Monday, July 28, 2008

Tinggalkan jahil itu..


Assalamu'alaikum


Huh...sakit hati baca utusan,berita kat situ seolah2 syok sendiri....(it's all about politic nowdays)..

Ya ALLAH,engkau tunjukkanlah kepada masyarakat dan pemimpin bahawa yang benar itu benar,yang bathil itu bathil..Amin...
Rasulullah SAW berkata “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian,
beliau berkata kepada anaknya:“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara.
Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.
Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.
Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”
Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”
[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa’ wa as-Sifaat: 79]
diambil dari http://saifulislam.com/?p=1554

Wahai pemimpin,

Terimalah ISLAM sebagai cara hidupmu,

Jangan kau biarkan syaitan dan nafsu sebagai ikutanmu,

Jangan tamak dengan nikmat dan kuasa,

Jangan sesekali kau permainkan hukum Tuhan Yang Maha Menghukum,

Ingatlah bahawa amanah itu dihujungnya ada penyesalan...


Aku rindukan pemimpin yang adil dan bijaksana seperti Fateh,dan Umar Abdul Aziz..
Seeru 'ala barakatillah..
-From NewCastle with Luv

Tuesday, July 22, 2008

Oh,negeriku...


ini copy paste dari http://msaidhawwa.blogspot.com/:




Global Media Channel (2008) mengatakan bahawa di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).
Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).
Ianya terletak di Blok-Blok berikut,
Blok A18
Blok B17 & C19
PM3
Sub-Blok Ular
PM301 & PM302
PM303
PM311 & 312
Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntut hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.
APA YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN
Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.
Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.
Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari.
Ini beerti, kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

Perlu kita fahami bahawa taqwa merupakan salah satu sebab yang dapat mendatangkan rezeki dan menjadikannya terus bertambah. Konsep pembentukkan “Masyarakat Islam” yang diamalkan oleh kerajaan PAS di Kelantan telah menjadikan penulis bertambah yakin dengan firman Allah SWT dalam surah At-Thalaq ayat 2 hingga 3 :
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. "
Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bahwa beliau bersabda:
“Satu buah had (hudud) yang diterapkan di dunia ini, lebih baik daripada diturunkannya hujan selama 40 hari (subuh)”.
Mengenai konsep ketamadunan islam ini telah diperincikan pula oleh Ustaz Syed Qutb dalam bukunya Ma’alim Fit-Thariq bahawa “Masyarakat Islam” bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia yang menamakan diri mereka “MUSLIM” sedangkan syariat Islam tidak menjadi undang-undang masyarakat itu, walaupun mereka patuh bersembahyang, menunaikan rukun puasa dan naik haji ke Mekah. Bukan juga masyarakat Islam itu yang mereka rekabentukkan Islam untuk diri mereka sendiri, lain daripada yang telah diatur dan ditetapkan oleh Allah SWT dan telah diajar oleh Rasulullah SAW, dengan memakai nama “Islam liberal” atau “Islam progresif” [atau “Islam Hadhari” (bahasa arab) – pentj].
Sebagai kesimpulannya, rakyat Malaysia dan rakyat Kelantan khususnya mestilah berusaha sedaya upaya mendirikan serta mempertahankan kerajaan yang benar-benar jujur dalam mentaati perintah Allah SWT. Moga-moga nikmat-Nya yang melimpah ruah termasuk hasil-hasil bumi dapat dimaksimalkan potensinya bagi kepentingan rakyat dan negara. Bukan menjadi korban kepada “anjing-anjing liar” yang lapar lagi rakus itu..

Saturday, July 19, 2008

doa.

"Aku berlindung kepada ALLAH Yang Mulia sebagai Tuhanku,Daripada kelemahan dalam berusaha atau malas,kerendahan cita-cita,lemahnya tekad,hinanya tujuan ,buruknya tabiat dan longlainya jiwa"
tidak sempat untuk update,dan menulis panjang2,,^0^
p/s: aduh blood banking,,nape susah sgt nak pehe??

Saturday, July 12, 2008

update sikit

assalamua'laikum..
baru2 nie..saya sendiri berasa jelik dgn politik negara tercinta ini yang semakin hari semakin tercemar ,ditambah dengan media yang memutarbelitkan fakta.isu panas:
1)anwar's accused sodomy saiful bukhari--http://jie-mutiarahati.blogspot.com/2008/06/akuan-sahabat-saiful-bukhari.html
2)kes anak tahanan ISA yg nazak tapi,ayahnya hanya dibenarkan keluar 4 jam selepas anaknya itu telah meninggal dunia.bayangkan!----http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015663&Itemid=90
satu lagi kekejaman ISA.

ALHAMDULILLAH,tadi berpeluang dengar ceramah Ust .Hasrizal,Program Kem Motivasi u anak2 staf USMKK,tapi tumpang sekaki,bagus betul sebab awal2 sem.nie at least sempat la nak perbetulkan apa yg silap selama nie.Dan sempat jugak amik tandangan Ust.di buku "Aku Terima Nikahnya" yg dibeli diTerengganu,bulan lepas.---Erti Hidup Pada Memberi--

Monday, July 07, 2008

alhamdulillah-;)


semalam baru stat belajar untuk tahun 3,.

syukur kepada ALLAH SWT.

moga ALLAH merahmatiku,mudah kanlah urusan dunia dan akhiratku,terangkanlah hati ku..untuk menerima cahaya ilmu Mu,..