang pass kat abg ipar saya.Serentak pandang pelakon tuh.Pelakon tuh,cam tau2 je dia orang femes.Tapi dia buat cam biasa je.Nanti terlebih mesra,orang kata perasan pulak.

Jam 10 malam,tidur di Lenggong,Perak(rumah abang ipar).Esoknya baru bertolak ke Selangor.Rancang nak jalan pagi,sebab dah agak mesti jalan jammed.Pukul 12 tengahari baru bertolak.Singgah di hentian sungai perak,makan tengahari. Then,lalu satu bangunan.Eh,klasiknya bangunan nie,cam mahkamah. “Inilah MCKK”..oooh…jawab saya. Nasib baik lalu sini,boleh kenal MCKK.Kata kakak saya.Dekat2 Masjid Ridwaniah,K.Kangsar,ada pokok getah tertua di Malaysia.Siap ada pagar lagi. Saya tak percaya,saya memang suka hati je tak nak percaya.Boleh tak?


Perjalanan yang memenatkan akhirnya sampai juga di Bukit Changgang,Banting.Saya yang dah lama tak menjejak kaki di kawasan KL,(padahal mana pernah gi KL betul2)tahu banyak info pasal tempat.Banyak keluar”oh” dari mulut sendiri dan dalam hati.Hari rabu(17 febuari), jadi pengasuh untuk anak saudara,afrina saffiyah,itu tujuan utama.Tapi saya ada “ugut” kakak saya,kalau tak bawa pergi jalan-jalan,tak nak ikut dia balik Banting.Hehe..Adik yang baik..


Tugas saya jadi pengasuh:mandikan, bagi susu,tidurkan,pujuk2 kalau nangis;).


Afrina tidur masa ummi(kakak saya) keluar rumah untuk pergi kerja. Kalau dia tak tidur,takkan saya nak biarkan dia sorang2.Tunggulah sampai afrina tidur kalau saya nak mandi,sarapan dan jemur baju.Jenuh jugak nak bagi dia tidur,kena dukung, dia nak tidur atas bahu saya.Memang itu perangainya.Then,mandikan afrina.Yang ni kena practice la.Adik saya yang dah jadi nanny afrina sebulan lebih dah terer dah.Sebab kena mandikan sorang2.Saya mandikan afrina dalam sinki kat dapur.Senang.Disebabkan kalut,tak sempat nak syampu rambut afrina yang lebat tuh.Afrina nie baru 3 bulan.Masa dudukkan dia dalam sinki,asyik nak bangun je,nak berdiri!Habis basah kuyup baju saya.;).Lepas mandi,pakaikan baju, seluar, pampers,sapu minyak dekat perut dia.Tak tertinggal barut perut,tak nak kasi angin masuk,nanti kembung.


Kalau afrina macam dah ada tanda-tanda nak nangis,cepat2 buat susu.Kalau tak,nanti buat susu satu tangan,satu lagi dukung dia.Kalau letak kat bawah,makin kuat dia nangis.Lepas bagi susu, kena sendawakan dia.Tepuk2 belakang,tapi dah makin besar nie, cepat je dia sendawa.Kalau afrina nangis,ada 3 kemungkinan:lapar,ngantuk dan pampers dah penuh.Kalau ngantuk nak tido la paling susah.Kena pusing satu rumah,nak bagi dia tidur atas bahu saya.Kadang2 bila nangis,saya bawa pusing satu flat,dia ok dah. Afrina mesra.Kalau orang agah,terkekek dia ketawa.Tak pun dia senyum.Pastu,tengok2 dah lentok atas bahu saya. Lenguh tangan saya dukung dia,sebab dia tidur kejap je.Lepas nak duk atas dukung. Bila dah petang,..penatnya..saya mengeluh.Mata selalu tengok jam,kira berapa jam lagi umminya nak balik.Hehe..Saya terfikir,suri rumah ialah pekerjaan paling penat dunia nie.Nak kemas rumah lagi,nak masak,kalau macam ni gayanya, boleh kurus saya.:)


Hari kedua(Khamis),kakak saya menunaikan janji.Bawa saya pergi jalan-jalan.Mana? Alamanda,Putrajaya.Ini kali pertama tau saya sampai Putrajaya.Lambat kan?..Sampai di Alamanda, di benak hati saya,oh,aku dah sampai KL.Macam ni la gaya orang KL pakai.Haha,memang macam rusa masuk kampong.Nama pun putrajaya,barang2 kat situ semua mahal2,standard orang kaya.Saya masuk MPH.Cari novel jaja dan din terbitan jemari seni.Wah,ada.Beli dan baca.Dua hari baru habis.Novel ni membuatkan saya gelak sorang2 dan air mata agak murah;).Dua buku pasal magnet diri oleh amin idris dan pengurusan wang oleh hjh.rohani saya sambar.Aci la,dah lama tak beli buku.Ye la,rajin beli je,bacanya tidak.


