Assamualaikum,
1)Syukur, buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke KLIBF di PWTC. Dari jauh datang,membeli 4 buah buku termasuk buku yang dipesan oleh abang. Sebabnya, banyak buku yang dah dibeli semasa guna baucer buku 1 Malaysia.Terima kasih kepada housemate saya yang sudi meneman & mengenal Midvalley sebelum tu.
2)Kali ini betul-betul merancang, buku apa yang saya memang nak baca, bukan buku yang main pilih, bila balik rumah, tak baca.
3)Judulnya:
Kimono Ungu Bersulam Bunga-Rebecca Ilham
Dihamparan shamrock kuseru namaMU -Hasrizal Abdul Jamil
dan novel Laskar Pelangi-Andrea Hirata
Apa yang menariknya kesemuanya ada diskaun. Walaupun hanya hampir 4 jam, sakit tumit berjalan & mata kabur. Tapi mujurlah lantai kesemuanya karpet& berhawa dingin. Lain kali, bawa air & makanan sendiri lagi best. Tahun depan bolehlah datang lagi.
4)Hari buruh, kakak2 ajak pergi Jakel Shah Alam & GM di Klang.
5)Ahad, ke SOGO. Ramai sangat orang. Macam ulat!
6)Persoalan mengenai ilmu: Ramai yang saya jumpa, masa undergraduate timbul kesedaran nak belajar agama. Lalu kelas pengajian ijazah ditinggalkan & buat sambil lewa. Sebenarnya menurut imam ghazali, keutamaan menuntut ilmu- yang pertama:ilmu fardu ain, kedua ilmu fardu kifayah-seperti ilmu kejuruteraan & matematik, ketiga: ilmu seperti perbandingan mazhab. Dewasa ini, kita boleh tengok di alam facebook ramai yang bertelagah mengenai khilaf ulama, padahal mereka bukanlah orang yang arif (bukan mengaji agama eg, bukan mengaji mengikut turutan ilmu) ini merugikan umat islam.-Ust Syed Abdul Kadir Aljoofre.
7)Pergi bercuti sebab nak ambil angin, nak main dengan anak sedara tapi bila balik dari bercuti, STRESS.
bila besar, tak nak dah orang pegang tangan dia masa jalan.