Moga tahun baru masihi lebih baik dari tahun sebelumnya.
Minggu lepas, saya ke sekolah lama. Menemani adik ke sekolah. Rezekinya hanya 3 tahun disana. Pastinya beliau sedih mahu meninggalkan kawan-kawan dan kenangan disana.
Nostalgia
Fizikalnya banyak berubah. Masih basah kenangan disana. Seolah-olah terlayar dihadapan mata saya yang dulu sedang berjalan dari asrama ke blok akademik. Tengahari balik terkejar2 makan solat , cadar kena tegang, sidai towel ke ampaian. Petang-petang, bila malas beriadhah, duduk ditangga tepi padang, sambil borak atau bawa buku/nota (konon nak baca). Sebenarnya banyak lagi kenangan yang saya tak sebutkan disini. Rindunya!
Tiba-tiba korek balik nasyid the zikr, banyak nasyid tu saya kenal masa disekolah dahulu. Rupanya-rupanya the zikr adalah dibawah al-arqam. Lagu kegemaran dulu secerah pawana .
No comments:
Post a Comment