Tuesday, November 20, 2012

Naif


            Pagi itu, selepas lampu isyarat bertukar hijau, saya perlahan-lahan menekan minyak dan mengekori kereta hadapan. Kemudian, menekan minyak lagi setelah kelihatan kereta hadapan agak jauh meninggalkan saya. 
            Walaupun mata tengah pandang hadapan, otak sungguh lambat memberi mesej bahawa kereta hadapan membrek secara mengejut. Saya pun apalagi, memang berdesut tekan brek. Sesudah saya tekan brek, "DUMM". Kereta saya pulak kena langgar. Sesaat, kereta hadapan saya tadi, terus memecut (mungkin dia fikir kereta dia tak dilanggar, saya rasa saya tak langgar pun dia tadi, tapi sebab kereta belakang saya langgar kereta saya dengan sangat kuat, lalu menolak kereta saya langgar kereta depan saya..haha.boleh ke macam nie?). Mujurlah saya dan adik pakai tali pinggang keledar. Tapi pening jugaklah sekejap. 

              Rupanya yang terlibat kemalangan kecil ni dalam 4 buah kereta, yang mana kereta saya adalah yang ketiga. Hanya kereta pertama berhenti, tapi lepas tu dia terus ciau sebab tak banyak mana pun yang calr, sikit je. Tapi yang paling teruk ialah kereta yang langgar kereta saya dari belakang. Tangki air dia pecah. Bonet belakang kereta saya tercalar/ tercabut cat . Tapi lepas balik rumah baru discover banyak jugak yang rosak: bonet belakang susah nak katup rapat, bumper depan "lari", no plat depan sedikit patah, tangki air prob.
             Ketar lutut bila tengok kereta belakang ialah sebuah Mercedes. Lalu, memohon kemaafan dari encik yang memandu Mercedes kerana brek secara mengejut dan dia pun minta maaf. Saya pun rasa lega dia tak minta apa2 ganti rugi. 

            Tapi kan.....selepas tu baru tahu yang kalau kita dilanggar dari belakang, yang bersalah ialah orang yang melanggar. Tak kiralah brek kecemasan ke apa. Alahai, mesti dalam hati pakcik tu " naifnya budak ni". 
Pakcik, tolong doakan saya ye.
*Jaga jarak anda.

No comments: