Sunday, August 31, 2008

aah....byk nye keje...
x terhitung
kuiz pun byk..

Thursday, August 28, 2008

Ahlan Ya Ramadhan Kareem ^0^



Assalamu'alaikum..

kuharapkan ramadhan kali ini penuh makna...

Agar dapat kulalui Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
p/s: at dis momen,terdengar bunyi mercun kat kwsn kampg..umm...makin seronok la adik2 aku ngan sepupu sepapat kami maen mercun nanti..rindu suasana sambut ramadan ms sekolah rendah..akak n abang ada kat umah,,bukak puasa meriah kat umah....skrg masing2 duk jauh..my big sis da kawen..,nanti raye first pi raye kat umah hubby die..

Monday, August 25, 2008

tensen..

tapi x sampai pensel patah lagi,,,hehehe...
jadi..mari kerja kuat,,..pikir positif..

Friday, August 15, 2008

Thursday, August 14, 2008

Munajat Seorang Mujahid...


"WAHAI Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepada-Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan, dan berilah kami ketaatan kepada-Mu yang menyampaikan kami ke syurga-Mu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami.

"Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan batasan ilmu kami.

"Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."
"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat Jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.

"Wahai Tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada Engkau kami mohon pertolongan. Wahai Tuhan kami, Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. Wahai Tuhan, bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksa-Mu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat.

"Tiada tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri ,

"dan Kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,

"Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Wednesday, August 13, 2008

saat ini

Ku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Kuminta kupu-kupu, diberi ulat berbulu. Apabila aku sedih dan kecewa, namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masanya! Tuhan tidak akan memberi apa yang kita harapkan, tetapi dia akan memberi apa yang kita perlukan... Kadang-kadang kita sedih, kecewa, dan terluka, tetapi jauh di atas segalanya Dia mengatur yang TERBAIK dalam kehidupan kita!!!
allahumma yassir umuri...

Monday, August 11, 2008

6 Tips for Better Time Management, hasil nukilan John Casey.




1. Sediakan sebuah diari masa

Jujur dalam menyenaraikan semua aktiviti harian, dari waktu makan, waktu menonton tv kepada waktu tidur, catitkan semua agar proses perancangan dapat dilakukan dengan mudah.


2. Belajar untuk berkata "Tidak!"

Disiplinkan diri untuk menolak segala aktiviti yang bakal menganggu pengurusan masa, aktiviti yang dimaksudkan di sini ialah aktiviti yang boleh dielak dan boleh untuk tidak dilakukan. Fokuskan minda terhadap matlamat harian, matlamat yang perlu dicapai dan yang perlu dilaksanakan.

3. Sediakan senarai 'Apa yang perlu dilaksanakan'

Dalam bab ini, izinkan saya pula berkongsi. Cara yang saya aplikasikan dalam kehidupan seharian adalah dengan menyediakan buku nota kecil. Senaraikan apa yang perlu dilakukan pada hari tersebuat pada awal pagi, dan potong apa yang telah dilaksanakan. Diri akan akan termotivasi dengan sendirinya apabila melihat perkara-perkara yang telah dilaksanakan dipotong daripada senarai tersebut.


4. Biar teknologi membantumu

Teknologi masa kini banyak membantu pengurusan masa. Jika kalian mampu, cuba dapatkan perisian penjadualan persendirian yang dapat mengurangkan permasalahan dari segi pengurusan waktu.


5. Perlaksanaan secara serentak
Terdapat beberapa aktiviti yang dapat digabungkan agar masa dapat dijimatkan, seperti mendengar kepada buku melalui MP3. Namun kalian perlu bijak dalam menjalankannya, jangan pula menjawab telefon ketika sedang memandu yang bakal mengundang kepada kemalangan.



6. Jauhi sifat 'Perfectionist'
Tidak salah untuk menjadinya, namun harus diingatkan bahawa sikap ini juga bakal mengundang kepada kehilangan masa yang bernilai serta tekanan akibat diri yang terlalu teliti dalam setiap perkara.

Selesai sudah, namun harus diingatkan juga untuk terus menghargai setiap usaha yang telah dilaksanakan dengan membelikan hadiah kepada diri sendiri atas kejayaan dalam menghargai masa.

sebuah tips yg amat berguna dipetik dari iluvislam,,nk tulis sendiri,mungkin lain kali.

allahuma nawwir qalbi,thabbit qalbi 'ala deenik wa a'la tho'atik...
pabila terasa jauh dari TUHAN,rasa berdosa setiap masa,
rasa hina diri dengan nikmatNya,hati rasa kurang amal pada Nya..

