Assalamualaikum...
Oh sedihnya dengar lagu ni.
Dulu, masa kat sekolah, setiap hari selasa, slot syukbah tamrin antara maghrib isyak, masa yang ditunggu2, iaitu nasyid aka boleh nyanyi ramai2. Ni antara lagu favourite. Sekarang, bila dengar sorang2 boleh meleleh air mata. Dulu-dulu, agaknya ada la dalam sebaldi kalau dikumpul-kumpul dari form 1 sampai form 5 :). Chengeng!
Sahabat & social network.
Ditahun 2000, umur 13 tahun, saya terfikir, 10 tahun akan datang, agaknya bagaimanalah hidup saya waktu tersebut? Sekarang, sudah lebih 10 tahun pun, rasa seperti tak percaya. TAK PERCAYA. Cepatnya masa berlalu. Sudah nak masuk 25 tahun. Fasa matang.
Hidup ini begitulah, pengalaman banyak mengajar kita. Pahit perlu ditelan sendiri. Manis dirai bersama. Kadang-kadang, manis pun bersendiri. Mendaki tangga usia yang semakin "pendek", sahabat datang dan pergi, kita menyangka orang yang kita kenal akan kekal menjadi sahabat selamanya dan berada disisi kita. Namun, rupa-rupanya, sahabat itu boleh datang dan pergi. Saya pernah rasa itu. Berpisah bukan kerana sengketa. Tapi kerana hakikat perpisahan dalam bersahabat. Masing-masing membawa halatuju tersendiri. Biarpun dia ada dalam list friend facebook saya. Apapun, seorang blogger -yang-dah-lama-tak-update-blog-dia-tapi-penulisannya-sungguh-kritis-sekali, ada membincangkan kenapa friendster harus dijauhi.Boleh diaplikasi untuk facebook juga!
Anda boleh bersetuju atau tidak dengan pendapatnya. Ini kan negara demokrasi.
Misthaqan ghaliza
19 Januari 2000 dan ke atas, bekas pelajar UPSR 1999, menjejaki alam remaja.
Januari 2012, bekas pelajar SPM 2004, menjejaki alam yang penuh dengan kedewasaan; alam rumahtangga.
Dengan ini saya mengucapkan selamat berbahagia kepada pasangan Khairul Azri & Sakinah, Norfarahnadia& pasangan, Nurul Ain Abdullah & pasangan. Barakallahulakuma wabaraka'alaikuma wa jamaa bainakuma fikhair. Moga rumah tangga yang dibina dilimpahi dengan sakinah & mawaddah.
Yang belum bernikah, moga berbahagia juga. Cakap pasal nikah, semua senyum lebar je kan.
Tajuk lagu yang menjadi fevret: Nostalgia.
Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com
Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat
Lirik: Shauqi
Lagu: Munirah
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat
Lirik: Shauqi
Lagu: Munirah
Solo: Mohd Sobri Abdullah
Sekian.