"..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 87
Sunday, June 12, 2011
pengajaran piala FA
kemaskan strategi,
jangan cepat patah semangat,
kuatkan azam.
mungkin banyak hikmahnya.
huh, fanatik betul ore kelate nie.
Thursday, June 09, 2011
take back your heart
![]() |
| is this the deep, dark ocean? |
Thursday, June 02, 2011
hati
-bersabarlah-
-if God is all you have, u have all you need-
kredit gambar:http://browse.deviantart.com/?qh=§ion=&global=1&q=heart#/dnhy16
Wednesday, June 01, 2011
Tuesday, May 10, 2011
rationalisasi subsidi katanya
![]() |
| Gambarajah menunjukkan peningkatan harga gula. chart dia salah tahun ,may 10 2011 sepatutnya. |
tahukah anda, di Thailand, rakyat hanya perlu sediakan pakaian sekolah sahaja dan pergi sekolah belajar.yang lain,;yuran2 semua ditanggung kerajaan.(sumber: tukang rumah yg kat rumah sy, dia orang siam).
Naik-naik la, ayat berbunyi begini akan kedengaran"setelah mengkaji & ambil kira kesusahan rakyat, kami turunkan harga,blabla.."pastu PRU 13 pada sekian, sekian.sekian.Itulah namanya politik.
sekian.
Thursday, May 05, 2011
zaman kecik2
ini n3 kedua untuk hari ni.
Mak saya cerita, zaman kecik saya budak yang rajin,rajin macamana?
Masa mak saya tengah masak pun, saya datang dekat mak nak suruh dia ajar mengaji Quran, rajin kan?
Lepas balik sekolah pun, terus buat kerja sekolah, baca buku,tapi itu semua zaman belum baligh lagi, hati pun bersih lagi.
Zaman dulu, tengok tv pun cerita Usop Sontorian, Doremon, Keluangman je.Power rangers x minat.Pastu yang ilmiah sikit,Along(yang pakai maskot),ada Siti Sifir.Kelakar bila fikir balik.Ada satu lagu yang saya ingat, "anak rusa nani,...."Tak kurangnya minat lagu balada macam kump spoon, ape lagi ye x ingat. Tapi sangat jarang tengok tv, sebab rumah x de tv,nak tengok pun pergi rumah jiran. Jadi, masa banyak di buku @ main2 dengan kawan; pergi mandi sungai, main masak2, "camping", mainan kg-main guli, tenten. nusuk(menyorok). Naik basikal Semua itu zaman kanak2 masa saya di Felda Chiku 03, Gua Musang.Umur 4-11 tahun. Zaman air tak ada, kena pergi mandi perigi hari2, mujurlah kecik lagi, mandi tak pakai baju pun tak pa. Terjumpa babi hutan adalah perkara biasa.
Rajin rupanya budak ni zaman kecik.Orang kata masa semangat tengah pudar, kenanglah dulu anda rupanya pernah "berjaya".Apapun sekarang saya disini, zaman itu sudah lebih 10 tahun berlalu. Moga apapun yang pernah berlaku, baik atau buruk, akan diteladani oleh saya. InsyaAllah.
Memang suka banding2,
http://muhayniey.blogspot.com/2008_04_01_archive.html
Monday, May 02, 2011
kalam Ibn-Ataillah
Sunday, April 24, 2011
reflection
Monday, March 21, 2011
ingat Allah
Tuesday, March 08, 2011
tak tahu disaman
Thursday, March 03, 2011
risau dan kawal diri
Monday, February 21, 2011
banyaaaaaak..
Thursday, February 17, 2011
memperbaharui,update.
Dah dekat sebulan tak tulis apa2.Tapi hari2 buka blog autumn ni.
Banyak yang terlintas di kepala, nak tulis dekat blog, tapi bila rasa guilty kalau tulis blog, tapi kerja lain x siap.Argh, kekeringan idea,..tak tahu dah nak tulis apa....ok dah.
Tuesday, January 18, 2011
ya Allah
Monday, January 10, 2011
hirup udara di atas bukit
| berikut nama2 yang lewat........ |
| DSB |
| aspuri baru dicat |
| aspura |
| apih n afrina...1 ibn haitham, alkhawarizmi. |
Tuesday, December 28, 2010
senyum sepanjang hari
![]() |
| afrina senyum,oh,cair hatiku.. |
hari nie saya kena senyum sepanjang hari =)=)=).sebab tarikh 2812 adalah hari lahir saya.
![]() |
| min ho senyum, dream team's ace neh, dululah.. |
Wednesday, December 22, 2010
after final year project..
Today I processed fat sample, 2 samples, i did'nt realized that those samples are from the same pt.But one consists of fat only(S1), another is subcutaneous one(S2),
Fuh, suddenly, got so many samples, i had go to OT for three times. But i love this hectic and super-busy day ( bit exaggerated) rather than sit down and sometimes got tempted by the mr cabel. Both of samples washed and minced in ethanol. S1 centrifuged to remove erythrocytes and the solution below fat layer was discarded. S2 which do not contained RBC was washed in minced in PBS. Subsequent step for both samples was incubation in collagenase Type I + antimycotic for overnight. Other two samples which i got ~ 4 pm will be processed tomorrow and the steps after incubation with collagenase for samples i received today will be performed (count the cells,etc).
tak faham? baguslah, saya memang tak nak anda faham.
Monday, December 20, 2010
overcome fears.
I'm one of people out there who has this problem, since in childhood.Fear of trying thing that i've never had experienced in that area before, fear of meeting people that i never meet before, oh no...i should stop listing now!! I hope, I pray that Allah will grant me "yaqinan sodiqa", the prayers that I always utter in al-ma'thurat.
Tips to overcome fears.from productivemuslim.com.
- Fear of failure
- Fear of being rejected
- Fear of not meeting our own expectations
1. Have Proper Perspective
- What is the worst that can happen if my fear came true?
- What is more likely to happen if that fear were to be actually realised?
- What is the best outcome possible for me, if I acted in spite of my fear?
- The worst possible outcome isn’t so bad, and is something you can handle.
- The best possible outcome is very rewarding.
2. Replace Fear with Curiosity
3. Trust in Allah:
Sunday, December 12, 2010
perbuatan maksiat melemahkan kekuatan hati
12/12/2010
Assalamualaikum
Diambil dari blog:http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/03/perbuatan-maksiat-lemahkan-kekuatan-hati

MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.
Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.
Imam Malik berkata: Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.
Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat
Lagi kesan-kesan buruk dari perbuatan maksiat adalah seperti berikut:
- Rezeki tidak lancar
Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.
Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran.
- Keterasingan antara Allah
Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.
Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab:Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.
- Keterasingan antara manusia
Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.
- Allah akan menyulitkan urusannya
Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.
- Kegelapan dalam hati
Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.
- Maksiat melemahkan kekuatan hati
Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.
Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka.
- Malas mengerjakan ibadat
Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.
- Terbiasa berbuat dosa
Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.
Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.
Rasulullah SAW bersabda: Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)










