Monday, January 19, 2009

Wahabi?apa isu sebenarnya.

assalamualaikum..
dalam sibuk2 nak wat lab repot,saya plak sebok2 bk internet,cari pasal isu khilaf,bidaah,wahabi,protajdid..ini la padahnya,belajar x masuk ikut pintu depan,lompat2...diri sendiri dah mula konfius..
disini,saya nak nasihatkan agar rakan2 sekalian,berhati2 dengan apa2 yang didengari,atau dibaca khususnya sesuatu yang baru dan tak pernah dEngar sebelum nie.sekarang nie ada macam2 fahaman,jadi sila berhati2,tanya balik ustaz atau ustazah.saya bagitau macam nie,atas dasar pengalaman,saya suka baca satu majalah yang agak popular kat Malaysia nie.majalah agama. benda baru sy x pernah dengar dan dia kata buat sesuatu amalan tu,dikira bidaaah sebab Rasulullah x pernah buat.saya pun ikut je la.duk fikir jugak,abis tue,selama nie duk amal ,camana.mak ayah buat,adik beradik.Balik rumah ,saya menyebarkan kat adik beradik ,kata itu bidaah,ini bidaah.dah la saya nie ketegaq/degil.tapi abang saya ustaz relax je.dia kata boleh je buat.(dia graduan al-azhar,hehe..skrg ni sya percaya kat grad dr mesir esp., spt yg dpt dr moderator forum iluvislam-aljoofre,al-amin,bkn yg lain x percaya,tp diorg kan "ahli").alhamdulillah,saya diberi peluang g pondok sekejap,macam2 benda belajar. faham sikit2 ,tapi,byk manalah ilmu sya nak dibandingkan dengan mereka yg paham..negative infiinity rasanya.skrg nie dah banyak kesedaran islam,,student ipta atau ipts(terutama aliran sains) berusaha nak cari ilmu agama.saya nasihatkan jangan mudah menghukum ustaz (kata ajaran mereka salah)dan hanya pandang pada org yang ada jawatan (PHD),x semestinya yg PHD tu betul.hukum nie ada metodologi nak keluarkan,bukan amik sebijik2 dari AQ dan hadis.

diambil dari iluvislam ,bahayanya WAHABI..(author:anak pejuang:http://jarumemas.blogspot.com)
wahabi adalah gelaran yang diberikan kepada mereka yang mengikut faham Muhammad bin Abdul Wahab - (ceritanya amat panjang dan ada mempunyai pro dan kontra yang akhirnya - bagi saya, sejarah beliau ini amat kabur).Pandangan yang pro dan kontra dengan wahhabi.

Jika yang pro - ada yang menyatakan sampai ke peringkat mujaddid kerana beliau ini membersihkan dan memurnikan tauhid dari khurafat dan bid'ah.Manakala yang kontra dengan beliau ini - sehinggakan ada di dalam kitab yang beliau tulis sendiri yang bermasalah dari sudut akidahnya, serta banyak diradd oleh ulamak silam yang lain.Serta sejarahnya boleh dikaitkan dengan usahasama dengan britain untuk menyebarkan fahamnya dengan bani saud. Sisi gelap wahabi banyak juga dilihat melalui pengusiran keluarga rasuluLlah, antara yang pernah diusir prof dr syed muhammad alawi maliki alhasani. Yang ini jika dilakukan pembongkaran ceritanya - sadis juga.

Pengalaman Semasa Belajar Usuluddin Mengenai Wahabi ,Dahulu - apa yang diajar oleh ustaz saya (lepasan usuluddin di al azhar). Wahabi pernah menjatuhkan hukum minum kopi pun sudah menjadi haram, dan kini nampaknya fatwa tersebut samada berkumandang lagi atau tidak, entahla..
Wahabi di Arab Saudi - antara usaha mereka adalah ingin memindahkan kubur Nabi Muhammad dari Masjid an Nabawi - ini mendapat tentangan dari umat Islam dan ulamak dan akhirnya mereka tidak jadi berbuat demikian. Mereka juga memusnahkan beberapa tempat peninggalan sejarah Islam atas alasan boleh membawa syirik dan sebagainya (sedangkan ia boleh sahaja diselesaikan dengan cara yang lebih baik tanpa perlu memusnahkan kesan sejarah yang amat berharga tersebut).

Wahabi kini - antara ciri-cirinya; adalah amat mudah menghukum kepada umat Islam serta khilaf (perbezaan pendapat) para ulamak, serta mentahzir ulamar dengan gelaran sesat, terkeluar dari i'tiqad ahlu sunnah wal jama'ah.Contoh yang boleh dilihat mereka mengatakan perbuatan di bawah adalah sesat sedangkan semuanya ada hujjah dari al Quran dan hadith:
1. Amalan maulid rosul2.
Doa qunut
3. Doa secara jahr
4. Berzikir beramai-ramai
5. Pengajian sifat 20
6. Talqin dan tahlil
7. Bersalaman selepas solat
8. Menyapu muka selepas solat
9. Ucapan Sayyidina kepada Nabi Muhammad
10. Bersedekah bacaan Al Quran kepada jenazah
11. Dan banyak lagi..Hukuman yang senang bermain di bibir mereka adalah bid'ah sesat tanpa menyelidik terlebih dahulu. Ramai Ulamak yang membantah dan mengkritik fahaman wahabi ini serta satu tindakan telah diambil bagi mengekang penyebaran fahaman yang merbahaya ini seperti di Johor, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan : Antaranya ulama yang menentang contohnya :
1. Mufti Johor – Datuk Noh Gadut
2. Kiyai Sirajuddin Abbas
3. Al-Marhum Tuan Guru Hj Abdullah
4. Said Ramadhan al Buthi
5. Tuan Guru Pok cik Din al-Kelantany
6. Al Marhum Tuan Guru Ustaz Amer alKelantany
7. Allah Yarham Al’Allamah Dato’ Sayyid ‘Alawiy Bin Thahir – Bekas Mufti Johor
8. Bekas Mufti Sabah Said Hj Ibrahim
9. Syiekh Muhammad Ali Khathib Minangkabau,
10. Sheikh Nuruddin al Banjari
11. Muhaddithin Siddiq al Ghumary
12. Dr Abdul Malik Rahman As Sa’adi
13. Sheikh Ahmad bin Syed Zaini Dahlan – Mufti Makkah – tetapi dibenci oleh wahabi kerana beliau menerangkan tentag bahaya fahaman wahabi ini.
14. Asy-Syiekh al Muhaddits Abdullah al Ghammari al Maghribi
15. Ramai lagi ulamak yang menentang wahabi ini kerana fahamannya yang mudah menyesatkan umat Islam yang lain. Dan jika disenaraikan ada lebih 100 ulamak terdahulu.
Bahaya mereka (golongan Wahabi) yang paling ketara adalah dengan menghukumkan jemaah Islam yang lain sebagai sesat seperti yang dihukum kepada ikhwanul muslimin dan tabligh, bahkan kepada sufi dan tarekat ada yang mengatakan ia adalah sesat secara total. Manakala ulamak muktabar yang dihukum oleh mereka terkeluar dari aqidah ahlu sunnah wal jama’ah ialah Imam Izzuddin bin Abdissalam, Imam Ibnu Hajar al Asqolani, Imam An Nawawi. Sehinggakan penulis buku Aidh al Qarny serta Prof Dr Yusof al Qardhawy juga telah dihukum sesat. Mereka juga ingin membawa kepada umat Islam agar tidak perlu mengikut mazhab, ambil sahaja pendapat yang sahih dan kuat. Malangnya – dari fikrah begini hanya menjadikan orang awam menjadi semakin bercelaru, tiada disiplin ilmu yang diterapkan. Ada yang kata buang sahaja hadith lain dan ambil sahaja al Quran dan Hadith sahih , sedangkan ulamak mujtahid sendiri ada yang mengambil hadith dhoief sebagai hujjah selain dari qiyas.

setakat ini dulu,saya mahu siapkan lab report..masyaALLAH,betapa kerdilnya diri ini...banyak lagi perkara perlu diteliti,saya baca sepintas lalu je..x sempat ,nak kena faham lagi,kena ada guru nie,aduh,pening jugak,saya bukan ahlinya,moga Allah mudahkan saya dalam mempelajarinya.dan sila belajar dengan "ahli",bukan budak sains,bukan x boleh,bukan memisahkan ,tapi "ahli" itu belajar beradab-(masuk melalui pintu),ilmu saya masih infiniti negatif.

perbezaan pendapat bukan diperbalahkan ,tapi berlapang dada satu sama lain,ni adalah untuk khilaf ye,bukan masalah wahabi.sekian...Ya ALLAH,jadikanlah aku sebagai hambamu yang taat dlm mengerjakan perintah MU.insyaAllah,bersambung lagi..

4 comments:

Admin said...

Assalamu'alaikum wbth,

Antara laman blog yang saya cadangkan untuk merungkaikan perkara yang dituduh sebagai sesat. Saya telah mengumpulkan jawapan yang diambil dari buku dan kitab serta laman web terpilih untuk menjawab perkara ini.

Jemput masuk : http://jomfaham.blogspot.com

Untuk membaca mengenai wahhabi, tasauf,tarekat, saya cadang anda buka (ini ditulis dengan ilmiyah sekali):

http://mukhlis101.multiply.com/

http://bahrushhofa.blogspot.com

http://al-fanshuri.blogspot.com

Rumaisa' said...

terima kasih atas cadangan.insyaAllah,saya akan buka.

Anem Arnamee said...

SALAM ZIARAH ;)

Rumaisa' said...

to arnamee.
terima kasih....waalaikumussalam..