Kakak saya ajak makan dekat masjid putrajaya.Sambil dukung afrina,bawa la dengan segalanya begnya.Mak aih,ramainya pelancong.Aik,pakaian seragam apa tu,macam baju hujan,tapi warna pink.Rupanya pelancong bukan islam yang nak masuk masjid putrajaya kena pakai benda tu.Hehe..Duduk kejap je kat taman dekat masjid putrajaya,afrina nangis,puas pujuk.Last2,kami berangkat pulang.Rupanya dia nak tidur.Ada hikmah jugak afrina nangis,sebab waktu kami dalam kawasan putrajaya lagi,hujan dah turun;).Lain kali la datang bawa SLR sekali..Macamlah murah SLR tuh..


Hari Jumaat,19 Febuari,hari last jadi pengasuh.Hari ni afrina baik je,macam tau2 je cik nie dia dah nak balik kampung.Jadi ,jangan buat perangai ok.hehe….Kasih sayang seorang ibu,kakak saya selalu telefon, tanya pasal afrina.Baru berpisah pergi kerja pun dah rindu nak dengar suara afrina.Bila afrina nangis,saya pasang upin ipin,terus senyap.Jahat kan saya..Malas nak bawa jalan2.Afrina tegak je tengok upin ipin,agaknya dia tengok benda gerak2 tu yang dia suka tu.Macam la dia paham..


Malam tu,saya bertolak balik Kelantan.Naik keretapi dari Seremban.Bertolak lambat dari Banting. Bergegar kereta kelisa abg ipar saya speed,takut terlepas train.Tawakkal jelah.Lalu bandar seremban.Dalam gelap2,nampak lagi sign board ke SMAP Labu.Terkenang waktu muda2,berbaju batik,”berpeleseran” di bandar seremban. 30 minit dah sampai seremban. Sampai stesen keretapi tepat2 pukul 9.50malam,jam keretapi bertolak.Alhamdulillah,keretapi delay.Macam2 kemungkinan saya fikir kalau terlepas keretapi.


10.30malam,keretapi bergerak ke utara.11 pagi ,20 febuari ,selamat tiba di pasir mas.Sekian musafir saya.Baru2 ,teringat kat afrina,rindu nak jadi nanny dia lagi,walaupun, masa jadi nanny dia,rasa macam nak cepat je balik kampung.


Oh ya,saya tak cerita sangat pasal Banting.Sebab Bkt.Changgang ni dah pinggir Banting dah.Jauh perjalanan,luas mata saya.

Moga lain kali Allah memberikan saya peluang untuk bermusafir.

Sekian.

Friday, February 05, 2010

mencari cinta


berlari mencari”cinta”
namun yang kutemui hampa
ternyata Engkaulah cinta
dunia dan akhirat ku.
moga teguh !!
Allahumma nawwir qalbi.Allahumma yassir umuuri..


p/s: enchik wireless ni macam sekut chipsmore,sekejap ada,sekejap x de.

Wednesday, January 13, 2010

mari kuajarkan kamu ilmu ikhlas

tak ingat hadis atau apa,tapi lebih kurang begini,ikhlas umpama semut hitam,diatas batu hitam dimalam yang kelam.gambar diatas tidaklah kelam sangat.


“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

Saturday, January 09, 2010

Lupa

Ejaan "lupa" dalam bahasa arab ialah nun-sin-ya.Manusia dalam bahasa arab ialah an-nas,asal dari perkataan nun-sin-ya.Jadi, manusia itu sememangnya lupa,sesuai dengan perkataan asalnya.Allah Maha Esa,pencipta seluruh alam dan makhluknya terhindar dari sifat Pelupa.Mungkin kita sudah lupa yang kita pernah berdoa untuk sesuatu 10 tahun dahulu dan baru sekarang Allah memakbulkannya. Allah tak pernah lupa.


