Sunday, September 27, 2009

sambutan raya

Anak-anak perempuan chekgu mat.kakak satu lagi tak de, gi beraya dirumah mentua, gambar keluarga tak sempat nak pukul..kami duduk ikut susunan umur.83,85,87,90,95.


gambar atas:dania,menjadi tumpuan kami.
gambar bawah:nie itik serati ,kalau nak kenal.


Assalamualaikum.

Tahun ni saya rasa tak berapa meriah sangat.Meriah nie dapat rasa kalau ramai orang Kelantan balik ke negeri balik masing,sanak –saudara kunjung mengunjung.Ataupun dah makin “besar”.Masa kecik-kecik dulu,sangat menantikan hari raya sebab dapat duit raya,pakai baju baru,selipar raya baru,dapat makan biskut raya.Sekarang,rasa macam biasa-biasa je.Makan biskut raya+ ketupat tak de la gelojoh sangat=).Baju raya +tudung raya.Itupun abang bujang saya sponsor untuk kami adik beradik yang tak kerja lagi. Duit raya untuk adik-adik je,tapi kalau ada orang kayo nak bagi,buleh je.Ataupun sebab arwah nenek saya dah takde.Arwah nenek tinggal dengan kami.Keluarga arwah nenek besar,jadi ramai waris datang melawat nenek,kami pun dapat rasa kemeriahannya,tak putus tetamu datang.Memang penat nak basuh pinggan gelas,tapi mesti kita rasa berbesar hati kalau orang datang menziarahi kita.Betul tak?Kalau dulu ,lepas solat sunat aidilfitri,mesti adik beradik ayah saya berkumpul kat rumah kami ,memang gege(riuh) la.Sekarang,ini kali kedua kami beraya tanpa arwah nenek.Tetamu datang untuk jumpa ayah dengan ma saya sahaja.Pemerhatian saya, kalau kat Kelantan nie,musim raya puasa mesti jalan jammed ,lepas tu,kereta tak putus –putus lalu depan rumah.Tapi tahun ni,rasa macam kurang.Kalau solat jumaat nak dekat –dekat raya dekat masjid berdekatan dengan rumah saya,kereta yang park dekat luar masjid mesti banyak,tapi tahun nie ,berkurang.Abang saya kata dekat bandar pasir mas pun kurang jammed.Berita kat TV3 pun ada bagitau kat pasar wakaf cekyeh yang terkenal dengan pusat membeli belah untuk golongan berpendapatan sederhana,pendapatan peniaga kat sana berkurangan RM1000 berbanding tahun lepas.Dekat wakaf cekyeh ,malam rayalah paling sesak.Pukul 3 pagi pun ada orang lagi.Ramai orang nak tunggu harga baju raya, kuih raya turun.Tahun nie,mungkin faktor ekonomi menyebabkan ramai yang memilih untuk berjimat cermat.Bayangkan kalau orang kerja kat KL,nak balik kampong kat Kelantan ,at least kena spare RM 500 untuk minyak,servis kereta,beli buah tangan untuk saudara mara lagi,kalau anak2 ramai ,lagilah banyak belanja+ bonus raya tak dapat.Semput2…Ayah saya kata,pandai betul PM kita ,x bagi bonus lagi(husnudzzon,dapat kot lepas bentang bajet),ramai tak balik raya,jadi kadar kemalangan mungkin boleh dikurangkan.Itu hipotesis ayah saya.Tak kira statistik.

Pagi raya kami selalunya makan nasi .Selalunya nasi dagang,ataupun lauk itik serati gulai atau daging gulai dan ada ketupat. Yang pastinya tiada lemang dan rendang. Ketupat ada 2 jenis.Ketupat lemak dan ketupat manis.Ketupat lemak rasanya tawar sebab x letak gula,selalunya makan cicah dengan air gula Melaka.Ketupat manis pulak masa kukus pulut letak gula,jadi rasa dia manis,tak perlu cicah dengan air gula Melaka lagi.Selalunya orang muda suka makan yang manis ni.Mungkin darah manis lagi kot.Hehe..

