Assalamualaikum.
Terasa mahu menulis, tapi bila kurang fakta, maka tulislah mengenai diri sendiri.
HOW I MET YOU.
Ia mengenai bagaimana saya berjumpa dengan suami saya. Sebenarnya saya kurang gemar bercerita mengenainya, biarlah menjadi kenangan terindah kami.
Tapi dipendekkan cerita, ia mengenai the power of dua'. Saya masih ingat, ketika itu boleh dikatakan saban minggu saya bangun malam, menadah tangan meminta Allah kurniakan jodoh.Suami yang baik hati, kacak, kaya. Cukuplah kami kenal selama dua bulan, seterusnya berkahwin pada 5Jun 2014. Kami berada di tempat yang sama, USM. Saya tak pernah lihat atau perasan kewujudannya.Selepas berkahwin, barulah suami bocorkan rahsia, pertama kali melihat saya di padang, selepas itu beberapa kali terserempak dalam USM. Katanya, saya jalan pandang bawah iaitu lantai(itulah saya).. Hehe..tapi saya x perasan langsung. And the rest is history.Subhanallah, hebatnya aturan Allah. Allah Maha Mendengar rintihan hambanya.
Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan selepas itu. Kata Prof Muhaya, untuk dapat jodoh yang baik, kita kena jadi baik dulu. Atas inspirasi itu, ketika di hujung tahun 2013, saya mula berubah menjadi lebih baik, meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat, sentiasa berzikir dan melakukan amalan sunat. Ada pepatah mengatakan "will i marry myself". Bukan berubah untuk duniawi, tetapi untuk diri sendiri. Untuk ketenangan. Alhamdulillah sekarang sedang kalut menguruskan suami, anak-anak dan rumah tangga. Moga saya sentiasa berusaha menjadi lebih baik.
Sekian.
"..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 87
Thursday, December 13, 2018
Wednesday, November 28, 2018
Terapi pekerjaan
Anak sulung, ada masalah lambat bertutur. Dia di rujuk ke pertuturan bahasa sejak 1/2/2018. Ujian pendengaran normal, kemudian ke jabatan psikitari, untuk jumpa dr psikiatri kanak2. Dr rujuk ke terapi pekerjaan. Sebab nak exclude autism. Aman tiada tanda autism yg obvious, no hand flapping, eye contact ada, tapi poor. Kalau panggil, Kadang2 berpaling Kadang2 tak berpaling. Sekarang ni, vocab dia tak banyak. Ssang untuk pisang, shhu susu, nah, aki untuk abi, banyak cakap Jerman. Ummi harap akan ada keajaiban suatu hari ni. Ummi dapat berbual dengan abdurrahman
Saturday, March 24, 2018
Cahaya mata
Assalamualaikum.
Kini dunia blog makin suram.Sy kini sudah konvo master dan merupakan ummi kepada dua orang cahayamata lelaki, Abdurrahman dan Abdul Fattah. Belum bekerja,doakan yang baik2.
Kini dunia blog makin suram.Sy kini sudah konvo master dan merupakan ummi kepada dua orang cahayamata lelaki, Abdurrahman dan Abdul Fattah. Belum bekerja,doakan yang baik2.
Subscribe to:
Posts (Atom)