dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
assalamualaykum....
dah seminggu kat sini mendung,pastu panas,hujan,cuaca tak menentu.pastu sangat sejuk walaupun disiang hari.sampai ada yang duk kat dlm bilik pun kena pakai stokin dan sweater.
pastu masing2 cari port nak jemur baju.
pastu satu benda yg aku perasan ,dlm hidup nih,kita akan dapat balik benda yg kita pernah buat dekat org.pastu sekrg baru aku pikir inilah agaknya apa yg org tu rasa masa aku buat kat dia dulu..contohnye senang je,dulu aku kalau org hntar mesej,memang jarang reply mesej org,melainkan kalau terdesak.org bagi mesej forward pun aku tak balas balik.nah ,sekarang rasakan bila aku mesej org,org tak reply mesj aku.walaupun kawan kita tak mengharapkan kita reply mesej kita,tapi mesti kawan kita gembira bila kita bagi mesej kat dia kan....
dalam hidup kita seharian,jangan lupa jaga hubungan kita dengan ALLAH.
ada tak dalam masa sejam kita leka buat sesuatu kerja,kita istighfar,zikir ke....or masa mula2 nak wat kerja tue baca basmalah dulu..fikirkan -fikirkanlah...sebab kalau kita jaga hubungan kita dgn ALLAH,maka ALLAH akan jaga kita..
sebenarnya skrg ni tgh buntu pasal satu benda tapi mana blh tulih kat sini...=)
saya pernah dengar ceramah ,gaya penyampaian dan isi cramah tu memng meninggalkan kesan yg mendalam dekat saya.pasal betapa ruginya org yg tak tahu nilai pahala.contohnya ,solat jemaah ,kita memang dah tau value pahala kalau kita kerjakan solat berjemaah.tapi kenapa kita tak buat?sebabnya kita tau tau hargai nilai pahala yg ALLAH bagi kat umat Islam nih.dan pasal takutkan dosa sampai beliau sanggup hukum dirinya sendiri.kalau kita ,usahkan hukum diri sendiri,menyesal pun tak..
dan saya baca buku "jadilah wanita yg paling bahagia" karangan Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni.memang sangat best buku tue.dipinjam dr Niza ,trime kasih ye niza.antara yg terkesan dlm diri saya bila sy baca ialah-tinggalkan benda2 yg tak berfaedah seperti hiburan yg tak dtgkan bagi apa2 kebaikan kat saya dan cuba tambah ilmu agama...
tapi saya nie kadang2 kesedarn tu naik turun,bila kat rumah macam2 godaan hurm contohnya nak tgk cite korea ...ngaji pun malas..
sebab tue la kita kena sentiasa hadir majlis ilmu agama,baca buku fikrah agama,zikir,taubat sokmo..
panjang la pulak post kali nie...
untuk renungan bersama
Firman ALLAH:
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Az-Zumar:53)
No comments:
Post a Comment