Saturday, September 14, 2019

What a day

Salam.
Seperti biasa rutin hari Jumaat,saya akan ke pasar tani untuk membeli stok dua minggu lauk basah dan sayur sayuran.Anak aanak tinggal di rumah dengan abi.Selalunya saya akan singgah di pasaraya untuk membeli apa yang perlu macam sabun basuh,minyak masak.
  Tiba di rumah,anak sulung, Abdurrahman yang kami panggil aman,mengamuk apabila nampak ummi sampai.Dia marah sebab ummi tak bawa dia,adiknya fattah fattah pun ikut menangis. Apalagi, ummi pun bawa keduanya pusing pusing dengan kereta sekejap.Bila abi keluarkan barang dari bonet,kereta terus ummi mensiang ikan ikan dan sotong yang dibeli tadi.Sementara abi melayan anak-anak. Anak agak manja dengan abi mereka.Dan mood Abdurrahman tak berapa elok hari itu.Tak kena sikit,terus mengamuk,tak nak pakai pampers. Abi decide bawa Abdurrahman naik kereta, sampai di rumah dah okey, lepas tu sambung nangis sebab abi tak bawa dia turun kereta dan sambung nangis  lagi.Akhirnya teridur selepas lebih sejam menangis.
  Kemudian,kami bercadang nak pulang ke kampung selepas solat Jumaat.Semasa menyusukan fattah,baru ummi perasan,dada fattah berombak,terus ummi google apa itu 'bayi bernafas laju',terus tak keruan ummi,nak sama dah dengan fattah.Abiiii,cepat balik.Sebenarnya dah hampir seminggu fattah selsema dan batuk,tapi baru hari Jumaat ni 
 ummi nampak Fattah makin teruk walaupun dia  masih bermain macam biasa.
  Bila abi balik,terus ummi ajak ke Kecemasan HUSM.Sampai di sana lebih kurang jam 2.40 petang, masuk yellow zone dengan abi sebab fattah nak abi.Sementara ummi dengan Abdurrahman tunggu di luar.Mula mula ingatkan sekejap saja,rupanya rupanya kena ambil tiga dos supaya hilang lelah fattah dan boleh bernafas seperti biasa. Pukul 7.30 malam baru doktor discharge dan kami dapat Salbutamol.Terus solat magrib di bangunan tepi kecemasan.Masing masing dah penat,pusing cari makan malam di kedai makan dan bungkus bawa balik. Esoknya baru kami pulang ke kampung,selepas makan gulai di Tanah Merah.. What a day...