Wednesday, August 06, 2008

Superior personality

Assalamu'alaikum..
Alhamdullilah 'ala kulli haal..
In the name of ALLAH,Most Graciou,Most Merciful,that create this world ,and every single thing in this dunya..and akhirah..eventually me..

Here are some steps on how to be a people with superior personality:
1)Keep smiling---this make people around u feel happy with u,even when u smile 2 sumone ,thy do not smile back 2 u,it's ok,coz u do it honestly,deep from ur heart,for example,a customer was angrily complaining about the bad service,but when u smile 2 them,at least they became a bit "cool"..
2)Do not tell the story about u too much 2 people around u(jgn berbobok,"bah kelate"--cerita psl diri sendiri)
For example>u have the dream of make very grand wedding ceremony,then u keep tell ur fren bla..bla..even u know that it is impossible for u to do that grand ceremony,and ur fren said"i think u have to think many times about ur dream coz it is outside your abilities.UNless u are very work hard to it.

so,let's do more action than talking.

3)Do first,then u can tell them..
If u want to do something,better if u do it first then u tell other people what u have done ,and the best is, people know about it without we tell them.And let join the jamaah solat.

"To have superior personality ,remind urself that there are lots of people more excellent than u"

Monday, August 04, 2008

sekadar coretan..


x tau kenapa selalu mengantuk dlm kelas...so lethargic...tido awl bgn lmbt...so bad...mohaini,,,kuatkan semangat!!!
p/s:gamba diats x de kena mengena..hehehe...cam nak tumbuk org je..

Monday, July 28, 2008

Tinggalkan jahil itu..


Assalamu'alaikum


Huh...sakit hati baca utusan,berita kat situ seolah2 syok sendiri....(it's all about politic nowdays)..

Ya ALLAH,engkau tunjukkanlah kepada masyarakat dan pemimpin bahawa yang benar itu benar,yang bathil itu bathil..Amin...
Rasulullah SAW berkata “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian,
beliau berkata kepada anaknya:“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara.
Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.
Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.
Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”
Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”
[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa’ wa as-Sifaat: 79]
diambil dari http://saifulislam.com/?p=1554

Wahai pemimpin,

Terimalah ISLAM sebagai cara hidupmu,

Jangan kau biarkan syaitan dan nafsu sebagai ikutanmu,

Jangan tamak dengan nikmat dan kuasa,

Jangan sesekali kau permainkan hukum Tuhan Yang Maha Menghukum,

Ingatlah bahawa amanah itu dihujungnya ada penyesalan...


Aku rindukan pemimpin yang adil dan bijaksana seperti Fateh,dan Umar Abdul Aziz..
Seeru 'ala barakatillah..
-From NewCastle with Luv

Tuesday, July 22, 2008

Oh,negeriku...


ini copy paste dari http://msaidhawwa.blogspot.com/:




Global Media Channel (2008) mengatakan bahawa di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).
Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).
Ianya terletak di Blok-Blok berikut,
Blok A18
Blok B17 & C19
PM3
Sub-Blok Ular
PM301 & PM302
PM303
PM311 & 312
Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntut hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.
APA YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN
Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.
Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.
Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari.
Ini beerti, kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

Perlu kita fahami bahawa taqwa merupakan salah satu sebab yang dapat mendatangkan rezeki dan menjadikannya terus bertambah. Konsep pembentukkan “Masyarakat Islam” yang diamalkan oleh kerajaan PAS di Kelantan telah menjadikan penulis bertambah yakin dengan firman Allah SWT dalam surah At-Thalaq ayat 2 hingga 3 :
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. "
Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bahwa beliau bersabda:
“Satu buah had (hudud) yang diterapkan di dunia ini, lebih baik daripada diturunkannya hujan selama 40 hari (subuh)”.
Mengenai konsep ketamadunan islam ini telah diperincikan pula oleh Ustaz Syed Qutb dalam bukunya Ma’alim Fit-Thariq bahawa “Masyarakat Islam” bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia yang menamakan diri mereka “MUSLIM” sedangkan syariat Islam tidak menjadi undang-undang masyarakat itu, walaupun mereka patuh bersembahyang, menunaikan rukun puasa dan naik haji ke Mekah. Bukan juga masyarakat Islam itu yang mereka rekabentukkan Islam untuk diri mereka sendiri, lain daripada yang telah diatur dan ditetapkan oleh Allah SWT dan telah diajar oleh Rasulullah SAW, dengan memakai nama “Islam liberal” atau “Islam progresif” [atau “Islam Hadhari” (bahasa arab) – pentj].
Sebagai kesimpulannya, rakyat Malaysia dan rakyat Kelantan khususnya mestilah berusaha sedaya upaya mendirikan serta mempertahankan kerajaan yang benar-benar jujur dalam mentaati perintah Allah SWT. Moga-moga nikmat-Nya yang melimpah ruah termasuk hasil-hasil bumi dapat dimaksimalkan potensinya bagi kepentingan rakyat dan negara. Bukan menjadi korban kepada “anjing-anjing liar” yang lapar lagi rakus itu..

