"..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 87
Thursday, May 29, 2008
ayat untuk hari ini~,mari berkata2 dgn perkataan yg baik
Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).(25)
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.(26)
surah Ibrahim
akhir2 ini,saya memberontak,betul la teguran sahabat saya,saya memberontak!!!
mencari2 identiti diri,kdg2 cakap dengan perkataan x elok didgr......
hihi..
saya suka mencari bukti yang hakiki..ayat ALQURAN atau hadis..
diatas ialah,ayat AQ yang larang ucap perkataan yang x baik.
Tuesday, May 27, 2008
Monday, May 26, 2008
cinta~jangan layan,tapi lawan pun jangan

22 laman web,blog disiasat
blog pun government risau,zaman sekarang ni,maruah tue penting tul,senang je,buat benda yang orang tak suka wpun betul akan dikenakan tindakan ,samada nak repot polis,nak saman la,dsb..
contoh:
--kes karpal singh ,ada org umno repot polis,
--najib razak (kalau x silap)suh dr.mahathir ngan pak lah ngadap agung,tapi mahathir kata ,x yah,sebab tue masalah umno sendiri..
Thursday, May 15, 2008
krisis makanan,al-quran telah bagi peringatan

Krisis bekalan makanan, al-Quran telah beri peringatan
Azamin Amin Thu May 08, 08 9:30:06 am MYT
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.
Al-Quran telah memberi peringatan daan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.
Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.
Al-Baqarah- ayat 156:"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".
Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencaa supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.
"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."
"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)
"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48)
Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23.
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-hadid ayat 22)
"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."(surah al-hadid ayat 23)
Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.
Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:
"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."
Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
Sunday, May 04, 2008
cuti semester ,nak masuk tahun 3 dah...
skrg berada d cc..cuti dah stat.akn ke (Pusat penyu dan ekosistem marin)TUMEC ,terengganu,bljr pasal penyu cuti nie..i think i 'll miss home very much.
YA ALLAH,permudahkanlah urusan dunia dan akhiratku...
Monday, April 21, 2008
luahan rasa
assalamua'laikum.
insya allah hari kamis nie hari terakhir imtihan.
rasa bosan menguasai diri.sebab x de benda nak wat.baca notes untuk oral health,lps asar tak bace dah...malam smalm gi bilik kwn tnye die ade novel best x?naseb baik ade novel best,huhu,dah la die ade exam esoknye..kacau betul aku nih..hehe....
kelas 5 az-zarqali 2004
nama samaran,dari kiri(ats skali):batin,anuar faiz,jabbar,ayam,hakim,matpeng,quyyum,ka,zayid
2nd line-azrul,khair,zizi,wahid,ain,qis,uzair,akalil,pirdaus
3rd-jaon,wan,fiza,alin,ita,yana,husna,wani rahmat,yana
4th-solehah,fiza,mhaini.
kerana ilmu kita bertemu,
kerana perkenalan ukhuwah terjalin,
kerana cita-cita perpisahan terjadi,dan kerana persahabatan lillahi ia akan berkekalan dan diredhaiNYA.
menggamit memori lalu,sekolah vs universiti-
6 pagi -sekolah-peratusan dah bangun pagi agak tinggi,selalunya akn bangun awal wak2 mula2 buka cuti mungkin sebab hmesick dan x penat,semgt untuk berubah masih menebal,solat subuh wajib jemaah.selalu x ngantuk(fresh) pas2 bleh bace aq atau al-ma'thurat..
universiti-peratusan menurun dengan mendadak,liat benor nak bangun wpun kat sek guna jam loceng je..tp boleh bangun,kat uni. guna henpon,asal alarm bunyi tekan ,pastu tido balik.susahnye nak bgn awal,g masjid..lps solat tido balik..7 pagi-sekolah-sarapan kat dewan makan(dm),pastu g perhimpunan pagi,bdk f5 slalu lmbt sebab khusyuk studi wpun klas dkt ngan dataran..hehe
universiti-sarapan lagi lambat,kdg2 x sempat .kadang2,pegi lecture 5 minit sblm klas stat ..
waktu rehat-sekolah-gi dm atau kantin atau x makan sbb x lapau wpun blajar steret tanpa henti
universiti-belajar sikit pun da lapar,lecturer terlebih masa sikit ,masing2 gelisah dan tgk jam.lps mkn ,ade lecture ,pastu tersengguk2 ..
2 petang-sekolah-solat jemaah zuhur
universiti-selalunya solat sendiri.
3 petang-sekolah-prep petang--masa untuk buat keje rumah,atau studi math,kdg2 "ter"tido kat meja,ramai je camni dlm kelas ...hehehe...
universiti-lab atau kelas,klu tak de, duk kat bilik ,dugaan sungguh ,tido kat katil terus klu ngantuk...sedar2 dah asar..
5 petang-sekolah--wajib turun riadah ex.klas peperiksaan,jln2 je,malas nak jogging,klu geng ajak bru jogging..
universiti---duk bilik,jrg jogging,x mau jogging,jln2 ,tgk tv...
maghrib- sekolah--makan kat dm,persiap diri untuk solat maghrib,masing2 berebut bilik air,letak bekas toiletteries dpn pintu shower(bks toiletteries atau baldi beratur)hehehe....solat jemaah pastu setiap malam aktvti berbeza--x igt sangat---tamrin,tafsir,ceramah,bc yaasin,syukbah penerbitan,usrah,tpi wak2 f5 prep lepas maghrib..bce aq jer ramai2..sedey ..
universiti-blk air byk kosong..solat jemaah kat masjid klu mandi awal2..kat masjid x de tazkirah ant. maghrib isyak kecuali bbrpa kali dlm seminggu.
lepas isyak- sekolah--prep :masa untuk studi kat kelas,lepas prep balik bilik,p koop beli jajan ,bace al-mulk ramai2...slalunya jarang stayup..
universiti---- den studi kat bilik jo....tdo slalu lambat...esp.klu kena wat lab report & buat last minute..
hujung minggu-sekolah---ade gotong -royong,prep pagi sabtu ,outing,naik bas labu yg drebar die mcm terlepas pluang racing kat sepang..laju ,ngan bas macam tin sardin berkarat..
universiti--peratusan duk kat rumah tinggi bebanding kat sek.dulu,jauh bebenor rumoh den......
walau dimana kita berada,kita tetap pandang bulan yang sama ,^0^
sahabatku,
wpun dimana berada,
jagalah agamumu,
jagalah adabmu,
jagalah pergaulan mu dgn orang "asing",
jagalah aurat mu,
jagalah imanmu,
jagalah ilmu agamamu,
dan berjaga-jagalah..
wassalam..
Perbaiki akhlak dihadapan ALLAH
Assalamu'alaikum..
kata -kata itu sebenarnya....
Wednesday, April 16, 2008
ubat rindu
tHEN ,i download nasheeds of my skul's munshid- sOuTuL JiHad ------------------i luv the songs in these album...inspirasi & sumbangsih.......
one great song:ubat rindu
Album : Inspirasi
Munsyid : Soutul Jihad
http://liriknasyid.com
Derita hati ini
Tak siapa yang tahu
Begitu sukarnya melawan nafsu
Masih jauh lagi
Perjalanan ini
Keresahan di jiwa
Mesti diubati
Ingin kuberikan
Ketenangan di hati
Kan kucuba walau
Terseksanya diri ini
Di manakah hilangnya ketenangan
Di manakah perginya kebahagiaan
Ke mana lagi harus kucari
Ubat rindu di hatiku ini
Mujahadah di sepanjang
Langkah-langkah perjalanan
Jangan kita asyik leka
Dibuai angan khayalan
Masih belum lagi kita bertemu
Sebarang jawapan
Rahsia kebahagiaan
Di dalam kehidupan
Lagu : Abd Halim
Lirik : Abd Halim
Vokal : Mofaz & Salleh
Susunan Muzik : Abd Halim
Hakcipta Lagu : Syukrin SMAPL
Hakcipta Lirik : Syukrin SMAPL
deep meaning!!
Friday, April 11, 2008
assalamu'alaykum.....cheers ^;^
inilah hidup di universiti,takde org bleh paksa klu diri sendiri malas nak usaha.kalau kat sekolah dulu,semua dah diatur.tak mau buat,balasan die terus dapat--denda .hihi..tapi kat uni.mane ade dah denda2 nie.kesan jangka panjang kalu tak reti disiplinkan dir-----result teruk.sbb tu kat uni.,kena cari sahabat yang boleh membimbing kita.kat skolah ada peraturan yang atur hidup kita supaya lebih teratur dan tersusun.malam2 ada prep,balik prep kena baca surah al-mulk(form1 ,form2)solat jemaah tiap waktu,solat awl,.kat uni,kena urus sendiri,tambah2 bila ada laptop,internet laju je,dari sejam boleh ke berjam2 surf internet,it can jeopardize ur future..believe me.....
penah fikir kenapa dan kenapa,kita tak macam orang lain,nak macam org lain,ade sifat kepimpinan,tegas,disukai ramai,yakinan sodiqa,tak bersyukur ngan rupa yang Allah anugerahkan .sebenarnya sikap seperti inilah yang menyebabkan kita yang maju,kalu maju pun ,tak berapa maju^;^...bukan senang nak berubah nie.penulis sendiri bukan lah seorg yang perfect,malah sgt jauh dari perkataan perfect itu sendiri.penulis teringat sahabat satu batch ,malah batch2 lain juga,disek dulu ,dari segi kepimpinan,sahsiah,ko-k ade.penulis bersyukur kerana mengenali mereka,org hebat2..perubahan perlukan kekuatan,itu untuk perubahan dari negatif ke positif je..nak berubah dari -ve ke +ve sonang jo....ibaratnya,dulu kita 30(E),nak dapat 70(A2) ,lain la kalau dah 70 nak dpt 90.so,ayuh,sama2 usaha kearah yang lebih baik..
manusia tak penah bersyukur dengan nikmat allah,apa yang ada jarang disyukuri,apa yang tiada itula itu yang dia nak.bersyukur dpt hirup udara segar lagi kat kubang kerian nie,bersyukur,dptkenal kwn2 yang solehah2makan selera lagi,tgn bole menulis,kaki bole bergerak,sendawa,menguap bila ngantuk,bole bercakap ,x gagap,ada anggota badan,paras rupa,tak de abnormalities,dah lepas spm,pmr,upsr,byk lagi tak terkira nikmat allah.allah maha penyayang kepada kita semua(org beriman)..jika kamu bersyukur,maka Aku akn tambahkan nikmat kpd kamu,jika kamu kufur,azab yang pedih menanti kamu...bersabarla .sabar ,sabar..sabar30x..........................................jadi,mari bersyukur dan sabar..
dikala hati penulis dilambung ombak dan gelora,penulis suka mencari kata2 yang dpt menyejukkan hati...=)
friends,,
hakikatnya hidup ini terlalu singkat,
jadi,jangan bersandarkan pada masa silam donk.=)
-sekiranya engkau letakkan satu nilai kecil pd diri sendiri,
ketahuilah bahawa dunia takkan tingkatkan harga anda itu-
wassalam.....
p/s :amat sedih tgk kwn2 yang bercouple,x reti nak tegur.
Monday, April 07, 2008
hari ini
wanita harus keluar rumah jika:
1. Seseorang wanita boleh keluar rumah sekiranya ia mempunyai sesuatu hajat yang amat perlu yang diharuskan oleh syarak.
Contohnya: - Menuntut ilmu fardhu ain sekiranya ibu bapa atau suami atau penjaganya tidak berkesempatan atau tidak berkemampuan mengajarnya.
- Menziarahi kaum kerabat, saudara-mara, jiran ataupun sahabat.
- Keluar mencari nafkah yang halal disebabkan wanita itu sebatang kara atau keadaannya miskin atau penjaganya sakit atau cacat.
- Untuk menjadi saksi .
2. Keluar dengan berdoa meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan manusia serta syaitan.
3. Apabila tempat tujuan kurang dari dua marhalah (48 batu) wanita boleh ditemani oleh kanak-kanak.Apabila perjalanan lebih jauh dari itu, hendaklah wanita itu ditemani oleh muhramnya.
4. Hendaklah menutup aurat supaya: - Mudah dikenali bahawa dia adalah wanita beriman
- Tidak ada gangguan
- Mendapat keampunan Allah
5. Elakkan berjalan di jalan besar yang sesak dengan orang ramai. Hendaklah berjalan di laluan tepi yang bukan laluan umum.
6. Jangan menampakkan perhiasan diri (seperti rantai, gelang dan sebagainya) atau menghentakkan kaki untuk membunyikan perhiasan (seperti gelang kaki atau kasut berladam).
7. Berjalanlah dengan sopan. Elakkan daripada banyak bergurau senda di jalanan.
8. Jangan memakai bau-bauan kerana ia memberangsangkan nafsu lelaki. Jika memakainya, jangan terlalu banyak, cukuplah sekadar tidak berbau busuk.
9. Tundukkan pandangan dan kekalkan sifat malu. Jangan sekali-kali bertegur sapa atau melayan lelaki yang bukan muhram.
10. Meminta keampunan kepada Allah di sepanjang perjalanan.
Islam itu syumul,mencakupi seluruh aspek dlm hidup.Allah knows best,coz He is KHALIQUL A'LAMIN.
ayat untuk hari ini;
"sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu"(as-syams :9)
Sunday, April 06, 2008
kehidupan di universiti ...*^ _^*

gambar ni takde kena mengena ,cume ni gambar uni.yg lawa kt ovcSaturday, March 29, 2008
degil
Thursday, March 27, 2008
jIkA aKu jAtuH cInTa............

"Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semua.
semoga jiwa terubat dengan harapan
teringt kata2 ayahku,dulu msa mula2 kawin berdua ,skrg dah makin tua pun tinggal berdua .sebab:anak2 blajar jauh,kerja jauh,abgku-sabah,kak -sorang banting,sorang perak,aku dekat je..tapi duk asrama,adikpempuan g plkn,3 org je duk rumah+ma ayoh.bile aku balik rmh hujung minggu ,rase sunyi gak,mayb adik pempuan yg g plkn tu takde kat rmh..sbb selalu gaduh ngan die ..=)
semoga kebahagiaan menjelma,
semoga jiwa kita terubat dengan harapan,
maka jgnlah mnyerah,
jika kau menyerah ,
kecemasan akn menyergap jiwa,
seseorg yg dkt dgn kebahagiaan adalah org yg punyai harapan...
yA ALLAH,aku sungguh cmas untuk hadapi "EXAM" dunia ini.....
Tuesday, March 25, 2008
avoiding internet addiction
assalamu'alaykum,some guidance:
And few of us want to reveal to others that we have been engaging in behavior that is self-destructive. However, an honest talk with a trusted friend about how much time you are spending online and its effect on your life could be useful as another person can be more objective about the severity of your problem.
setiap perkara akan berlalu
alhamdulillah ,
dalm hidup kita seharian ,walaupun kita tak nak tempuhi benda tu,ia akan tetap akan dilalui oleh kita walaupun kita tak nak atau nak.
contohnya masa dapat assignment ,rasa cam susah nak buat,tapi skrg dah hantar,mcm tak percaya plak.
semua ospe dah lepas,CA,lab report semua dah hantar,tinggal satu je lagi-assignment Oral health ;)
tinggal nak exam final je.studi blum....
minggu dpn study week,
hope i can do a schedule and can cover 6 subjects ;)
exam schedule :
7/4-patologi
8/4-free
9/4-mikrob
10/4-free
11/4-free
12/4-free
13/4-free
14/4-farmako
15/4-free
16/4-immuno
17/4-free
18/4-free
19/4-free
20/4-human genetic
21/4-free
22/4-free
23/4-free
24/4-oral health
Monday, March 24, 2008
stress.......
exam dah dekat,
risau pasal plajaran,
;)