Tahun ni, rancangan nak gulai itik serati.Sejarah tahun-tahun lepas,mesti mak saya tidur dalam pukul 2 pagi ,dan orang paling awal bangun untuk kejut kami dan panaskan lauk.Sebab nak kena masak untuk makan pagi raya.Ma ayah ubah rancangan,sebab ambil masa lama untuk proses itik serati.Kami makan gulai daging+acar timun+ikan kering(nih wajib,sebab masa puasa dah makan sedap-sedap).Adik-beradik perempuanlah yang paling sibuk.Hehe..Masing-masing ada kepakaran.Pakar basuh pinggan mangkuk+baju, pakar hias menghias,pakar kemas rumah,pakar membebel pun ada.Mak sayalah paling10X penat.Saya pernah kata kat mak saya-“sepatutnya anak menantu yang buat semua kerja nie,tapi kami “kecik-kecik” lagi,mungkin 5 tahun lagi kot”.Dekat dapurlah kami selalu gaduh-gaduh,saja cari pasal nak gaduh.Jarang dapat jumpa,gaduh-gaduh manja=).

Zaman dulu-dulu,mesti boleh dikatakan setiap hari ada posmen hantar kad raya kat depam rumah.Tahun nie,langsung takde.Nak buat macamana,dah ada macam2 kemudahan.SMS,MMS,Facebook.etc.Orang kata sekarang,budak sekarang bila raya terperap je depan TV.Erm,saya tak boleh nak kata apa. Sebab saya pun dua kali lima je.Remote TV ditekan2 nak tau ada cerita apa kat TV,lepas satu,satu.Ziarah menziarahi saudara mara ni selalunya mak ayah kami yang bawa.Kalau tak pergi mana-mana, duduklah menghadap TV.

Akhirnya,saya rasa macam lama cuti hari tu.Padahal seminggu sahaja.Mana nak cari mood belajar nih?Ramadhan dah lepas,masa luar ramadhan ni,mesti kita kurang berhati-hati.Susahnya nak jaga.

Puasa enam hari dalam bulan Syawal.


Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Moga bertemu Ramadhan seterusnya.

Thursday, September 17, 2009

Salam aidilfiri 1430H


Ketetapan awal Syawwal bagi negara kita adalah berpandukan penglihatan anak bulan. Jika ia berhasil dilihat maka awal Syawal jatuh pada hari tersebut dan kita diharamkan berpuasa pada siang hari esok. Sebaliknya jika anak bulan Syawal tidak kelihatan maka kita wajib meneruskan puasa pada esok hari. Pada hari ini disunat mengucapkan tahniah di atas kejayaan menyempurnakan ibadat dengan berjabat tangan sesama Islam seterusnya dijawab dengan :
تقبل الله منكم و أحياكم

Atau

كل عام وانتم بخير
Hukum solat hari raya : Sunat muaakad (bagi yang wajib padanya solat jumaat, iaitu 7 syarat ; Islam, berakal, sihat tubuh badan, lelaki, baligh, merdeka, bermukim) ini adalah pendapat Imam Syafie dan Imam Malik, manakala menurut Imam Abu Hanifah ianya adalah wajib dan disisi Imam Ahmad solat hari raya hukumnya fardu kifayah.
Perkara sunat yang dianjurkan pada hari raya :
1. Menghidupkan malam hari raya dengan perkara taat kepada Allah Ta’ala seperti solat malam, zikir, membaca al-Quran dan lain-lain. Sabda Nabi saw yang bermaksud : “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan malam Aidiladha dengan mengharapkan ganjaran daripada Allah, tidak akan dimatikan hatinya pada hari dimatikan hati-hati yang lain.”

