Wednesday, January 07, 2009

berblog kembali,,,......

assalamu'alaikum buat sesiapa sahaja yang membaca sekarang,.(ade kew)..harap2 ada..
(*_*)..

sudah masuk tahun baru 2009 dan 1430 H,umur pun dah mencecah 21 tahun pd tanggal 28 dis yang lepas.sebenarnya amalan sambut besday x biasa kami amalkan dlm famili,tapi kalau ada org bg hadiah,terima jelah.tapi adik bongsu saya yg beria2 nak sambut besday dia,ma pun ikutkan jelah,anak bongsu katakan,nakal2 pun kami layan gak,,haha...jadi kesayangan kakak 2 ngan abang2 dia...ade je kami belikan baju la,itu ini,tapi baju la slalu beli,kalau pi mana2,mesti beli baju untuk dia ,sebab dia kecik,jad murah la,save...hehe..
update :
1)isu zionis dan kedegilannya x habis2 menyerang palestin,..korang baca la kat website ,paper,radio ,semua tgh duk siarkan berita pasal nie.utusan yg kdg2 isu muka dpn x bape sya suka,akhir2 nie banyak siarkan pasal zionis laknatullah angkuh,sombong,jahat,x sedar diri menumpang kat tnah orang...dan sekutunya,,.OIC dan pemimpin Islam,negara Islam mane???..hatta saya rasa pemimpin fatah pun dah belot,sedarlah,kamu pun org islam,jgn tunduk pada kafir amerika tuh!pemimpin arab pun satu hal..dah macam2 msyarakat dunia buat,...bila tengok paper,gambar menyanyat hati semua...syahid dibawah runtuhan rumah,nampak kepala je..harap sangat2 semua remaja islam kat luar sedar penderitaan umat islam,dan insaf la...stop buat perkara x berfaedah,lagha2 tuh.


اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,Goncangkan pendirian mereka,Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada merekaWahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Dan menangkan kami ke atas mereka.Amien….
"selamatkan pejuang hamas dan penduduk palestin,Ya ALLAH"

2)pilihanraya KT
doakan kemenangan Islam pada 17 jan ni.

3)tepati janji pada diri sendiri
pernah x anda semua membuat azam,dan perjanjian dengan diri sendiri
ok,contohnya:
-sem nie x tak balik rumah tiap2 minggu,tup2 bila tiba waktunya anda x tepati janji itu
-x nak datang kelas lambat dah
-x nak minat2 org dah,penat otak ...(aku insan biasa)..hehe..
-nak jadi orang rajin sedunia...
tiba2 anda x tepati,iman x cukup kuat nak bermujahadah melawan nafsu,next time dah x tak nak buat apa2 janji pada diri sendiri,sebab dah tau ,x mungkin ditepati....lepas tu ikut je ape nak buat,..maknanya kita dah hilang keyakinan dengan diri kita sendiri,kita dah hilang kawalan diri..oh,inikah sikapku,,dah masuk umur 22(ikut tahun2009),x matang langsung.ok,disini dititipkan camna nak tepati janji dengan diri sendiri:
-berjanji dalam batas kemampuan dan kebolehan ,erti kata lain ialah realistik,maknanya yang semampu mungkin.
-dahulukan janji terhadap perkara 2 yang penting dahulu,janji dengan Allah,taati Allah,insyaAllah perkara lain akan seiring dengan nya secara automatik.
-jangan frust ye,kalau janji tidak dikota,dengan syarat dah mencuba deh...cuba dulu 300kali....him nae ja....jujur pada diri,muhasabah diri dengan jujur,perbaiki diri dengan pertolongan ALLAH.
4)MPI ke-11-alhamdulillah,minggu penghayatan islam program paling panjang kat kampus ni.macam ada didlmnya.kali nie ,ia menampilkan orang famous,seperti Pahrol Juoi-ceramah hiburan dlam islam,Fadzilah Kamsah,Kumpulan Raihan.Tahun lepas ,batch kami yang handle,huh,semangat berkobar2.sy jd ajk x kurang bertauliah menghandle bab nikah kawin..hehe...Tajuk forum bicara ad-din (esok,Khamis kul 8.30 malam)pun macam best,"salahkah aku bercinta"menarik2,bercinta boleh jadi dgn sape atau ape,harap sangat segala persoalan akan terungkai,jom!masyarakat kampus hadiri forum ni,luangkan masa mu untuk hadiri majlis ilmu.hati kita akan mati kalau x hadiri majlis ilmu 40 hari,bila hati dah mati,buat dosa pun x rasa apa2.astaghfirullahal azim..
tinggal berapa program ade dalam MPI nie,cepatnya masa berlalu,forum bicara ad-din,larian palestin,ceramah pasal palestin,kursus kepimpinan dinamik,konsert raihan,sukaneka,penutup.masa jadi student ni la nak join benda2 gini,nanti kat luar susah ,bayaran mahal,kekangan masa dan kerja.

selamat berusaha buat anda yang sedang membaca,
seeru 'ala barakatillah.
Allah berfirman: Wahai Tuhan kami!jgnlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami,dan kurniakanlah kami limpah rahmat dari sisi Mu.Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang melimpah ruah pemberianNya"-Ali-'Imran:8-

dan terimalah lirik nasyid ditulis Pahrol Juoi,munsyid in -team,tajuk:ku serah cinta..best lirik nya...ya Allah,kuserahkan cintaku bukan lagi pada manusia,..hayatinya..
Ku Serah Cinta
Album : In-Team'04Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

Thursday, November 13, 2008

winter @ malaysia


"view" dari bilik guna sony w580i,masa ni tgh hujan..

wah,nampaknya malaysia sekarang dah ada winter@musim salji.bukan winter pun,musim tengkujuh sebenarnya.kalau minggu ni saja,setiap hari hujan renyai-renyai,malam ,pagi petang,redup sahaja.Matahari pun malu menunjukkan bayangnya,tak panas sangat,tapi sudah cukup untuk mencerahkan pandangan mata.angin sepoi-sepoi bahasa,datang dengan membawa kesejukan bersama.kalau pijak lantai dalam bilik,anda akan terasa nyaman,.kalau bilik saya la,.tingkat 3.hehe..nak jemur kain,kalau boleh keringkan pakai dryer dulu(baru terfikir),sebab ampaian berbumbung penuh sokmo.Alhamdulillah,moga titisan-titisan hujan yang Allah curahkan sama banyaknya dengan barakah dan rahmat yang Allah turunkan ke bumi ini.Rumput dan tumbuhan kelihatan menghijau,bila mengamatinya dengan mata beserta fikiran mengingati kebesaran ciptaan Allah,terasa hilang stress dan tenang .

Subhanallah,Alhamdulillah,wa Allahuakbar!!
"Dan Dialah yang menurunkan air dari langit,lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan,maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau....(6:99)
"Allahlah yang telah menciptakan langit dan bumi dan ,menurunkan air(hujan)dari langit,kemudian dengan (air hujan)itu ,Dia mengeluarkan berbagai buah-buahan sebagai rezeki untukmu;dan Dialah telah menundukkan kapal bagimu agar belayar dilautan dengan kehendaknya ,dan Dia telah menundukkan sungai2 bagimu"(14:32)

Sunday, November 09, 2008




Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.
-

And slacken not in following up the enemy: if ye are suffering hardships, They are suffering similar hardships; but ye have hope from Allah, while they have none. and Allah is full of knowledge and wisdom.

-An-Nisa 4:104-

Alhamdulillah a'la kulli hal wa nikmah.
masih ada lagi 3 papers,2 teras,1 elektif..
bila stress,dalam kekalutan,kesusahan,
bagaimana nak menghadapinya,
adakah kita sama macam non-musleem,
islam agama lengkap,semua aspek kehidupan kita sandarkan kepada Allah dan akhirat,jika tidak berguna untuk akhirat,maka kita x patut buat.

Kita ada Allah,
berdoalah,berzikirlah,berwuhuklah,solat malam,solat sunat...
bacalah al-quran dan tafsirnya beserta tadabbur.

QIYAMULLAIL
Nabi saw bersabda:
"Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyanglah malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya." (Hadis hasan sahih riwayat at-Tirmizi)



Sabda Nabi s.a.w:
"Hendaklah kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang2 yang solih, mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa2 dan menegah diri dari maksiat." (Hr Hakim)

Sebab tidak mampu solat malam?Telah disampaikan cerita seorang lelaki yang tido malam sampai subuh dan tidak bangun solat malam.
Nabi s.a.w bersabda:"Lelaki itu syaitan telah kencing di kedua belah telinganya." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Fudail bin Iyad telah berkata:"Apabila kamu tidak mampu untuk qimaullai; dan puasa sunat pada siang hari maka ketahuilah sesungguhnya kamu telah dibelenggu dengan maksiat yang kamu lakukan."

Ada Apa Dengan Cinta



Written by Ahmad Shuib Yahaya,he was my senior,in SMAPL.SPM best student,..sahsiah dan akademik saya kagumi.saya ambil dari sesawang persatuan perubatan mesri.sebenarnya saya tak tahu dia sendiri yang karang atau dia cuma poskan di web tersebut.Allahua'lam.

AADC (Ada Apa Dengan Cinta?)


-siri Pertama: Cinta Kimia Kimia Cinta... Ada Apa Dengan Cinta? Banyak sebenarnya. Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.
Lebih spesifik: Dopamine, Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada fasa mengurat dan terpikat. Oxytocin dan Vasopressin pula dikaitkan dengan hubungan jangka masa panjang. Apabila cinta dan kasih sayang sudah menebal.

Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata.

Cinta. Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz), Dopamine dan Noradrenaline. Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya.

Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena.

Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih punya...), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi, pening.

Kesannya kepada psikologi pula: banyak cakap, peningkatan konsentrasi dan confident, peningkatan respon dan euphoria (tu yg tergelak sorang2 tu...), insomnia, decrease REM sleep (tu yg tidur tak lena).

PEA juga membuatkan seseorang itu yakin, alert dan berani mencuba sesuatu yang baru, sebab tu la kita tengok orang mabuk asmara ni sanggup buat yg pelik-pelik; lari dari rumah, lompat pagar asrama, sanggup buat apa-apa saja untuk yang dikasihi. (konon...)

Tetapi, bila ‘dibuang cinta’, clash, putus cinta… kesannya amat parah. Otak serta merta akan berhenti merembes PEA dan kesannya, sama dengan penagih Speed yang tak dapat stok; tak tentu arah, panik, bengong, boleh jadi gila. Tak mustahil medically.

Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di luar kawalan. Di bawah sedar.

Norepinephrine dan Dopamine sering dikaitkan dengan romantik. Mana taknya, ia merupakan desire molecule antara neurotransitters. Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait dengan penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan. Oxytocin kadangkala digelar 'cuddle chemical'.

Oxytocin dirembes dgn banyak ketika aktiviti-aktiviti aktif seperti urutan (sebab tu, urut mengurut ni amat berbahaya bagi sesiapa yang tak nak jatuh cinta, hati-hati, cakar harimau amat baik untuk pasangan suami isteri...), aktiviti-aktiviti lasak dan aktif ketika dating juga adalah salah satu cara yang baik utk mengurat; roller coaster ke, berlarian-larian, keliling pokok macam hindustan tu sume. Sume ni Oxytocin punya kerja.

Oxytocin juga mengurangkan perasaan takut dan meningkatkan kepercayaan, tu kualiti penting dalam percintaan. Kajian juga menunjukkan Oxytocin melembapkan beberapa fungsi pembelajaran dan ingatan. Hmm... tapi masih boleh dipertikaikan, sebab ada yang lebih berjaya dalam akademik bila bercinta. Kalau tidak hati-hati, Oxytocin berlebihan akan menimbulkan masalah.

Akibatnya? Bila masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak lagi boleh berkata tidak. Tangan mula meraba, mengusap, membelai. I love You, You love I. Maruah pun tergadai.

CINTA vs NAFSU

Kami hanya bercinta. Saya sayangkan sangat si dia, takkan saya nak rosakkan maruah dia. Aaahh!! Ini semua dongengan hikayat seribu satu malam. Kata hukamak: tidaklah sepasang lelaki dan perempuan yang saling berkasih melainkan matlamatnya hanya satu: SEKS. Tak nak percaya kata hukamak? Sebab kita lagi pandai dari mereka? Nah, ambik ilmu sains.

Stimulus berupa kehadiran orang yang disayangi, ke atas pasangan lain jantina yang normal kesihatannya, akan merangsang pusat kawalan seksual dalam otak. Arnab betina hanya akan bertelur (ovulasi) dan menjadi aktif untuk membiak dengan kehadiran seekor arnab jantan yang menarik minatnya. Itu arnab, tapi manusia, taklah sampai begitu. Cuma apabila kita bercinta, libido amat tinggi, hinggakan setiap rangsangan dan hubungan (dengar suara pun jadi, zaman moden ni, baca SMS, message YM pun jadi) menimbulkan Erotik. Tak percaya? Bukak kamus Greek, tengok EROS maksud LOVE. So, takkan takde kaitan? Tak percaya jugak? Blaja Medic, tak percaya? Susah nak cakap dah.

“Saya sayangkan sangat dia, saya peluk dia, tak terangsang pon nafsu saya…” Awas!!! Sila berjumpa dengan Dr Ismail Thambi. Anda mungkin mempunyai masalah. Wanita pun sama, cuma pakar ramai sangat, jumpa la mana-mana pakar sakit puan. Atau jumpa mana-mana pakar Psychiatry, mungkin boleh membantu.

PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya hanya antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam. Otak, yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya. Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit. (lantas, ambillah kapak belahlah dada. No hal punya!) Sebab tu para mujahid di medan perang (perasaan terlalu teruja dan semangat sebagai contoh berjihad, menghasilkan endorphin dengan banyaknya) tidak peduli akan luka dan cedera. Kita pernah dengar kisah Jaafar At Tayyar dalam perang Mu’tah.

Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA. Endorphins dirembes dengan banyak ketika disentuh (sapa kata pegang-pegang tangan tu biasa??? Amat berbahaya!!), melihat pemandangan menyedapkan seperti senyuman (senyuman membunuh) atau selepas berfikir positif.
Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar ditatap, bantal didakap. Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat. Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun. Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula mencari yang lain.

Serotonin. Kesan serotonin kepada seorang insan yang sedang bercinta adalah sama seperti kesannya dalam obsessive-compulsive disorder. Sebab itulah mereka ini tidak boleh memikirkan orang lain. Di mataku, di hatiku hanyalah dirimu. Atas fakta ini jugalah, ramai berpendapat pesakit yang mengambil SSRI dan ubat-ubat antidepressant yang lain kurang mampu untuk jatuh cinta. Hmmm kesian.

Lelaki yang lebih bijak dan teliti, mencari masa yang sesuai untuk membuatkan usahanya lebih berkesan semulajadi, secara fisiologi. Kiraan bulan gadis yang ingin dipikat boleh menjadi amat berguna. Persky dan kawan-kawannya dalam kajian mereka mendapati wanita menunjukkan perasaan dan pergantungan kepada cinta dan rasa ingin disayangi lebih kuat pada waktu sekitar pengovulasian. Kajian terkini mendapati LH-RF sejenis hormon yang dirembes untuk merangsang LH seterusnya merangsang pengovulasian, berfungsi seperti dopamine dan serotonin dalam hubungan lelaki dan wanita ini.

Ya, mungkin sukar untuk mengira dengan tepat kitaran bulan, tetapi kesan estrogen dalam badan wanita mungkin boleh diperhatikan. Perincian? Aah, sukar dan memakan masa. Ini zaman pantas, semuanya segera. (ikuti siri-soro seterusnya: cinta mi maggie dan cinta tabung uji...)

Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan manusia mata keranjang. Yang satu mahukan dua. Yang dua mahukan tiga. Yang tiga mahukan empat. Yang empat mahu semua.

...and they lived happily ever after. Separately.

wassalam,
HakCipta Terpelihara
HAMADA el Misriey

Saturday, November 08, 2008

1982-2008,sudah melebihi 25 tahun

sekolah sape nie?angkat tangan.
moga Sahsiah Mapan Akademik Perkasa masih dikekalkan

Friday, November 07, 2008

mengarut sikit


Saya rasa sangat stress .nota entah sempat habis dibaca sebelum mula peperiksaan.tapi,masih sempat berblog.Cuma mahu melepaskan melalui tulisan.Pagi tadi,pergi Jaafar Rawas ,hajat dihati mahu membeli tafsir fi zilaalil quran karangan Syed qutb yang original.,(yang x fotostat)Tapi,alangkah kecewanya,pelayan kedai(ade ke istilah nie?,bantai je) kata ianya tidak dijual mengikut jilid.Kalau nak beli ,kena beli semua jilid,yang lengkap ,satu Al-Quran,dia tidak jual satu-satu.Nak tanya harga satu kotak tak sanggup,tapi sahabat saya suruh tanya,jawapannya~RM9OO~..tak ingat RM900 berapa.gulp.mungkin ada rezeki,saya boleh beli kesemuanya.

WHAT ABOUT NOW by Chris Daughtry(gambar diatas) ,saya suka lagu nie..

Shadows fill an empty heart
As love is fading,
From all the things that we are
But are not saying.
Can we see beyond the scars
And make it to the dawn?

Change the colors of the sky.
And open up to
The ways you made me feel alive,
The ways I loved you.
For all the things that never died,
To make it through the night,
Love will find you.

What about today?
What if you're making me all that I was meant to be?
What if our love never went away?
What if it's lost behind words we could never find?
Baby, before it's too late,
What about now?

The sun is breaking in your eyes
To start a new day.
This broken heart can still survive
With a touch of your grace.
Shadows fade into the light.
I am by your side,
Where love will find you.

Now that we're here,
Now that we've come this far,
Just hold on.
There is nothing to fear,
For I am right beside you.
For all my life,I am yours.

Thursday, November 06, 2008

solat subuh




assalamualaikum..bismillahirrahmaanirrahim..
Entri mengenai solat subuh sebenarnya sudah lama ingin saya tulis.Namun kali ini ,saya baru betul-betul bersedia.Ia dipetik dari buku karangan Dr.Raghrib As-Sirjani bertajuk"Misteri Solat Subuh".Buku ini saya beli dari kedai Jaafar Rawas di Kota Bharu.

Mukaddimah
Petang itu ia berdiri berceramah dengan penuh semangat.Dia mahu melihat syariat ALLAH tertegak diBumi ALLAH,Rabbul Jalil ini.Dia bertanya kepada hadirin:

'Mengapa umat Islam mengalami kemunduran?"

"Mengapa mereka mengikuti konsep hidup umat lain?'

"Mengapa mereka merendahkan nilai agama mereka sendiri?"

"Mengapa..?dan mengapa...



Puluhan pertanyaan seperti diatas diajukan kepada hadirin.Ia seolah-olah meninggalkan beban berat diatas bahu hadirin.Lalu selepas berceramah panjang lebar,dia kemukakan solusi dan kesimpulan,dia mengakhiri ceramahnya.
Selang sehari selepas itu,saya mencari penceramah tersebut diantara saf-saf solat Subuh.Saya tidak melihat kelibatnya.Lalu saya berkata dalam hati,"Mungkin dia ada urusan penting atau tidak dapat dielakkan.
Hari berikutnya,waktu yang sama,saya mula mencari dicelah-celah hadirin yang ada,dengan harapan dia ada.Namun ,saya kembali kecewa.Saya tidak menemukannya dicelah-celah saf jemaah.Saya mulai khuatir ,apakah yang terjadi kepadanya.Jangan -jangan dia ditimpa musibah.
Saya putuskan untuk mencarinya .Di suatu kesempatan,saya berjumpa dengannya.Lalu saya bertanya"Apa yang terjadi?.Mudah-mudahan yang menjadi penghalang anda adalah sesuatu yang baik.Saya kehilangan anda di waktu diwaktu subuh!"
"Maafkan saya.Semoga Allah mengampuni saya dan mengampuni anda.Keadaan yang menghalang saya.Pagi-pagi saya sudah mulai kerja,malam pula saya tidur lambat.Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang".
Saya terdiam dan bingung mendengar jawapannya,Benar-benar bingung.Saya bertanya dalam hati,"Bagaimana mungkin agama Allah akan kukuh berdiri diatas muka bumi ini ditangan orang-orang yang melalaikan kewajipannya kepada Allah?"
Hati saya bergelojak .Sesuatu harus dilakukan.Dan akhirnya terhasilnya buku ini"Misteri Solat Subuh,jumlah mukasurat 151 karangan Dr.Raghrib As-Sirjani.
Benar sekali,bagaimana mahu berjaya jika ujian ALLAH sebesar solat Subuh yang 2 rakaat tidak mampu dikerjakan.Bukan sahaja tidak berjemaah ,malah subuh dinasour atau gajah.Sebab itu,dalam Islam,pilihlah pemimpin yang taat kepada Allah dan amalkan sunnah Nabi SAW.Kita pun akan rasa lebih selamat kerana semestinya dia tidak sanggup mengkhianat amanah Allah.Dia memikirkan bahawa azab jahannam pun tidak sanggup ditempuhinya walau sesaat.
Saya memikirkan bahawa saya sudah mengkhianati amanah.Iman saya naik turun ,ada ketika saya "insaf "sangat,namun saya tewas kembali.Takut juga jika diri ini munafiq.Bila kita sudah tahu benda benda itu salah,kenapa buat juga?Tidak rasa berdosakah ?Hati ini sudah matikah?Hidupkan kembali dengan makrifatullah.Istiqamahlah dalam amal ibadat.Janji Allah itu pastu.InsyaALLAH.



Wednesday, November 05, 2008

American people have spoken says McCain


Breaking news!!


Presidential election of USA result indicate that Obama had exceed the electoral votes >270 ,means the people of WH going to Barack Obama,who is mix of Kenya and America..The 1st ever black president of USA..Congrates Obama!!


But ,i do not understand why Bush do not compete this time.Maybe the system used not same with our country where our former prime minister hold for about 21 years.Because every time presidential election ,the candidates were not same.And they used President,our country Prime Minister..hoh..i don't know politics...=)
CHANGE,CHANGE,..the slogan neary same as Malaysia 12th election ..
Allahummansur ilislam fil kulli makaan wa zaman....Allahummaghfirlana ...
(why in exam week ,the frequency of updating blog suddenly increase ....hoho...)

Tuesday, November 04, 2008

kapal yang belayar...

Buat mereka yang tersangkut ditgh jalan dakwah,merasa kecewa dan putus asa :-

"Akh, dulu ana merasa semangat saat aktif dalam da'wah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh."Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada seorang murobbinya di suatu malam. Sang murobbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad'unya. "lalu apa yang ingin antum lakukan setelah merasakan semua itu ? " sahut sang murobbi setelah sesaat termenung. " Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku beberapa ikhwah yang justeru tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang Ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, Ana lebih baik sendiri saja." Jawab mad'u itu.

