Sunday, June 17, 2012

Sultan Muhammad V

Cantik number plate kereta Sultan Muhammad V.
Apapun,di sisi Rabbul Jalil, hanya nilai taqwa membezakan antara kita.

Tuesday, June 12, 2012

Bersatu

1)Mungkinkah kita dapat bersatu atas kebatilan kemaksiatan yang nyata?
2)Jalan ke syurga dan neraka itu samakah? Berbuat ibadat (jalan ke syurga) tapi masih gemar melakukan perkara maksiat ( azab neraka).
3)Manusia ini fitrahnya sentiasa berbeza pendapat. Berbeza pendapat pada perkara bukan pokok/ akidah tidak mengapa. Berlapang dada sahaja. Jangan paksa orang terima pendapat kita.
4)Bagaimana mungkin kita mahu menjadi penyeru kesatuan atau orang tengah apabila terang-terangan kita berpihak pada salah satu pihak yang terlibat. Itu bias namanya.

Thursday, May 31, 2012

Tegur

Post ni agak "keras" sedikit. 
Saya rasa daripada mufti2 atau sesiapa yang menyalahkan PAS bila PAS kata tak nak bermuzakarah dengan UMNO,
LEBIH BAIK
mufti-mufti semalaysia membuat pakatan menegur atau celik mata tentang apa yang tak betul/ bercanggah dengan agama Islam atas apa yang dilaksanakan UMNO & seterusnya merekalah (mufti-mufti)  bermuzakarah dengan UMNO. UMNO tak perlukan PAS untuk laksanakan Islam. Mereka dah ada segalanya!
tengok muka naqib menghilangkan stress

Tuesday, May 08, 2012

cuti

Assamualaikum,
1)Syukur, buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke KLIBF di PWTC. Dari jauh datang,membeli 4 buah buku termasuk buku yang dipesan oleh abang. Sebabnya, banyak buku yang dah dibeli semasa guna baucer buku 1 Malaysia.Terima kasih kepada housemate saya yang sudi meneman & mengenal Midvalley sebelum tu.
2)Kali ini betul-betul merancang, buku apa yang saya memang nak baca, bukan buku yang main pilih, bila balik rumah, tak baca.
3)Judulnya:
Kimono Ungu Bersulam Bunga-Rebecca Ilham
Dihamparan shamrock kuseru namaMU -Hasrizal Abdul Jamil
dan novel Laskar Pelangi-Andrea Hirata
Apa yang menariknya kesemuanya ada diskaun. Walaupun hanya hampir 4 jam, sakit tumit berjalan & mata kabur. Tapi mujurlah lantai kesemuanya karpet& berhawa dingin. Lain kali, bawa air & makanan sendiri lagi best. Tahun depan bolehlah datang lagi. 
4)Hari buruh, kakak2 ajak pergi Jakel Shah Alam & GM di Klang.
5)Ahad, ke SOGO. Ramai sangat orang. Macam ulat!
6)Persoalan mengenai ilmu: Ramai yang saya jumpa, masa undergraduate timbul kesedaran nak belajar agama. Lalu kelas pengajian ijazah ditinggalkan & buat sambil lewa. Sebenarnya menurut imam ghazali, keutamaan menuntut ilmu- yang pertama:ilmu fardu ain, kedua ilmu fardu kifayah-seperti ilmu kejuruteraan & matematik, ketiga: ilmu seperti perbandingan mazhab. Dewasa ini, kita boleh tengok di alam facebook  ramai yang bertelagah mengenai khilaf ulama, padahal mereka bukanlah orang yang arif (bukan mengaji agama eg, bukan mengaji mengikut turutan ilmu) ini merugikan umat islam.-Ust Syed Abdul Kadir Aljoofre.
7)Pergi bercuti sebab nak ambil angin, nak main dengan anak sedara tapi bila balik dari bercuti, STRESS. 
bila besar, tak nak dah orang pegang tangan dia masa jalan.

Wednesday, April 25, 2012

Kalau ke Kelantan, datanglah ke pejabat saya

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), melahirkan rasa dukacita terhadap menteri-menteri dan timbalannya yang datang ke negeri ini tetapi tidak pernah mengunjungi pejabat beliau.
Katanya, Kelantan adalah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang menteri besar, yang seharusnya menteri atau timbalannya mengunjunginya selaku ketua kerajaan di negeri yang mereka lawati.
“Dia nak datang tu, datanglah, (Kelantan) tetapi kalau boleh datanglah ke pejabat menteri besar, sebab dia ada kerajaan dan ada ketuanya sendiri.
“Sejak saya menjadi menteri besar hampir 22 tahun ini, hanya ada dua orang menteri sahaja yang bersedia datang bertemu saya, baik dia iaitu Menteri diJabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nazri Aziz.
“Seorang lagi yang sempat bertemu saya bekas Menteri Pertanian, kalau tak silap saya bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, orang lain tak datang,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan awal Mei ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Ketika ditanya adakah lawatan itu ada kaitan dengan pilihanraya semakin hampir, beliau berkata terpulanglah kerana pilihanraya atau sebaliknya, sebab PAS sendiri turun ke seluruh negara khususnya sebagai persiapan menghadapi pilihanraya.
“Tetapi soalnya sekarang rakyat mesti faham untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang ditadbir PAS apa dosa yang telah dilakukan oleh parti Islam ini,”ujarnya.
Sambungnya lagi, perjuangan PAS menarik manusia kembali pada ajaran Allah yang sebenar.
Sambungnya, selepas manusia mati sudah pasti akan dibangkitkan semula sama ada mahu atau sebaliknya tetap akan dihidupkan semula.
Sambil merujuk surah Yaasin ayat 51 dan 52, Tuan Guru berkata, setiap manusia yang mati akan dihidupkan semua untuk menerima pembalasan di akhirat.
Kerana itu tambahnya, PAS telah membawa ajaran yang selari dengan Islam kerana ianya menjadi tanggungjawab perjuangan umat Islam.


Sumber-Harakah.

p/s:Walaupun saya tahu TGNA tak pernah mengharapkan penghormatan yang menggunung, tapi sekurang-kurangnya kalau hormatlah dia sebagai tuan rumah negeri ini..........(isi tempat kosong sendiri).Ini common sense!

Sunday, April 15, 2012

rindu

Hyundai Elantra baru 2012. 
Sudah lama tak genggam stereng kereta. 
Membelah jalan raya yang basah dengan titisan air hujan sambil menikmati lagu dari radio yang terpasang.




RINDU!

Tuesday, April 10, 2012

pelajaran dari korek telinga.

Assalamua'alaikum.


Bila pergi klinik pakar, sentiasa ada follow-up. Bila dah siap doktor check, "ok, lagi seminggu awak datang., "ok, lagi 8 minggu awak datang.Tapi kena sabar.


Saya sakit telinga. Rasa seperti ditekan2 sahaja bahagian dalam telinga. Sebabnya- saja-saja nak korek telinga.Dah jadi bad habit.
Selalu buat macam tu. Ok je, tiada masalah kesihatan yang berlanjutan.
Tapi kali ni, Allah nak bagi pengajaran.Memang rasa sakit+berdesing (ringing, bukan kring-kring ye)sepanjang masa.
Pergi klinik swasta, dia  bagi antibiotic dan rasa sakit itu hilang dalam masa 3-4 hari, tapi rasa berdesing tu tetap ada, & ia sangat mengganggu aktiviti harian khususnya aktvt percakapan. :)


Dipendekkan cerita dalam masa seminggu rasa berdesing hilang, tetapi jangkitan kulat itu masih ada. Ke klinik ORL, doktor bersihkan telinga, tak sure apa nama procedurenya. Tapi, ibaratnya, seperti cleaner membersihkan longkang guna pressurized water, agak sakit, (kacip gigi kuat-kuat) Dr bagi effexin. Lepas dua minggu dia suruh buat ujian pendengaran. Alhamdulillah normal. 


