Assalamualaikum.
Terasa mahu menulis, tapi bila kurang fakta, maka tulislah mengenai diri sendiri.
HOW I MET YOU.
Ia mengenai bagaimana saya berjumpa dengan suami saya. Sebenarnya saya kurang gemar bercerita mengenainya, biarlah menjadi kenangan terindah kami.
Tapi dipendekkan cerita, ia mengenai the power of dua'. Saya masih ingat, ketika itu boleh dikatakan saban minggu saya bangun malam, menadah tangan meminta Allah kurniakan jodoh.Suami yang baik hati, kacak, kaya. Cukuplah kami kenal selama dua bulan, seterusnya berkahwin pada 5Jun 2014. Kami berada di tempat yang sama, USM. Saya tak pernah lihat atau perasan kewujudannya.Selepas berkahwin, barulah suami bocorkan rahsia, pertama kali melihat saya di padang, selepas itu beberapa kali terserempak dalam USM. Katanya, saya jalan pandang bawah iaitu lantai(itulah saya).. Hehe..tapi saya x perasan langsung. And the rest is history.Subhanallah, hebatnya aturan Allah. Allah Maha Mendengar rintihan hambanya.
Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan selepas itu. Kata Prof Muhaya, untuk dapat jodoh yang baik, kita kena jadi baik dulu. Atas inspirasi itu, ketika di hujung tahun 2013, saya mula berubah menjadi lebih baik, meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat, sentiasa berzikir dan melakukan amalan sunat. Ada pepatah mengatakan "will i marry myself". Bukan berubah untuk duniawi, tetapi untuk diri sendiri. Untuk ketenangan. Alhamdulillah sekarang sedang kalut menguruskan suami, anak-anak dan rumah tangga. Moga saya sentiasa berusaha menjadi lebih baik.
Sekian.
No comments:
Post a Comment