Sunday, April 17, 2016

kebahagiaan

Assalamualaikum.
Apakah definisi bahagia, ada yang berkata apabila wang cukup untuk memiliki apa sahaja yang terlintas dihati. Bila dapat memiliki mereka rasa puas hati dan tersenyum. Namun, mengapa statistik menunjukkan negara maju mempunyai kadar bunuh diri yang agak tinggi. Tidak bahagiakah mereka kerna mempunyai wang dan harta.

Namun, ketenangan tidak dapat dibeli dengan wang dan harta.  Patutlah kita melihat sepasang suami isteri hidup dirumah kecil dan anak anak yang ramai  mengukir senyuman apabila bersama. Mahu mencapai ketenangan haruslah diusahakan. Bagi saya, yang paling mudah adalah berzikir. Ingat Allah. Istighfar.

Alhamdulillah, saya kini menjalani rutin sebagai seorang surirumah dan ibu dan isteri. Anakku akan berinjak 6 bulan hari rabu ini. Aduh, umminya berdebar. Sebab first time ni nak perkenal solid foods padanya. Cepatnya dia membesar, rasanya hampir setiap hari bila tengok anak kami "membuas" , suami akan cakap "besar dah dia". Lahir berat 3.0kg, skarang rasanya sudah lebih 7kg. Meniarap tepat2 3 bulan. Keluarga selalu kata senang nak jaga dia. Sebab dia menangis ketika lapar nak tidur. Time lain rilek saje.Alhamdulillah syukur..