Ditanya jika ada masalah hidung, saya bagitahu ada resdung.
Dr periksa hidung, hidung dimasukkan besi yang ada kamera, meleleh air mata saya, sebab sakit.Sambil lap air mata, bagitahu dr, "sakit". 
Bersyukur, sebab pergi ORL sakit telinga, masalah acute rhinitis(resdung) yang selama ni ambil ubat pharmacy (loratidine), kali ni doktor prescribe nasal spray pulak. Ubat yang berbeza. Berharap ubat ni dapat sembuhkan acute rhinitis saya.


Pengajaran:
1)Jangan korek telinga sebab saja-saja.
2)Kadang-kadang, masa susah kita susah nak nampak hikmah kenapa Allah menjadikan kesusahan ini (padahal x susah mana pun).
3)1+1=3
4)sakit telinga saya tu=acute otitis rasanya. saya tak tahu orang lain macamana, tapi google akan terlebih dahulu"diagnose" sebelum didiagnosis oleh doktor perubatan.
p/s:rasa macam karangan budak kelas 5 kenanga pulak.

Thursday, April 05, 2012

Makan

Sabda Rasulullah SAW:
Orang yang paling utama dikalangan kamu disisi Allah ialah orang yang lebih panjang berlapar dan berfikir. Orang yang paling dibenci Allah dikalangan kamu ialah orang yang banyak minum, banyak makan dan banyak tidur.


Sumber :Majalah Anis.


sawah padi, sumber beras (Gurun, Jun 2010)
Moga hadis diatas menjadi asbab untuk saya kurangkan makaaaan & tidur.

Wednesday, April 04, 2012

Sabar

Sabar itu ada tiga bentuk:
1)Sabar dalam menjauhi maksiat
2)Sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah
3)Sabar dalam menghadapi ujian

Friday, March 23, 2012

pesanan untuk pemuda & pemudi

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN KPD PEMUDA DAN PEMUDI

SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004. Beliau adalah pejuang HAMAS, yang berusaha membebaskan palestin dari cengkaman dan kerakusan zionis.





Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat
Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
 



sumber gambar:http://asympt0te.tumblr.com/ & http://sasonian37.deviantart.com/art/Oooooops-Eid-4-187857186

Tuesday, February 14, 2012

Kebergantungan kepada Allah

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.(Surah Yunus, ayat 107)


sumber gambar:http://intertwinedpromises.tumblr.com/

Thursday, January 19, 2012

Nostalgia

Assalamualaikum...
Oh sedihnya dengar lagu ni.
Dulu, masa kat sekolah, setiap hari selasa, slot syukbah tamrin antara maghrib isyak, masa yang ditunggu2, iaitu nasyid aka boleh nyanyi ramai2. Ni antara lagu favourite. Sekarang, bila dengar sorang2 boleh meleleh air mata. Dulu-dulu, agaknya ada la dalam sebaldi kalau dikumpul-kumpul dari form 1 sampai form 5 :). Chengeng!

Sahabat & social network.
Ditahun 2000, umur 13 tahun, saya terfikir, 10 tahun akan datang, agaknya bagaimanalah hidup saya waktu tersebut? Sekarang, sudah lebih 10 tahun pun, rasa seperti tak percaya. TAK PERCAYA. Cepatnya masa berlalu. Sudah nak masuk 25 tahun. Fasa matang. 

Hidup ini begitulah, pengalaman banyak mengajar kita. Pahit perlu ditelan sendiri. Manis dirai bersama. Kadang-kadang, manis pun bersendiri. Mendaki tangga usia yang semakin "pendek", sahabat datang dan pergi, kita menyangka orang yang kita kenal akan kekal menjadi sahabat selamanya dan berada disisi kita.  Namun, rupa-rupanya, sahabat itu boleh datang dan pergi. Saya pernah rasa itu. Berpisah bukan kerana sengketa. Tapi kerana hakikat perpisahan dalam bersahabat. Masing-masing membawa halatuju tersendiri. Biarpun dia ada dalam list friend facebook saya. Apapun, seorang blogger -yang-dah-lama-tak-update-blog-dia-tapi-penulisannya-sungguh-kritis-sekali, ada membincangkan kenapa friendster harus dijauhi.Boleh diaplikasi untuk facebook juga!

Anda boleh bersetuju atau tidak dengan pendapatnya. Ini kan negara demokrasi.

Misthaqan ghaliza
19 Januari 2000 dan ke atas, bekas pelajar UPSR 1999, menjejaki alam remaja.
Januari 2012, bekas pelajar SPM 2004, menjejaki alam yang penuh dengan kedewasaan; alam rumahtangga. 
Dengan ini saya mengucapkan selamat berbahagia kepada pasangan Khairul Azri & SakinahNorfarahnadia& pasangan, Nurul Ain Abdullah & pasangan. Barakallahulakuma wabaraka'alaikuma wa jamaa bainakuma fikhair. Moga rumah tangga yang dibina dilimpahi dengan sakinah & mawaddah.

Yang belum bernikah, moga berbahagia juga. Cakap pasal nikah, semua senyum lebar je kan.
 Ketiga-tiganya tidak saya hadiri. Allah sebaik-baik perancang, mahu ke Kemaman,namun tiket pulang semula ke kelantan sudah habis.  Frust la jugak. 

Nostalgia oleh Soutul Amal
Tajuk lagu yang menjadi fevret: Nostalgia.

Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Lirik: Shauqi
Lagu: Munirah 
Solo: Mohd Sobri Abdullah

Sekian.

Thursday, January 05, 2012

harapan dan angan-angan

Wahai diri, 
Berhentilah berangan-angan nak dapat backdated.
BERHENTI.
Jangan menaruh harapan yang tinggi-tinggi. 
Makin lama makin "kenal" USM.

Wednesday, December 21, 2011

heterogenous

Asslamualaikum.
1. Selalu sangat lupa. Tika diberi peluang kedua oleh supervisor yang baik hati, berusahalah sepenuh hati Mohaini. Sepenuh hati tak cukup, sepenuh kudrat.
2. Syukur itu mesti diterjemah melalui perbuatan. Kalau perkataan sahaja mengucap syukur,update status fb, tapi masih malas lagi nak buat tugas, nak beribadah, apa gunanya itu.
-nikmat itu sebenarnya ujian, ujian itu nikmat. kita selalu nak "marah "tuhan kalau dapat ujian.
3.Minggu lepas, charger laptop rosak buat kali kedua, habislah duit rm200,apalah nasibku, dahla tiada biasiswa, masa depan pun rasa kelam je mengenangkan itu. Memikirkan itu membuat hati berasa amat marah hingga tertidur. Esoknya, entah apa adik bongsu buat, mujurlah dapat guna balik. Tuhan nak uji kejap pun mung dah nak mengamuk.
4. Masih takut untuk bercita-cita tinggi. Boleh ke....boleh ke....
5. Kereta proton baru pakai hampir 3 tahun, tapi bukan main banyak rosak. Tapi padanlah harga yang dibayar. Janganlah merajuk SAGA lepas hamba tulis dalam blog ni.
6. Ya Allah, harap2 tahun depan 2012 boleh habiskan semua objektif.
7. Kalau tak mampu nak tolong balas jasa mak ayah dengan bagi duit tiap2 bulan, tolong mereka dengan buat kerja rumah:kemas rumah, jemur baju, masak.etc.

Sunday, December 18, 2011

bercakap ditelefon

Saya tak tahu masalah ini dialami oleh orang lain atau tidak.
Bila bercakap di telefon saya kurang jelas apa yang dituturkan oleh orang disana dan saya akan cakap "ye" sahaja.

Sunday, December 04, 2011

Penyejuk mata

Assalamualaikum.


Saya dan sahabat2 berkumpul untuk melawat sahabat yang baru menyambut cahayamata. Sepanjang perjalanan, memang tak berhenti bercakap,menanyakan khabar.blabla. Tapi kan, dalam banyak -banyak topik, ada satu topik yang sentiasa evergreen. Iaitu kahwin!!:) Kenapa ye kita asyik cakap pasal kahwin ni? Sebab umur kita kot. Kalau umur 20-21, bincang pun main-main, tapi sekarang, realiti dan umurnya sudah tiba., kami bincang secara serius iaitu sampai ke bab pendidikan anak-anak (tarbiyatul aulad). Diri terfikir, kalau diri sendiri tak tertabiyah, bagaimana nak mentarbiyah anak sendiri. -ve sungguh. Satu perkara untuk difikirkan dan pelbagai perkara lagi. Sebenarnya nak elak topik kahwin. Sebab ramai sangat dah orang tulis pasal kahwin.;)


Oklah, bagi wanita-wanita yang belum berkahwin, mari menjadi penyejuk mata bagi ibubapa dan......


Wanita, Bersediakah Anda Menjadi Penyejuk Mata?
 ” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”


Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia? Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka. Tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?

Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.

Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.

Sedarkah anda , bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?

Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.

Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.

Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.

Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.

Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan Al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah ; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?

Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat ‘penyejuk mata’ tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.

Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!

Sekian.
artikel dari myilham.com.

Saturday, November 26, 2011

doa akhir & awal tahun

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan seluruh sahabat baginda.
Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, dan kami belum bertaubat darinya padahal Engkau tidak meredhainya dan belum melupakannya malah Engkau berlembut dan tidak mengazabkan kami, serta memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri dalam maksiat kepada-Mu. Maka kami memohon pengampunan-Mu dan ampunkanlah kami. Dan apa-apa perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau Redhai dan Engkau janjikan baginya pahala, maka kami memohon kepada-Mu ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerimanya daripada kami, dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami, Wahai Tuhan yang Maha Pemurah.
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian Alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan seluruh sahabat baginda, Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.




Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, Rasul yang termulia, keluarga dan seluruh sahabat baginda.
Ya Allah ya Tuhan Kami, Engkaulah Tuhan Yang Abadi, Sedia Ada dan Tiada Permulaan, kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat banyak dan sangat diharapkan.
Tibalah tahun baru ini kepada kami, kami memohon kepada-Mu agar terpelihara kami dalam tahun ini daripada Syaitan yang direjam, dan para kuncu-kuncunya serta bala tenteranya.
Dan kami memohon pertolongan-Mu mengalahkan runtutan nafsu amarah (yang mendorong) ke arah kejahatan.
Dan kami jua memohon rasa sedia ingin membuat perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kami kepada-Mu, Wahai Yang mempunyai keagungan dan kemuliaan,Sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian Alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan seluruh sahabat baginda. Dan segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Friday, November 25, 2011

Air Kelantan

Assalamualaikum.
Bismillah.
*hamba=saya

Dengan ini hamba berasa sangat dukacita dengan berita yang bukan-bukan pasal negeri hamba. Maklumlah, pemerintah negeri hamba sudah lama berkuasa,  pihak berkuasa pusat memandang negeri hamba ini semacam  saja. Ada sahaja yang tak kena. Femes juga negeri hamba ini. Boleh dikatakan hari-hari masuk akhbar berbanding dengan negeri lain, perlis khususnya (jangan murih ya orang perlis, negeri perlis ini rakyat dan pemerintahnya berjuruh belaka dan tak banyak  buat “kes”). Dari kes royalti minyak hingga ke isu bekalan air, hamba rasa negeri ini sebahagian dari selatan Thai pulak.  Hamba hanya mahu sentuh mengenai isu air sahaja.

Zaman hamba tinggal di pedalaman felda tahun 90-an, jarang sekali hendak merasai air paip keluar dari muncungnya. Ayahanda dan ibunda akan bangun jam 2-3 pagi menadah air, kerana hanya pada  waktu itulah air paip akan keluar dan boleh ditadah. Kalau tidak ada air langsung dalam tangki air, kami pergi mandi  di sungai  ataupun mandi di perigi buatan yang airnya bewarna seperti teh susu cair. Boleh dikatakan setiap rumah penduduk felda ada perigi.  Sudah lebih 10 tahun, tidak pasti pula, penduduk felda masih mengalami masalah air lagi ke tidak. Pada waktu itu juga, air paip dikampung hamba amatlah memuaskan, tak macam sekarang sampai perlu menggunakan air telaga. Mungkin tidak cukup tangki untuk menampung pertambahan populasi.

Air Kelantan berkarat? Sebenarnya ia agak subjektif, tidak semua tempat berkarat, kerana air di rumah hamba tidak berkarat. Tapi di tempat hamba mengaji, airnya memang berkarat. Mungkin  saluran paip sudah berkarat atau memang airnya berkarat. E.coli dalam air?