Kisah pertama.“Eh,mana thesis aku ni”kata izzah setelah mencarinya diatas meja.Izzah berniat untuk membuat pembetulan thesis setelah dinilai oleh pensyarahnya sebelum dihantar dalam beberapa salinan.Mula-mula dia berasa tenang, kemudian setelah berkali-kali menyelongkar barangnya di atas meja tulis,namun tidak ditemui juga. Dia kebimbangan.Dia cuba mengingat satu persatu, seingatnya tidak dibawa pulang ke rumah sewaktu dia pulang ke rumah semalam.Dia masih teringat dalam begnya sewaktu pulang semalam, hanya ada laptop!.Lantas,kekunci telefonnya ditekan angka 5,dan terus disambung ke nombor kakaknya. Disuruh kakaknya mencari di ruang tamu dan di dalam bilik tidur.Izzah terus mencari dan tidak senang duduk.Sesekali,dia berselawat. Izzah kembali menelefon kakaknya,nasihatnya “Dah cari, tak ada pun.Cubalah selawat,insyaAllah ada tu”.Izzah duduk di atas kerusi sambil berselawat,dia memejamkan mata.Ya Allah,dimanakah thesisku itu.Mujurlah pensyarahnya memberikan masa selama sebulan untuk membuat pembetulan.Alhamdulillah,akhirnya dia teringat.Dia meletakkan thesisnya di bawah bantal sebelum tidur pada Khamis lepas.Alhamdulillah.Lalu,dia berfikir, agaknya Allah mahukan dia supaya tidak bertangguh dalam melakukan kerja.


Kisah kedua.Izzah pulang ke rumah menaiki bas. Seperti biasa beg kecil bewarna coklat ditangannya. Telefon tangan dan sedikit wang di dalamnya. Lebih senang fikirnya.Nanti tidak terkocoh-kocoh membuka beg yang dipikulnya jika telefon berbunyi dan mahu membayar tambang bas.Sebaik saja meletakkan beg pakaiannya dia "luggage section",langkah kakinya bergerak pantas ke dataran ilmu.Sebaik sahaja dia duduk,dia teringat sesuatu,iaitu beg kecilnya.Di periksa beg sandangnya berulang kali.Sah!Dia tertinggal di atas kerusi bas yang dinaiki tadi.Allah,nasib baik hanya ada sekeping not bewarna merah dan segala kad peribadi disumbatnya ke dalam beg sandangnya.

Pengajaran:

1)Jika kita dalam mahukan sesuatu, mintalah dari Allah.Allah diutamakan.Jangan gaduh (loghat)nak minta dengan manusia.

2)Sebenarnya nikmat itu bala, bala itu nikmat.Sewaktu datangnya bala, sentiasa mengingati Allah. Memujuk hati dengan kesabaran yang sungguh indah.Sewaktu , dia senang, selalu alpa dan berkata,”ini semua dari usaha aku”,dia lupa bahawa jika Allah tidak mengizinkannya,kesenangan itu tidak mungkin dikecapinya.

3) sumber:http://zidaburika.wordpress.com

Setiap situasi, ada pelajaran yang bisa diambil. Dari tugas-tugas biasa, hingga yang rumit, kehidupan selalu siap mengajarmu.

Kehidupan selalu siap mengajarmu bila kau bersedia. Dan semakin banyak kau belajar dari kehidupan, semakin baik kehidupanmu.

Pelajaran-pelajaran itu tidak selalu jelas, tapi selalu ada di situ bila kau mau mengamati. Pelajaran itu ada dalam kesedihan, kemenangan, ketidaknyamanan dan kesenangan.

Setiap pelajaran yang kau ambil, mengantarmu ke pelajaran baru yang lebih berharga.


[] Dikutip dari buku: “Bahagia Dunia Akhirat” karya Habib Husein bin Anis Al Habsyi, Hal.106-107

4)Moga kita tidak lupa membaca bismillah sebelum mulakan sesuatu atau melakukan amalan soleh yang kita ketahui,tetapi selalu terlupa.


Wednesday, January 06, 2010

jiwa merindu






jiwa saya sedang merindui dia,
afrina saffiyah.

Monday, January 04, 2010

Cara berprasangka baik

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih daik darimu. Ucapkan dalam hatimu :


"Mungkin kedudukannya di sisi ALlah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada ALlah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada ALlah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada ALlah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Sumber : Muhammad Nawawi bin Umar al Jawi, Nasa'ihul 'Ibad, Bungkul Indah, Surabaya - Indonesia, hal 38, hal 12.

Rujukan : Novel bin Muhammad Alaydrus, Orang Bijak Berkata - Kumpulan Nasihat Sepanjang Masa, Taman Ilmu, Cetakan ke-5, 2008 Semanggi-Surakarta.
sumber:jarumemas.blogspot.com