Assalamualaikum ……
Andai kusimpul dan kususun awan menjadi ayat2 di lembaran dada langit membiru itu, sempurnakah ayatku nanti..
Ayat power atas tu saya amik dari internet.Nak gambarkan betapa saya tulis macamana pun, tak setanding dengan apa yang berlaku di luar sana.
Geram sebenarnya.
Hari-hari tengok berita tv kerajaan, kalau pasal kerajaan, semua baik belaka, pijak semut pun tak mati.Kalau pasal pakatan rakyat, tak payah cerita la.
Sekolah, hospital, semuanya dapat duit, bagusla.Tiap tahun pilihan raya pun tak pe kalau gitu.
Iya lah, hentam habis-habisan melalui media yang orang kampung tengok.Orang2 yang ada internet khususnya yang di bandar
dah lama buka blog.
Aduhai.pasal hub hiburan tu tak masuk pulak berita,pasal rakyat muslim tak puas hati dengan IFF,apa yang rakyat gege(bising),mereka buat donno sahaja.
Dulu orang buat demo nak tegur apa yang dibuat kerajaan,mereka kata itu amalan pembangkang,
tapi lepas pilihan raya 2008, mereka buat demo,siap ada polis yang jaga.Aduhai…..
Ada banyak lagi isu,
Contohnya nak jadikan Malaysia sebagai hub hiburan, kenapa la cepat sangat terpengaruh, negara tourists sendiri pun dah banyak pubs, tempat lagha,
Kita dah ada budaya timur sendiri, bakpo la demo nie. Ya,nak jaga hati yang suka pergi pub katanya,
Tapi ramailah juga umat melayu yang muslim yang teguk arak, hampir lupa jaga muslim itu sendiri.
Terang2an pub itu banyak keburukan,
Sedangkan di Negara bukan islam sendiri pun dah habis berjuta2 nak selesaikan masalah arak dan social.Lepas ni pening dengan masalah social,bila masalah dah membarah, susah bukan nak buang.
Dalam istilah perubatan, barah, cepat metastasis(merebak) pergi ke organ lain.Habis diserangnya satu badan, masa itula, chemotherapy pun sudah tak guna.Itulah analoginya.
Pening sungguh politik Malaysia!!
Saya tahu bila tengok berita hati saya sakit, tapi nak tengok jugak.
Itulah orang kata, Benci tapi rindu.
26. Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia Dengan (Hukum syariat) Yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana Yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang Yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab Yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.(Surah Sod:26)
Saya Sayang MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment