Kami sekeluarga memang pengguna setia sabun shokubutsu. Saya dan suami masing masing menggunakannya sejak bujang lagi.Lepas kahwin, seia sekata sabun mandi apa nak beli. Walaupun sedikit mahal, ianya berbaloi sebab wangi dan tak rasa melekit. Paket diatas dibeli di AEON Kota Bharu, RM 4.88, terus beli dua paket. Selalunya harga biasa RM7.20- RM 7.50 untuk paket 550mL. Kami pernah mencuba dalam bentuk sabun buku, 3 ketul RM3.50. Agak menjimatkan, tapi kurang buih dan kurang wangi. Setelah lama tidak mengemas kini blog, pasal sabun pun nak tulis. Sebenarnya kurang idea untuk meneruskan blogging, lagipun dunia blog kini semakin kurang popular. Lihat sahaja newsfeed blog rakan sudah lama tidak berubah sejak bertahun-tahun. Mungkin faktor komitmen kerja dan urusan seharian yang sibuk.Begitu juga dunia buku dan majalah. Contohnya, Majalah Anis sudah berhenti penerbitannya sejak Disember 2016. Saya pun kurang pasti apa sebabnya. Namun saya sendiri sudah lama tidak membeli majalah yang mana saya dulu antara penggemar majalah Anis, Solusi, I. Apapun, semoga tahun 2017, lebih banyak buku dapat dibaca dan meneroka ilmu yang baru.
No comments:
Post a Comment