Saturday, November 26, 2011

doa akhir & awal tahun

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan seluruh sahabat baginda.
Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, dan kami belum bertaubat darinya padahal Engkau tidak meredhainya dan belum melupakannya malah Engkau berlembut dan tidak mengazabkan kami, serta memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri dalam maksiat kepada-Mu. Maka kami memohon pengampunan-Mu dan ampunkanlah kami. Dan apa-apa perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau Redhai dan Engkau janjikan baginya pahala, maka kami memohon kepada-Mu ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerimanya daripada kami, dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami, Wahai Tuhan yang Maha Pemurah.
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian Alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan seluruh sahabat baginda, Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.




Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, Rasul yang termulia, keluarga dan seluruh sahabat baginda.
Ya Allah ya Tuhan Kami, Engkaulah Tuhan Yang Abadi, Sedia Ada dan Tiada Permulaan, kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat banyak dan sangat diharapkan.
Tibalah tahun baru ini kepada kami, kami memohon kepada-Mu agar terpelihara kami dalam tahun ini daripada Syaitan yang direjam, dan para kuncu-kuncunya serta bala tenteranya.
Dan kami memohon pertolongan-Mu mengalahkan runtutan nafsu amarah (yang mendorong) ke arah kejahatan.
Dan kami jua memohon rasa sedia ingin membuat perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kami kepada-Mu, Wahai Yang mempunyai keagungan dan kemuliaan,Sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian Alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan seluruh sahabat baginda. Dan segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Friday, November 25, 2011

Air Kelantan

Assalamualaikum.
Bismillah.
*hamba=saya

Dengan ini hamba berasa sangat dukacita dengan berita yang bukan-bukan pasal negeri hamba. Maklumlah, pemerintah negeri hamba sudah lama berkuasa,  pihak berkuasa pusat memandang negeri hamba ini semacam  saja. Ada sahaja yang tak kena. Femes juga negeri hamba ini. Boleh dikatakan hari-hari masuk akhbar berbanding dengan negeri lain, perlis khususnya (jangan murih ya orang perlis, negeri perlis ini rakyat dan pemerintahnya berjuruh belaka dan tak banyak  buat “kes”). Dari kes royalti minyak hingga ke isu bekalan air, hamba rasa negeri ini sebahagian dari selatan Thai pulak.  Hamba hanya mahu sentuh mengenai isu air sahaja.

Zaman hamba tinggal di pedalaman felda tahun 90-an, jarang sekali hendak merasai air paip keluar dari muncungnya. Ayahanda dan ibunda akan bangun jam 2-3 pagi menadah air, kerana hanya pada  waktu itulah air paip akan keluar dan boleh ditadah. Kalau tidak ada air langsung dalam tangki air, kami pergi mandi  di sungai  ataupun mandi di perigi buatan yang airnya bewarna seperti teh susu cair. Boleh dikatakan setiap rumah penduduk felda ada perigi.  Sudah lebih 10 tahun, tidak pasti pula, penduduk felda masih mengalami masalah air lagi ke tidak. Pada waktu itu juga, air paip dikampung hamba amatlah memuaskan, tak macam sekarang sampai perlu menggunakan air telaga. Mungkin tidak cukup tangki untuk menampung pertambahan populasi.

Air Kelantan berkarat? Sebenarnya ia agak subjektif, tidak semua tempat berkarat, kerana air di rumah hamba tidak berkarat. Tapi di tempat hamba mengaji, airnya memang berkarat. Mungkin  saluran paip sudah berkarat atau memang airnya berkarat. E.coli dalam air?

E.coli merupakan bacteria baik yang akan dijumpai dalam badan manusia.  Tetapi tak semuanya baik. Masih ingatkah anda, heboh di Jerman ada yang maut akibat E.coli, rupanya-rupanya E.coli itu ialah enterohemorrhagic E.coli, yang akan menyebabkan bloody diarrhea; kegagalan ginjal, platelet count rendah dan anemia.  Kementerian Kesihatan menetapkan E.coli hendaklah tidak melebihi, 0.4%.Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011.


"Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%),  Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 0.4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawatt di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat  -TGNA-

 Mengenai kandungan fluoride dalam air, selain menjadi tanggungjawab air Kelantan sdn bhd, bahkan ianya juga jadi dibawah seliaan kementerian.  Sila rujuk kepada Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010) bab 20, Meningkatkan Taraf Kesihatan menyebut;

20.12 Aktiviti kesihatan pergigian dilaksana bagi menggalak kesedaran tentang pentingnya amalan pergigian yang baik untuk menambah baik kualiti hidup. Bagi mencegah pereputan gigi, pemfluoridaan bekalan air terus dijalankan. Sehubungan ini, sembilan loji rawatan air dilengkapkan dengan saluran fluorida di negeri Kedah dan Perak menjadikan bilangan loji yang dipasang penyalur kepada 249 daripada sejumlah 440 loji. Program penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif untuk pelajar sekolah bertujuan mengenal pasti dan merawat masalah pergigian di peringkat awal terus dilaksana dalam tempoh Rancangan yang memanfaatkan lebih 90 peratus pelajar sekolah rendah.

 Silakan mereka yang berada di bilik berhawa dingin Kementerian Kesihatan untuk menjelaskan maksud pernyataan ini. Bukankah bisa difahami bahawa sebenarnya Kementerian Kesihatan mempunyai peruntukan kewangan untuk program pemfluoridaan bekalan air tetapi kenapa Kelantan dianak tirikan?di petik disini


Nota:
1. Patutlah gigi hamba tak cantik macam gigi orang negeri lain. =)
2. TPM kita datang Kelantan, dalam ceramahnya, macam biasalah; kalu demo undi kami, kami tolong demo, kalu dok, rongaklah gigi dan masa depan anak-anak demo semua. =)
3. Hamba akur banyak negeri ini banyak juga cacat celanya, tapi tak bermakna orang tegur kita terus melenting, yang salah tetap salah. Jangan dilupa, orang negeri hamba patriotiknya lebih sedikit. 
4. Ahlan ya 1433 Hijri. Ya Allah, hamba banyak khilaf.
5. Siling makmal bocor, bilalah mahu siap baiki, udah lama hamba menunggu, hamba sayang makmal tu. Dengar2 masalah bajet, biasalah hujung tahun.
Sekian.

Monday, November 21, 2011

rindu perlu dicanang

Assalamualaikum.
Ramai  pulak orang yang saya rindu, bila kita rindu orang tu, perlukah kita beritahu  orang itu yang kita sedang merinduinya? Orang yang soleh tentunya merindukan perjuangan dan Rasulullah.Orang yg tak soleh macam saya hari2 rindu sahabat-sahabat, ahli keluarga yang jauh dimata.

Kalau dulu, saya selalu rindu dia, sekarang rindu juga;
afrina saffiyah bt muhammad kamarul ariffin

cuma sekarang bertambah seorang lagi yang perlu dirindui.
                                                        naqib izzudin b mohd najmi

Orang kata kalau kita mimpi seseorang, maknanya org itu rindukan kita. wah, sama2 rindu.
Sekarang saya rindu sahabat2 masa disekolah dahulu. Tak tahulah kenapa saya sangat segan nak contact mereka,tapi mujurlah ada juga saya contact sahabat2 yang pernah sekelas. Tidaklah terasa "jauh" sangat, sebab orang tak popular, lagilah orang tak ingat.=)
Oklah, masa kerja menimbun inilah, tangan gatal nak tulis kat blog.
Moga saya makin matang macam orang lain.