Wednesday, April 25, 2012

Kalau ke Kelantan, datanglah ke pejabat saya

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), melahirkan rasa dukacita terhadap menteri-menteri dan timbalannya yang datang ke negeri ini tetapi tidak pernah mengunjungi pejabat beliau.
Katanya, Kelantan adalah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang menteri besar, yang seharusnya menteri atau timbalannya mengunjunginya selaku ketua kerajaan di negeri yang mereka lawati.
“Dia nak datang tu, datanglah, (Kelantan) tetapi kalau boleh datanglah ke pejabat menteri besar, sebab dia ada kerajaan dan ada ketuanya sendiri.
“Sejak saya menjadi menteri besar hampir 22 tahun ini, hanya ada dua orang menteri sahaja yang bersedia datang bertemu saya, baik dia iaitu Menteri diJabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nazri Aziz.
“Seorang lagi yang sempat bertemu saya bekas Menteri Pertanian, kalau tak silap saya bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, orang lain tak datang,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan awal Mei ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Ketika ditanya adakah lawatan itu ada kaitan dengan pilihanraya semakin hampir, beliau berkata terpulanglah kerana pilihanraya atau sebaliknya, sebab PAS sendiri turun ke seluruh negara khususnya sebagai persiapan menghadapi pilihanraya.
“Tetapi soalnya sekarang rakyat mesti faham untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang ditadbir PAS apa dosa yang telah dilakukan oleh parti Islam ini,”ujarnya.
Sambungnya lagi, perjuangan PAS menarik manusia kembali pada ajaran Allah yang sebenar.
Sambungnya, selepas manusia mati sudah pasti akan dibangkitkan semula sama ada mahu atau sebaliknya tetap akan dihidupkan semula.
Sambil merujuk surah Yaasin ayat 51 dan 52, Tuan Guru berkata, setiap manusia yang mati akan dihidupkan semua untuk menerima pembalasan di akhirat.
Kerana itu tambahnya, PAS telah membawa ajaran yang selari dengan Islam kerana ianya menjadi tanggungjawab perjuangan umat Islam.


Sumber-Harakah.

p/s:Walaupun saya tahu TGNA tak pernah mengharapkan penghormatan yang menggunung, tapi sekurang-kurangnya kalau hormatlah dia sebagai tuan rumah negeri ini..........(isi tempat kosong sendiri).Ini common sense!

Sunday, April 15, 2012

rindu

Hyundai Elantra baru 2012. 
Sudah lama tak genggam stereng kereta. 
Membelah jalan raya yang basah dengan titisan air hujan sambil menikmati lagu dari radio yang terpasang.




RINDU!

Tuesday, April 10, 2012

pelajaran dari korek telinga.

Assalamua'alaikum.


Bila pergi klinik pakar, sentiasa ada follow-up. Bila dah siap doktor check, "ok, lagi seminggu awak datang., "ok, lagi 8 minggu awak datang.Tapi kena sabar.


Saya sakit telinga. Rasa seperti ditekan2 sahaja bahagian dalam telinga. Sebabnya- saja-saja nak korek telinga.Dah jadi bad habit.
Selalu buat macam tu. Ok je, tiada masalah kesihatan yang berlanjutan.
Tapi kali ni, Allah nak bagi pengajaran.Memang rasa sakit+berdesing (ringing, bukan kring-kring ye)sepanjang masa.
Pergi klinik swasta, dia  bagi antibiotic dan rasa sakit itu hilang dalam masa 3-4 hari, tapi rasa berdesing tu tetap ada, & ia sangat mengganggu aktiviti harian khususnya aktvt percakapan. :)


Dipendekkan cerita dalam masa seminggu rasa berdesing hilang, tetapi jangkitan kulat itu masih ada. Ke klinik ORL, doktor bersihkan telinga, tak sure apa nama procedurenya. Tapi, ibaratnya, seperti cleaner membersihkan longkang guna pressurized water, agak sakit, (kacip gigi kuat-kuat) Dr bagi effexin. Lepas dua minggu dia suruh buat ujian pendengaran. Alhamdulillah normal. 


Ditanya jika ada masalah hidung, saya bagitahu ada resdung.
Dr periksa hidung, hidung dimasukkan besi yang ada kamera, meleleh air mata saya, sebab sakit.Sambil lap air mata, bagitahu dr, "sakit". 
Bersyukur, sebab pergi ORL sakit telinga, masalah acute rhinitis(resdung) yang selama ni ambil ubat pharmacy (loratidine), kali ni doktor prescribe nasal spray pulak. Ubat yang berbeza. Berharap ubat ni dapat sembuhkan acute rhinitis saya.


Pengajaran:
1)Jangan korek telinga sebab saja-saja.
2)Kadang-kadang, masa susah kita susah nak nampak hikmah kenapa Allah menjadikan kesusahan ini (padahal x susah mana pun).
3)1+1=3
4)sakit telinga saya tu=acute otitis rasanya. saya tak tahu orang lain macamana, tapi google akan terlebih dahulu"diagnose" sebelum didiagnosis oleh doktor perubatan.
p/s:rasa macam karangan budak kelas 5 kenanga pulak.

Thursday, April 05, 2012

Makan

Sabda Rasulullah SAW:
Orang yang paling utama dikalangan kamu disisi Allah ialah orang yang lebih panjang berlapar dan berfikir. Orang yang paling dibenci Allah dikalangan kamu ialah orang yang banyak minum, banyak makan dan banyak tidur.


Sumber :Majalah Anis.


sawah padi, sumber beras (Gurun, Jun 2010)
Moga hadis diatas menjadi asbab untuk saya kurangkan makaaaan & tidur.

Wednesday, April 04, 2012

Sabar

Sabar itu ada tiga bentuk:
1)Sabar dalam menjauhi maksiat
2)Sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah
3)Sabar dalam menghadapi ujian