2. Doa pada malam hari raya adalah mustajab sebagimana mustajabnya doa pada malam Jumaat, malam awal Rejab dan Nisfu Syaaban.”
3. Mandi hari raya, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik khusus bagi lelaki. Bagi wanita tidak dibenarkan berwangi-wangian dan berhias. Juga dianjurkan untuk memotong kuku dan menghilangkan bau badan. Sunat juga memakai pakaian yang paling elok dari pakaian-pakaian yang dia ada dan yang paling afdhal ialah warna putih serta memakai serban.
4. Menunaikan Zakat Fitrah sebelum daripada umat Islam keluar untuk solat (mengeluarkan zakat lebih awal adalah sah)
5. Membelanjakan harta untuk ahli keluarga lebih daripada biasa, namun dalam had kemampuan.
6. Menzahirkan kegembiraan pada wajah apabila bertemu sesama mukmin, menziarahi sahabat handai untuk mengeratkan kasih sayang.
7. Menuju ke masjid melalu jalan yang jauh dalam keadaan berjalan dengan tenang. Manakala memilih jalan pulang yang dekat (jalan lain yang jaraknya tidak terlalu jauh)
8. Makan sesuatu sebelum solat (makanan yang terbaik ialah buah tamar dalam jumlah yang ganjil).
Hal ini bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Anas katanya yang maksudnya :

"Adapun Rasulullahu Shallallhu ‘alaihi wasallam tidak keluar (untuk bersembahyang sunat hari raya) pada hari raya Fitrah sehinggalah baginda makan beberapa biji kurma."

9. Khusus untuk wanita, dibolehkan keluar untuk bersama-sama solat hari raya tetapi dengan keadaan tidak berhias, tidak memakai pakaian untuk menunjuk-nunjuk dan boleh menarik perhatian juga tidak berwangi-wangian
10. Melazimi takbir bermula dari tenggelam matahari malam pertama Aidilfitri, takbir ini berterusan sehinggalah solat Aidilfitri dimulakan. Manakala takbir bagi hari raya Aidiladha bermula dari subuh hari Arafah dan berakhir pada waktu Asar pada hari terakhir hari Tasyrik.
11. Melazimi takbir dalam setiap keadaan, waktu dan tempat. Juga di sunatkan bertakbir selepas daripada solat wajib.
YANG PALING PENTING: SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya pula adalah perkara yang paling penting dan utama bagi menyambut Hari Raya ini dari perkara-perkara sunat yang lain di dalam merayakan hari raya ini sebagaimana yang di jelaskan oleh pengarang kitab Fathul Bariy. Hal ini bersandarkan kepada hadis Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (hari raya) ialah bersembahyang"

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

*Jangan main mercun,nak main jugak,boleh,tapi kena berani ,main bunga api je la.

*Sila rajin tolong mak ayah anda mengemas rumah,masak2,basuh pinggan,baju.

*Beramah mesra tanya kabar saudara mara anda.




Tuesday, September 08, 2009

rintihan hamba



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Rahmanu irham dha'fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Sattaaru ostour 'ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Mu'izzu a'izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Mujeebu ajib du’aa'ana
(O Responsive One! Answer our prayers)

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)

Oltof binaa
(Show gentleness to us)


Hanya dengan mengingati Allah,hati kan tenang..

Insan yang berjiwa hamba perlu mempunyai dua mata pada wajahnya untuk melihat semua urusan dunianya, DAN mempunyai lebih dari dua mata hatinya untuk melihat seluruh perkara akhiratnya..

Majlis Aidilfitri MSK

Markas Siswazah Kelantan 09 (MSK) akan mengadakan majlis sambutan aidil fitri

Tarikh : 3 syawal / 22 september/Selasa
Masa : 8pg -1 tgh hari
Tempat : Balai Islam Lundang
Antara yang menarik: amanat daripada MB Kelantan, Tuan guru Nik Aziz Nik Mat, cabutan bertuah dan lain2


jemputan ini khusus buat anak negeri kelantan dan kepada sahabat yang tidak dapat menghadirkan diri pulang ke kediaman kampung halaman (atau yang berhasrat beraya di kelantan ). kepada anak2 kelantan usmkk, inilah masanya kita nak berkenalan dengan MSK dan sahabat@ sain2 yang asal dari kelantan tapi merantau cari ilmu di negeri2 orang lain (M'sia@ oversea) utk lebih saling mengenali, menguatkan ukhuwwah dan menambahkan sahabat@ sain kenalan...