E.coli merupakan bacteria baik yang akan dijumpai dalam badan manusia.  Tetapi tak semuanya baik. Masih ingatkah anda, heboh di Jerman ada yang maut akibat E.coli, rupanya-rupanya E.coli itu ialah enterohemorrhagic E.coli, yang akan menyebabkan bloody diarrhea; kegagalan ginjal, platelet count rendah dan anemia.  Kementerian Kesihatan menetapkan E.coli hendaklah tidak melebihi, 0.4%.Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011.


"Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%),  Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 0.4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawatt di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat  -TGNA-

 Mengenai kandungan fluoride dalam air, selain menjadi tanggungjawab air Kelantan sdn bhd, bahkan ianya juga jadi dibawah seliaan kementerian.  Sila rujuk kepada Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010) bab 20, Meningkatkan Taraf Kesihatan menyebut;

20.12 Aktiviti kesihatan pergigian dilaksana bagi menggalak kesedaran tentang pentingnya amalan pergigian yang baik untuk menambah baik kualiti hidup. Bagi mencegah pereputan gigi, pemfluoridaan bekalan air terus dijalankan. Sehubungan ini, sembilan loji rawatan air dilengkapkan dengan saluran fluorida di negeri Kedah dan Perak menjadikan bilangan loji yang dipasang penyalur kepada 249 daripada sejumlah 440 loji. Program penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif untuk pelajar sekolah bertujuan mengenal pasti dan merawat masalah pergigian di peringkat awal terus dilaksana dalam tempoh Rancangan yang memanfaatkan lebih 90 peratus pelajar sekolah rendah.

 Silakan mereka yang berada di bilik berhawa dingin Kementerian Kesihatan untuk menjelaskan maksud pernyataan ini. Bukankah bisa difahami bahawa sebenarnya Kementerian Kesihatan mempunyai peruntukan kewangan untuk program pemfluoridaan bekalan air tetapi kenapa Kelantan dianak tirikan?di petik disini


Nota:
1. Patutlah gigi hamba tak cantik macam gigi orang negeri lain. =)
2. TPM kita datang Kelantan, dalam ceramahnya, macam biasalah; kalu demo undi kami, kami tolong demo, kalu dok, rongaklah gigi dan masa depan anak-anak demo semua. =)
3. Hamba akur banyak negeri ini banyak juga cacat celanya, tapi tak bermakna orang tegur kita terus melenting, yang salah tetap salah. Jangan dilupa, orang negeri hamba patriotiknya lebih sedikit. 
4. Ahlan ya 1433 Hijri. Ya Allah, hamba banyak khilaf.
5. Siling makmal bocor, bilalah mahu siap baiki, udah lama hamba menunggu, hamba sayang makmal tu. Dengar2 masalah bajet, biasalah hujung tahun.
Sekian.

Monday, November 21, 2011

rindu perlu dicanang

Assalamualaikum.
Ramai  pulak orang yang saya rindu, bila kita rindu orang tu, perlukah kita beritahu  orang itu yang kita sedang merinduinya? Orang yang soleh tentunya merindukan perjuangan dan Rasulullah.Orang yg tak soleh macam saya hari2 rindu sahabat-sahabat, ahli keluarga yang jauh dimata.

Kalau dulu, saya selalu rindu dia, sekarang rindu juga;
afrina saffiyah bt muhammad kamarul ariffin

cuma sekarang bertambah seorang lagi yang perlu dirindui.
                                                        naqib izzudin b mohd najmi

Orang kata kalau kita mimpi seseorang, maknanya org itu rindukan kita. wah, sama2 rindu.
Sekarang saya rindu sahabat2 masa disekolah dahulu. Tak tahulah kenapa saya sangat segan nak contact mereka,tapi mujurlah ada juga saya contact sahabat2 yang pernah sekelas. Tidaklah terasa "jauh" sangat, sebab orang tak popular, lagilah orang tak ingat.=)
Oklah, masa kerja menimbun inilah, tangan gatal nak tulis kat blog.
Moga saya makin matang macam orang lain.