Friday, September 30, 2011

awkward

Assalamualaikum.

Yes, very true. For me.
Sekolah rendah, menengah, matrikulasi, universiti, setiap zaman ada kawan baik. Bila semua mengikut haluan masing-masing, bila bertahun-tahun tak jumpa, bila berjumpa, jadi AWKWARD. Macam tak  pernah jadi kawan baik. Susah untuk orang yang tak "banyak mulut", nak fikir, apa nak cakap bila jumpa kawan baik nanti. Atau facebook dah menyebabkan kemanisan persahabatan itu hilang? Ketahuilah walaupun jarang contact/jumpa, tapi tetap diingati.Ukhwah itu bukan terletak pada berapa kerap kali pertemuan tapi, ingatan sahabat dalam doanya terhadap sahabat yang lain.

Tuesday, September 27, 2011

tudung

Kalau tak pakai tudung bulat, susah nak jumpa tudung yang berkenan (cantik+tak jarang+labuh).Banyak tudung bawal, labuh, cantik, tapi jarang la pulak..Mana nak cari yg betul2 menepati citarasa.Saya pernah beli tudung pastu, tiba2 rasa tak berkenan, membazir sahaja, simpan dalam almari. Dahla mahal.Ish. Sekarang tangan tengah gatal cari online, takut pulak nak tempah, sebab takut tiba2 tak ok bila depan mata (nipis).

Ok, itu je, saje nak mengeluh dalam blog.

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia & sunnah

Assalamualaikum buat pembaca yang budiman,

16 September 1963 Malaysia ditubuhkan. Selamat Hari Malaysia yang pertama.

Tak tahu nak tulis apa kat blog, nak menulis tak pandai. Nak copy paste malas. Nak luahkan perasaan nanti orang boleh detect.Tulis pasal diri sendiri paling senang. Beratnya mulut, nak bagi salam, assalamualaikum, nak ucap subhanallah, nak ucap alhamdulillah. Apapun mari kita ikuti sunnah dengan:
Instead of hi, say assalamualaikum,
Instead of bye, say fiamanillah or assalamualaikum,

Credit to people who made this cute poster, really answer my thought lately. Alhamdulillah.
Really fall in love with tumblr, since i can "steal" quotes, marvellous pictures from there, even i have one tumblr account. Poster above was taken from tumblr. Till then, bye. eh, fiamanillah, moga dalam lindungan Allah.