jika berminat (student USMKK) sila berikan nama, no. tel dan alamat e-mail sebelum 10 sept 09 jam 7 pagi bagi kegunaan pihak pengurusan

(muslimin hubungi : hisyam-013-2026465, tajudin-013- 9471496.. .muslimat hubungi muriatul ain-019-9705208, zaleha-014-5188642 )

harap sebar2kan kpd sahabat-sahabat lain dengan segera.
wallahu'alam.

Monday, September 07, 2009

Muslim dan Al-Quran II

Cara bagaimana al-Quran diturunkan

Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat-peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran).”

Surah pertama turun dalam al-Quran

Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama. Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada surah-surah lain dalam al-Quran.

Ayat terakhir turun dalam al-Quran

Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:

Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah al-Baqarah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas.

Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: “Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah.” Ia berdasarkan riwayat an-Nasaie daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair.

Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat, iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Quran. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab.

Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu.”

Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya.

Apakah yang ada dalam al-Quran?

Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk-Nya.

Tidak kurang juga al-Quran memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain.

Apa yang penting, al-Quran bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.

Sikap Muslim terhadap al-Quran

Tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Quran, perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi ayat 32 surah Fatiir yang bermaksud: “Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yanag kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri, ada di antara mereka yang bersederhana dan di antara mereka ada yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar.” Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan Allah al-Quran kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun), sedangkan Kristian, Sekular, Kapitalis, Sosialis, Komunis dan sebagainya adalah hamba Allah yang menolak kebenaran al-Quran secara mutlak.

Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:

1- Yang menganiayai diri mereka sendiri : Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidaka membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramala dengan perintah Allah di dalamnya.

2- Adapun golongan yang bersederhana : Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.

3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan : Ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.

Terserahlah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara tiga jenis orang Islam seperti ayat di atas, apa yang jelas, al-Quran bukanlah kitab untuk dipertandingkan semata-mata, malah lebih daripada itu bagi mencapai maksud untuk mendapatkan cahaya keredaan Allah SWT.

Contoh ayat motivasi dalam al-Quran yang sepatutnya dikuasai

1- Sesungguhnya yang membaca al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah mereka yang bernama Islam, kerana orang bernama Ah Chong atau Arumugam tidak sekali-kali membacanya melainkan mereka hendak mendekati Islam, tetapi yang menjadi tanda tanya di sini, mengapa Allah lontarkan persoalan kepada seorang Muslim yang membaca al-Quran seperti pertanyaan-Nya dalam ayat 101 surah Ali ‘Imran yang bermaksud : “Bagaimana kmu sampai menjadi kafir, pada hal ayat-ayat (al-Quran) dibacakan kepada kamu dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?”

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bagaimana terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Rasulullah berada di sisinya, iaitu apabila menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran, mengadakan majlis Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Israk Mikraj dan sebagainya, namun akhirnya tidak dapat menerima petunjuk Allah malah menjadi golongan yang menentang (kafir) kebenaran.

2- Menerusi ayat 10 surah Fatir bermaksud: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal solih dinaikkannya.”

Ayat di atas menggambarkan kepada bagaimana Allah SWT memberikan kemuliaan kepada kita sebagai manusia akan kemuliaan-Nya agar kita menjadi golongan yang mulia, ia menunjukkan bahawa dengan cara memberi atau mendengar perkataan dalam majlis ilmu, kuliah, ceramah atau forum agama seseorang itu akan dimuliakan Allah SWT.

Inilah satu pendekatan yang mampu untuk mengisi kekosongan jiwa manusia pada hari ini, namun manusia tetap angkuh disebabkan tidak berusaha untuk mendapatkan kemuliaan daripada Allah, mereka memilih jalan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka-Nya.

