Wednesday, August 25, 2010

separuh masa kedua piala taqwa oleh ust hasrizal

kenal pemain ini?kalau kenal,memang terer!!
15 ramadhan 1431H.25 ogos 2010.

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Saturday, August 21, 2010

Kaifa Haal

Kaifa Haal-Bagaimana keadaan?

Assalamu’alaikum..

Hari ini,21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431.Selamat berpuasa.

Alhamdulilah,saya sudah dapat skrol dan transkrip. Walaupun saya rasa pencapaian saya USM tak best untuk dikenang,tapi hambaMu ini kenalah sentiasa bersyukur.Kenalah termasuk dalam golongan yang sedikit,iaitu orang yang bersyukur!!Terima kasih untuk ma dan ayah yang bersusah payah membesarkan anakmu yang degil ini. Ribuan terima kasih untuk rakan2 batch sekolah dulu yang dah banyak tahun tak jumpa;nana,jaon,pid,ain,malia. Moga Allah merahmati kalian!

Tanggungjawab.

Wanita memang banyak kan tanggungjawab;bila dah dewasa,kerja,isteri,ibu,anak,macam-macam lagi.Saya nak bagi contoh kakak saya,anak dia baru seorang(afrina).Tapi, saya yang tengok ni,berat mata memandang berat,berat lagi bahu memikul.Afrina saya jaga waktu ummi dan walidnya pergi terawih.Tapi dia manja,lepas dia sedar umminya tiada dekat dengan dia,dia nangis macam masuk hantu dekat setengah jam.Apalagi,cemaslah makciknya ni. Bila umminya balik,otomatic sengih.aduh,budak tecit ni.;). Kakak saya kata bulan posa ni mana ada hantu.Oh,ya tak ya jugak.Banyak lagi cabarannya dalam berkeluarga+ bekerja,jadi semuanya niat kerna Allah. Kahwin kerana Allah, untuk tingkat ketaqwaan,itu asas sebelum memulakan keluarga.

Jadi,harus sabar beribu kali ganda.Serius ni!!

Oh ya,kakak saya nak kahwin 2 Syawal nanti,insyaAllah. Datanglah rumah sapa2 yang free. Harap sangat, kami yang bujang2 nie tak jadi jong dapur(buat keje kat dapur),abis la baju baru kann..hehe…sebabnya raya kedua, semua orang nak beraya lagi,takut nanti last2 kami yang “terpaksa” buat kerja tu semua..haha…

Apapun,moga semuanya berjalan lancar.

Pesanan Ummu Hakim kepada puterinya pada malam pertama perkahwinannya :

" Anakku, engkau akan meninggalkan suasana tempat engkau dilahirkan, engkau akan meninggalkan sarang tempat engkau dibesarkan dan berpindah ke sarang lain yang belum pernah engkau kenal."

" Engkau memperolehi teman hidup yang belum biasa menemanimu. Ia menjadi berkuasa ke atas dirimu dan menjaga kehidupanmu. Kerana itu hendaklah engkau dapat menempatkan dirimu sebagai hambasahaya baginya, dan dengan demikian ia akan menjadi budak bagimu."

" Anakku, perhatikanlah beberapa sifat utama yang ku pesankan kepadamu, kerana hal itu akan menjadi bekal atau simpanan yang baik bagimu :

1) Temanilah suamimu dengan cara hidup sederhana, merasa cukup dengan apa yang ada, dan bergaullah dengan baik dan patuh.

2) Jagalah dirimu di hadapan matanya dan depan hidungnya agar engkau tidak kelihatan buruk dalam pandangannya, dan jangan sampai ia mencium bau yang tidak sedap dari badanmu. Bercelaklah kerana celak merupakan hiasan terbaik. Ketahuilah bahawa air adalah pengganti terbaik minyak yang tidak engkau punyai.

3) Perhatikanlah dengan baik waktu makan suamimu dan jagalah ketenangan di waktu ia sedang tidur, kerana rasa lapar akan menimbulkan kemarahan dan tidur yang terganggu biasanya juga membangkitkan kemarahan.

4) Jagalah keamanan rumahnya dan keselamatan hartanya serta peliharalah kehormatan suamimu dan hormatilah angota-anggota keluarganya. Sebab dengan menjaga keselamatan harta bendanya engkau akan mendapat penghargaan, dan dengan menghormati anggota-anggota keluarganya engkau akan mendapat perhatian yang baik.

5) Jangan sekali-kali engkau membicarakan rahsia suamimu dengan orang lain dan jangan pula engkau menentang perintahnya; kerana jika engkau menyebarkan rahsianya engkau tidak akan jujur terhadap dirimu, dan jika engkau menentang perintahnya ia akan marah kepadamu.

6) Janganlah engkau gembira di saat ia sedang merasa sedih, janganlah pula engkau kelihatan sedih bila ia sedang bergembira. Sebab yang pertama itu menunjukkan kependekan fikiranmu sedang yang kedua dapat mengeruhkan fikirannya.

7) Jadilah engkau orang yang paling menghormati suamimu, ia pasti akan menjadi orang yang paling besar memberikan penghargaan kepada dirimu. Jadilah engkau orang yang paling mudah menyetujui pendapatnya, ia tentu akan menjadi orang yang paling lama menemani hidupmu.

" Ketahuilah engkau tidak akan dapat memperolehi keinginanmu sebelum engkau mengutamakan kesukaannya daripada kesukaanmu sendiri dan lebih mengutamakan kesenangannya daripada kesenanganmu sendiri, baik dalam hal-hal yang engkau sukai mahupun yang engkau tidak sukai. Semoga Allah menunjukkan pilihan yang baik bagimu."

-Dipetik dari 'Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam' tulisan Muhammad Ali Qutb-

Sekian adanya.terima kerana membacanya! :)

Taman Andaman Hj Salehan,Seksyen 30,SA.