Sang murobbi termenung kembali. Tidak tampak raut terkejut dari roman di wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal. " Akhi, bila suatu kali antum naik sebuah kapal mengarungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah sangat rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang keropos bahkan kabinnya bau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan antum lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?". Tanya sang murobbi dengan kiasan bermakna dalam. Sang mad'u terdiam dan berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang amat tepat. " Apakah antum memilih untuk terjun kelaut dan berenang sampai tujuan?". Sang murobi mencuba memberi pilihan. "Bila antum terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasa kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba . tapi itu hanya sesaat.Berapa kekuatan antum untuk berenang hingga tujuan?. Bagaimana bila ikan yu datang. Darimana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimanan antum mengatasi hawa dingin?" serentetan pertanyaan dihamparkan dihadapan sang mad'u. Kemudian, sang mad'u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kadung memuncak, namun sang murobbi yang dihormati justru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya."Akhi, apakah antum masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha Allah? " Bagaimana bila ternyata kereta yang antum naiki dalam menempuh jalan itu ternyata rosak? Antum akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersandar dijalan, atau mencuba memperbaikinya? .

Tanya sang murobbi lagi.Sang mad'u tetap terdiam dalam sesenggukan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya :"Cukup akhi, cukup. Ana sedar.. maafkan Ana…. ana akan tetap Istiqomah. Ana berdakwah bukan untuk mendapatkan medal kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan…"Biarlah yang lain dengan urusan pribadinya masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan menjadi pelebur dosa-dosa ana". Sang mad'u berazzam dihadapan sang murobbi yang semakin dihormatinya.Sang murobbi tersenyum .

"Akhi, jama'ah ini adalah jamaah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi dibalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki . Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta'ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka dimata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka.""Futur, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu disikapi dengan jalan itu , maka bilakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" sambungnya panjang lebar. "Kita bukan sekadar pengamat yang hanya bisa berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafirpun bisa melakukannya. Tapi kita adalah da'i. kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanat oleh Allah untuk membenahi masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya, yang bisa jadi justru semakin memperuncing masalah."Jangan sampai, kita seperti menyiram minyak ke sebuah bara api. Bara yang tadinya kecil.tak bernilai, bisa menjelma menjadi nyala api yang yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!" "Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada isyu atau gosip tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal yang mantan seorang hamba hina menemui kemuliaannya." Suasana dialog itu mulai mencair. Semakin lama, pembicaraaan melebar dengan akrabnya. Tak terasa, kokok ayam jantan memecah suasana. Sang mad'u bergegas mengambil wudhu untuk berqiyamu lail. Malam itu. Sang mad'u sibuk membangunkan mad'u yang lain dari asyik tidurnya. Malam itu sang mad'u menyadari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap berputar bersama jama'ah dalam mengarungi jalan dakwah. Pencerahan diperolehnya. Demikian juga yang kita harapkan dari semua kita.

maaf,ada perkataan bahasa indonesia yang sempat saya perbetulkan.harap tidak menjejaskan pemahaman anda.

Sunday, November 02, 2008

exam mode

3rd november until 18 th november:

3rd-Medical radiation
5th-Methodology
9th-Pathology
12th-Pharmacology
16th-Blood banking and transfusion science
18-Tissue banking




some words from al-quran says;
(We do not impose on any self any more than it can stand,With Us there is a Book which speaks truth.They will not be wronged)-Al-Mukminun 23:62

Corrie Ten Boom said:
Worry does not empty tomorrow of its sorrow;it empties today of its strength.

my heart racing unnecessarily,my sleep disturbed,i cannot stop worrying because i know i'm not well prepared for exam..........

'O Allah,for Your Merccy I hope,so do not abandon me to myself even for a moment.And correct all my affairs.There is no god but You"(Abu Dawud and classed as hasan by al-albani)

i want to promote a blog which contain motivational stories for those who seek for it http://wisdomthruwords.blogspot.com

ok..assalamualaikum..

Tuesday, October 21, 2008

besday budak ini...

kepenatan sampai tertidur atas kerusi

19 oktober 1998


ahmad hafizulddin

dilahirkan di hospital gua musang

masa tu ma 41 tahun(anak bongsu la kiranya(^0^)
aku darjah 5
pagi 19 oktober,hari deepavali hari tue, ma buat bihun goreng dgn kek span
masa tue abg dan akak aku duk kat kampung
jadi,aku merangkap anak sulong la waktu tu
tengahari tue aku dgn adik2 makan tengahari kat rumah jiran(masa tue ayah dah hantar ma gi hospital)
pastu malam tue baru kami pergi melawat kat hospital
masa ma pantang ,ayah aku masak,
paling aku ingat ayah aku letak soda bicarbonat dalam telur goreng,
kembang telur tue..hihi..
dia membesar kat kampung (rumah kami skrg)
manja dengan ma
dia liat sikit nak solat
asyik bagi alasan
mungkin sebab pengaruh televisyen
suka benar nonton kartun
postmen pet,ketapi thomas,ultraman,fairly odd parents,spongebob,jimmy neutron,
apelagi ek.,,avatar..geng bas skolah,dan yang sewaktu dengannya yg ada kat astro
dah pandai guna komputer
suka guna laptop aku,n kak aku
tapi kesian kat dia,dia x pandai sangat bahasa inggeris,math dan sains dlm BI,
aku harap2 sgt kerajaan semak balik ko-k dlm BI nie,kesian budak2 ,tmbh2 yg duk luar bandar,kalau mak bapak x belajar BI,mane diorg nk tanye kalau nak siapkan kerja rumah.
kalau dia malas nak tanya orang,dia akan buat ikut suka hati dia.
ayat ma aku setiap kali bermulanya hujung minggu"apih,tak dok kijo sekoloh ko"
apih jawab"ado,nanti la buat,lambat lagi ,hari nie baru hari jumaat"
sabtu malam ahad,dia akan tidur lewat gara2 nak siapkan kerja rumah.
tapi,disebabkan dia ank bongsu,special treat la ckit,pagi2 ayah hantar pi sekolah,gara2 begnya yg sgt besar,dia nie kurus kering.
duit raya paling banyak dapat.abg2 ,kakak,saudara bagi,tp hari tue die raya dia hilang,..menangis berlagu la dia..sampai hari nie x jumpa..
makan nya x memilh sangat,tapi suka makan ayam pedas(aym msk merah)
hari tue,masa pergi beraya rumah nenek sebelah ma,nenek kata dia hensem,dia pun tersipu2 malu..^0^
harapan aku,spy dia rajin pi sekolah,jadi anak soleh.
"Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah(suci bersih),maka ibu bapanyalah yg menjadikannya sama ada Yahudi,Nasrani atau Majusi"-riwayat muslim
hidup ini ada tujuannya..boleh rujuk surah ad-dzariyat(56-57)









Thursday, October 09, 2008

Mulakan pagi anda dengan doa

"Segala puji bagi ALLAH yang mendidikku,

Dan menghilangkan kebutaan mataku dan

yang menunjukkan jalan yang lurus,

Yang memuliakanku dan meneguhkan hujahku.

Selawat dan salam tetap dicurahkan kepada

Nabi Muhammad SAW.,

Sebaik-baik makhluk keturunan manusia,

Kepada keluarga,sahabat-sahabatnya yang mulia,

Dan seterusnya orang yang berjalan dijalannya

dan mengikutinya.

Ini puisi untuk orang berjaya ,

Yang memiliki cita-cita setinggi bintang dilangit ,

Untuk mereka yang memiliki tekad yang kuat,

Aku persembahkan kepada kamu wahai

saudara-saudaraku,

Wahai orang yang mengharapkan kemuliaan,

Dan berjalan menggapai Firdaus dan keredhaan,

Dengarlah,kusampaikan nasihat dan kerjakanlah ia,

Berusahalah mengerjakannya selagi

nyawa dikandung badan,

Aku berlindung kepada Allah swt daripada rendahnya

cita-cita,lemahnya tekad,

hinanya tujuan,

buruknya tabiat dan longlainya jiwa,

Semoga ALLAH swt sentiasa memberkati

umat seislamku,

Aku berlindung kepada Tuhan yang

Mulia sebagai Tuhan kita,

Daripada kelemahan dalam berusaha

atau malas.

nukilan:Dr.A'idh Abdullah Al-Qarni,Kunci Kejayaan Minda terbitan telaga biru



Maka berkatalah sang semut yang mulia,,

"AKu belum pernah melihat betapa aibnya manusia ,seperti aibnya org yang mampu melakukan tugas dgn sempurna tapi x mahu melakukannya.
Malulah manusia pd sang semut kerana ia mampu memikul beban berpuluh kali ganda lebih berat dr badannya,..

Wednesday, October 08, 2008

catatanku....

assalamu'alaikum..

insyaALLAH,2 nov akan start final exam untuk sem.1,tahun 3..ma kata,"x lama lagi exam kan,pastu cuti sebulan,pastu masuk sem.2,sekejap kan" pastu masuk tahun4,.......betul2..bila sudah kerja,..entah dpt stay kat rmh ke x..satu persatu anaknya keluar dari rumah,pegi belajar jauh2,pastu kerja pun jauh2..kesian mak ayah..pada ku,masa yg diluangkan bersama hanya sewaktu kecil ,masa sekolah rendah sahaja,bila dah naik sek.menengah ,ada yg masuk asrama ,balik waktu cuti panjang..
macam aku sendiri,bernasib baik kerana waktu sek.menengah belajar dinegeri9,f1 sampai f5,pastu mat3x penang, tapi masuk uni.kat kelantan ..so,masa diluangkan dirumah banyak...terubat sikit kerinduan adik2,n mak ayah...hehe..tapi sebenarnya,kuantiti masa yg diluangkan kat rumah x penting ,yg penting kualiti,..menurut ust.hasrizal...

hilang fokus 8333jdl;salxssa1@#$@#$%#$54m,mg,

Let the days pass as they will
Be content with Allah’s will.

Do not regret what this day’s cast,
For this world’s pains for sure won’t last.

Be a man against fears strong,
Be kind and loyal, all life long.

If in folk’s eyes your faults abound,
And you wish that they be gowned:

Then shelter seek beneath kind acts,
For kindness well all blame retracts.

From enemies hide your weakness
For gloating foes do bring distress.

From misers never seek favor:
In fire there is no water.

Patience won’t reduce income,
Nor fretfulness increase the sum.

Neither pain nor joy shall last,
Nor poverty, nor riches vast.

But if your heart is satisfied
Then you do own the whole world wide.

A man on whom his fate alights
No depths shall save, nor any heights.

Allah’s earth is wide, but know,
That destiny makes it narrow.

Face each day on even keel.
There’s no balm from death can heal.

[Imam al-Shafi`i]

Sunday, October 05, 2008

aidilfitri 1429H

ma,kak na,a.kamarul,ayoh,kakak(anak sedara) ,raya ke 3


aidilfitri 1428H
aidilfitri 1429H,kak na balik raya kedua..




Thursday, September 25, 2008

salam lebaran

disini,saya ingin ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada muslimin dan muslimat....

Wednesday, September 17, 2008

kilkenny,ireland
bestnya kalau time2 stress nie dpt melancong..hehe..^0^ ;) :).....

Monday, September 15, 2008

Ya ALLAH...

ya ALLAH..sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mendengar,Maha Kuat..
berikanlah kekuatan kpdku..
rasa mahu mengalir sahaja air mata ini..
kenapa diriku x cukup kuat macam org lain...

Dan bersabarlah kamu. Dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan Allah [Al-Nahl 16: 127]
Ya, sumber sabar adalah dengan Allah..

“Bila kau memandang segalanya,
dari Tuhanmu,yang menciptakan
segalanya ,yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan
keiginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,pasti akan
damailah hatimu kerana masakan Allah
sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu tapi mungkin itulah
yang Dia mahukan kerana Dia tahu
hati yang sebeginilah selalunya
lebih lunak dan
mudah untuk akrab dan dekat denganNya”

tarju annajah,
wa lam tasluk masakilaha,
inna ssafinah la tamsyi alal yabas..

Thursday, September 11, 2008

inspirasi..

abe pu kak na

assalamu'alaikum..
yesterday~4.25pm..my hp vibrated..zeze..

then,with lalok2,i answered...
sempat tgk kat screen--"pjbt kak na"
and i know it was my sis...
and said to her 'sorry ,i slept and luckily i heard that vibration ..p/s--itupun dah 5 miscalled..hehe..
i'm really seorg yg tido mati...x sedar ape dah ,klu dah tido..
then we borak2 ,she asked me about mny things~my study,home,license,handphone,works....and hari raya..
she's gonna balek raya at her hubby home..we call him abe kamarul...at perak..

pastu ,dia nasihat suruh belajar betul2,...her words made my tears running down from eyes.....and her sacrifice to family..we talked ~more than 15 minuites..
i'm the one with easily cry whnever got problemmes n when sumone advise me..it's automatically..same thing happen when my eldest bro.called and advise me n message kata smgt ..4 me..their advices like magic words that can make me have burning desire to study more n more...that the power of kasih sayang adik -beradik....act.i miss both of them..kak na,abe pu..my inspiration..an engineer and ustaz...;)

Monday, September 08, 2008

dakwah

DAKWAH INSIDE -OUT,BUKAN OUTSIDE -IN.

Dakwah inside out,
Dakwah harus datang dari dalam. Berdakwah kerana nilai yang dipegang di dalam diri. Nilai yang menjadi bahan bakar menyalakan api. Nilai itu yang perlu ada bagi seorang da’ie.bURning desire dari semangat memberi dgn kasih sayng.

Dakwah outside-in,
adalah dakwah kerana persekitaran. Kerana kawan. Malah kerana desakan kewajipan. Allah kata dakwah kena buat, Nabi peringatkan dakwah mesti buat.
Salahkah berdakwah kerana dakwah itu wajib?

Dakwah juga bukan untuk mengalih meja, atau membetul jalan raya. Dakwah ialah agenda mengubah manusia. Mengubah manusia, panjang ceritanya.

masa belajr masa msh boleh,atur masa,bila makin berusia kemungkinan dakwah diketepikan kerana makin byk tanggungjawab..

Kalau masih buat sekali pun, tiada burning desire, tiada ghairah dalam berdakwah. Kerana dakwah outside-in, adalah beban kepada diri.
sumber asal:http://saifulislam.com/?p=427
terima kasih ustaz.