Tadarus al-Quran pada bulan Ramadan

Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”

Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-Quran, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji) isi-isi kandungan al-Quran termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Quran dengan memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Quran, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.

Sunday, September 06, 2009

Muslim dan Al-Quran

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri.

Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.

Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.

Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.

Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Waktu turunnya al-Quran?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Kenapa al-Quran diturunkan dan apakah fungsinya yang sebenar?

Dalil daripada al-Quran:

1- Ayat 15-16 surah al-Maidah : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.”

2- Dalam ayat 9 surah al-Hadid : “Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam).”

Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Quran ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui kitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam syurga di akhirat kelak.

Dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.: “Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku fitnah yan banyak." Aku pun bertanya: "Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah (al-Quran). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-hakam di antara kamu; Ia (al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana. Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa yang beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) - HR Tirmizi dan Darimi.

Keterangan maksud hadis mengenai fungsi al-Quran

Memang benar dan tepat sekali penjelasan baginda s.a.w. seperti dalam hadis di atas, bahawa pada akhir zaman akan berlaku terlalu banyak fitnah yang ditimpakan ke atas Islam dan Muslimin.

Sama ada fitnah itu dilakukan oleh mereka yang bukan Islam yang menaruh sifat benci amat mendalam serta dendam kesumat terhadap Islam dan umatnya, ataupun dilakukan sendiri oleh mereka yang bernama Islam.

Antara fitnah yang dilakukan oleh orang Islam sendiri seperti meninggalkan solat tanpa alasan atau sebab yang boleh diterima kerana menonton pertandingan bola sepak, pertandingan akhir mencari juara bintang popular dan sebagainya, tidak kurang juga golongan remaja muda dan tua yang tidak mengenakan kod berpakaian yang disyariatkan oleh Allah SWT, terlibat dalam pembunuhan, perjudian, rasuah, pecah amanah, penipuan dalam pilihan raya dan banyak lagi.

Kesemua yang disebutkan itu adalah fitnah yang menyukarkan golongan pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam tentang keindahan agama Islam kerana tindakan-tindakan liar itu menjadi batu penghalang kepada bukan Islam untuk menerima Islam, ataupun minat, cenderung atau simpati kepadanya.

Justeru, yang boleh menyelamatkan keadaan dan dari fitnah-fitnah tersebut adalah kitab suci al-Quran, kerana tujuan ia diturunkan seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat di atas adalah untuk meneylamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran.

Friday, September 04, 2009

islah nafsak ,wad'u ghairak



أصلح نفسك وادع غيرك

Perbaikilah diri kamu serta serulah orang lain

Wednesday, September 02, 2009

monolog dalaman

1)saya cuba untuk tingkatkan keyakinan pada diri sendiri
2)ramadhan berlalu tanpa kita sedari atau tak,saya mula2 semangat,sekarang ?hurm.sedih betul tak dapat solat terawih kat surau murni.
3)bila nak buat sesuatu yang jahat waktu ramadhan nie,khususnya,ingatlah "inni soim"-maksudnya,aku sedang berpuasa nie.
4)saya telah menjadi musuh kepada diri sendiri,syaitan kena rantai,abistu siapa punya angkara ajak saya buat jahat ni?jawapannya-diri sendiri.
5)hidup ini kena bertolak ansur dengan orang lain.jangan pentingkan diri sendiri.
6)saya ada banyak kerja,tapi kenapa saya macam orang tak banyak kerja(suka main-main)
7)saya risau,final year project.
8)hati saya mudah kecik sekarang,macam dulu2.
9)nyahlah dikau dari hidupku wahai makhluk x bernyawa.
10)saya memang jahat,waktu ramadhan pun beria tengok cerita Nur Kasih.
11)kenapa hilang semua link blog ni?penat je saya buat.
doakan saya berjaya.
best jugak kalau dapat arkitek beriman...berangan je lebih.