Monday, November 30, 2009

sekarang

sudah lahir afrina saffiyah,anak saudara baru.
sudah habis cerita fevret saya-nur kasih
belum?baca buku..
moga2 cuti lebih bermanfaat dan tak terisi dengan benda lagha..ok..insyaallah..

Thursday, November 12, 2009

Kelantan oh kelantan siri 2

comel iklan ni
sebutey jah kerusi terbakar nie,pak FAM
3/4 stadium dipenuhi gelombang merah

Kes Piala Malaysia:

Hari ini saya dengar berita bahawa KAFA didenda RM50,000 diatas kelakuan penyokong bola sepak. FAM kata denda ni dah kira sikit berbanding kerosakan yang disebabkan kelakuan penyokong red warriors itu.Rasa sangat terkilan, dah dua kali benda ni berlaku, dulu kat stadium sultan muhammad.Kesian la KAFA ,disebabkan kelakuan penyokong, KAFA yang kena denda.Susahlah nak didik beribu-ribu penyokong tu.Hari tu saya tengok perlawanan antara Kelantan dan Perlis di stadium kangar di TV1 dan Kelantan menang 2-0 keatas perlis,tak silap saya.Ada je, penyokong perlis baling mercun dan botol dekat pemain Kelantan sebab diorang tak puas hati,tapi mungkin tak banyak macam di stadium bukit jalil hari tu.Saya pun tak tengok macamana “kehebatan” penyokong Kelantan baling mercun kat stadium bukit jalil hari tuh. Tapi dikira diorang double standard la jugak kan,tak kira kecik ke besar sepatutnya kena amik tindakan juga .Ada juga pendapat kata, kerosakan sikit sahaja, tapi kos sampai beratus ribu,nak buat macam mana, mungkin diorang import kerusi dll dari korea atau negara lain macam stadium kat Terengganu yang runtuh tu.mungkin…..Tak payah la denda, kan 1Malaysia, Kelantan pun Malaysia ….;)

Kelantan kan dekat dengan Thailand, senang je nak dapat mercun.Kat rantau panjang berlambak. Berbanding negeri Sembilan, mana diorang nak cari mercun..haha…


Selepas insiden macam tu, makin banyak persepsi terhadap orang Kelantan.Contohnya, tak mau kawin ngan orang Kelantan,diorang ganas, blabla…tengok, kerana sepiring budu cap ikan bilis, habis rosak seteko susu.Tapi tak kesah la nak buat macamana, itu yang mereka nampak depan mata dan kita dah lali kena kutuk dalam akhbar utusan,berita harian dan TV.Ayah saya kata, orang Kelantan memang gedebe dan berani.Dari dulu lagi, semangat kenegerian itu susah nak dihapuskan oleh orang Kelantan. Stadium bukit jalil pun penuh dengan gelombang merah. Tapi, siapa yang tak kecewa dan sedih bila apa yang sangat-sangat diharapkan akhirnya gagal. Saya yang tak pergi pun kecewa:(.Beratus kilometer meredah jalanraya, menghabiskan wang untuk tiket bas,keretapi,minyak dan tol untuk menyaksikan secara live di stadium bukit jalil. Sepupu sepapat saya lelaki ramai juga pergi dengan bas untuk ke stadium bukit jalil,kemudian terus balik.Mungkin mereka melampiaskan kekecewaan melalui perbuatan yang memalukan tersebut. Saya sudah agak itu bakal terjadi kalau Kelantan kalah, pada malam tersebut.Memang kita pun kecewa dengan sikap yang seperti “hooligan” tersebut.Tapi, kalau ada anugerah perlawanan yang paling ramai penyokong,boleh kot yang ni masuk pencalonan dan menang.:)

Kalau apa yang berkaitan dengan negeri, dan kalau ada orang kutuk mesti nak pertahankan negeri.Contohnya, saya , walaupun saya bukan peminat bola sepak ,tapi ambil tahu juga sebab ia melibatkan Kelantan.Lagi satu, mesti ada suara sumbang kata, ha, lihatlah inilah didikan kerajaan diperintah ulama.Oh, kalau nak tahu ,tok guru dah pesan dan tak setuju ada yang bawa bendera PAS dan tak pernah suruh pun buat onar kat negeri orang. Kakak saya di UPSI pun pernah kena ngan kawan dia, “ape nie,sama je Kelantan dengan negeri lain,ramai je tak tutup aurat”.Memang penat nak jawab, kalau orang tu memang anti-kelantan. Memang saya akui, tak semua orang kat bandar KB tu menutup aurat dengan sempurna,tapi kira OK lah ,usaha kerajaan negeri mengajak rakyat menutup aurat dan amalkan cara hidup islam.Zaman sekarang, nak jadi baik memang banyak cabarannya.Saya berdoa agar orang –orang Kelantan lebih menjaga akhlak dan adab tak kira dimana kita berada. Perbaiki sakhsiah masing- masing,lebih elok tak masuk final bola sepak kalau begini adab kita kalau kalah perlawanan.Kita boleh bersatu untuk negeri ini, tapi bukan bersatu untuk melakukan kezaliman.

“Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap ‘Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, “TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI ‘ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!” [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa']

Wallahu’alam.

Persepsi:

Kalau dulu.kelantan dilabel kotor dan miskin.Aduh, rasa hina dimata manusia dapat gelaran begitu.Memang saya tak nafikan kesedaran sivik rakyat mengenai kebersihan memang kurang. Sekarang?Oklah sikit kot.Miskin?Apa gunanya kaya harta benda,kad kredit dan kereta kalau jauh dari Allah.Memang selama ini ramai yang mengukur pembangunan dengan berapa banyak bangunan tinggi yang ada.Namun, dalam AL-Quran sendiri lebih menekankan pembangunan rohani dari pembangunan material. Memang makin bercambah bangunan dikelantan nie, tapi dapatkah kita menyeimbangkan ia dengan pembangunan rohani?Susah nak kata.Tapi seperti yang tok guru kata,lebih kurang begini, “saya tak kesah kalau kita jadi negeri termiskin, sebab ia hanya satu statistic,statistic boleh diubah”.Sekarang Kelantan sudah tidak lagi menjadi negeri termiskin di Malaysia.Kalau nak diukur kekayaan dengan besarnya rumah, sudah cukup anda sendiri datang ke kampong saya.Bagi saya, kaya tak semestinya bahagia.

Royalti minyak:

Petroleum digali dekat dengan negeri Kelantan.Sebab tu, kerajaan negeri minta duit royalty, bukan duit ehsan. Duit ehsan tu macam duit kesian. Duit ehsan tu maksudnya tak dapat kat kerajaan negeri, akan disalurkan untuk bantuan rakyat miskin. Salahuddin ayub menjawab dalam parlimen, bila PM kata nak bagi duit ehsan, “kami bukan nak minta sedekah”.Bukan royalty minyak je, banyak lagi benda dianak tirikan.Mana semangat 1Malaysia?

Banjir:

Musim tengkujuh untuk pantai timur dari bulan oktober sampai mac. Saat ni, rasanya banjir dah surut disebabkan hujan dah berhenti.Air Sungai Golok memang selalu naik kalau musim tengkujuh, sebab tu bandar rantau panjang “tenggelam”.Sungai Golok merupakan sempadan antara Rantau Panjang dan golok(Thailand). Dan pasir mas yang dekat dengan rantau panjang akan banjir jugak.Kampung saya dah jadi macam pulau, bukan sebab rumah dinaiki air, tapi kawasan hulu dan hilir naik air.

Exam dan thesis:

Alhamdulillah, saya dan rakan biomed yang lain dah habis exam untuk semester 1 tahun 4 dan bahagian terakhir penilaian thesis dah tamat,jadi sekarang kami akan bercuti dari 12 November hingga 27 Disember 2009.28 Disember akan bermula semester terakhir kami setelah hampir 4 tahun berhempas pulas menuntut ilmu biomedic.InsyaALLAH.

Tuesday, November 10, 2009

kelantan oh kelantan

kelantan,negeri yang selalu dikutuk,setuju tak dengan saya?
Assalamu'alaikum...
Akhir-akhir ni kelantan memang femes,sebab beberapa isu hangat lagi berbisa.Saya sememangnya anak jati kelantan, mestila ambil tahu.
1)kes piala malaysia
2)royalti minyak
3)banjir
mahu mengulas lanjut,insyaAllah.