Saturday, July 19, 2008

doa.

"Aku berlindung kepada ALLAH Yang Mulia sebagai Tuhanku,Daripada kelemahan dalam berusaha atau malas,kerendahan cita-cita,lemahnya tekad,hinanya tujuan ,buruknya tabiat dan longlainya jiwa"
tidak sempat untuk update,dan menulis panjang2,,^0^
p/s: aduh blood banking,,nape susah sgt nak pehe??

Saturday, July 12, 2008

update sikit

assalamua'laikum..
baru2 nie..saya sendiri berasa jelik dgn politik negara tercinta ini yang semakin hari semakin tercemar ,ditambah dengan media yang memutarbelitkan fakta.isu panas:
1)anwar's accused sodomy saiful bukhari--http://jie-mutiarahati.blogspot.com/2008/06/akuan-sahabat-saiful-bukhari.html
2)kes anak tahanan ISA yg nazak tapi,ayahnya hanya dibenarkan keluar 4 jam selepas anaknya itu telah meninggal dunia.bayangkan!----http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015663&Itemid=90
satu lagi kekejaman ISA.

ALHAMDULILLAH,tadi berpeluang dengar ceramah Ust .Hasrizal,Program Kem Motivasi u anak2 staf USMKK,tapi tumpang sekaki,bagus betul sebab awal2 sem.nie at least sempat la nak perbetulkan apa yg silap selama nie.Dan sempat jugak amik tandangan Ust.di buku "Aku Terima Nikahnya" yg dibeli diTerengganu,bulan lepas.---Erti Hidup Pada Memberi--

Monday, July 07, 2008

alhamdulillah-;)


semalam baru stat belajar untuk tahun 3,.

syukur kepada ALLAH SWT.

moga ALLAH merahmatiku,mudah kanlah urusan dunia dan akhiratku,terangkanlah hati ku..untuk menerima cahaya ilmu Mu,..

Monday, June 09, 2008

adeiii,minyAK nAEk lagi!!!



adeh..minyak naek lagik..

pening2 ..sian kat rakyat laa..pemimpin x pe la,diorg guna kete kerajaan,beli barang pun orang gaji,bkn diorang!!

sebelum 1990 - RM 0.89

Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)

01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)

20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)

01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)

31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)

01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)

01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)

01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)

31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)

28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78.)
UAE– RM1.19/litre

Eygpt– RM1.03/litre

Bahrain– RM0.87/litre

Qatar– RM0.68/litre

Kuwait– RM0.67/litre

Saudi Arabia– RM0.38/litre

Iran– RM0.35/litre

Nigeria– RM0.32/litre

Turkmenistan– RM0.25/litre

Venezuela– RM0.16/litre

MALAYSIA– RM2.70/litre

harga barang memang susah nak dibendung kenaikan,,sian rakyat yg wpun x de kete..

Wednesday, June 04, 2008



Hujan kau ingatkan aku

Tentang satu rindu

Di masa yang lalu saat mimpi

Masih indah bersamamu

Terbayang satu wajah

Penuh cinta penuh kasih

Terbayang satu wajah

Penuh dengan kehangatan kau ibu...oh ibu

Allah, ijinkanlah aku bahagiakan dia

Meski dia t'lah jauh biarkanlah aku

Berarti untuk dirinya

Oh...ibu...oh..ibu...kau ibu

Thursday, May 29, 2008

ayat untuk hari ini~,mari berkata2 dgn perkataan yg baik

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.(24)

Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).(25)

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.(26)
surah Ibrahim

akhir2 ini,saya memberontak,betul la teguran sahabat saya,saya memberontak!!!
mencari2 identiti diri,kdg2 cakap dengan perkataan x elok didgr......
hihi..
saya suka mencari bukti yang hakiki..ayat ALQURAN atau hadis..
diatas ialah,ayat AQ yang larang ucap perkataan yang x baik.

Tuesday, May 27, 2008

la tahzan,,,innallaha ma' ssobirin...


Ya Tuhan,hambaMu ini redha..................







Monday, May 26, 2008

cinta~jangan layan,tapi lawan pun jangan


nie adalah head entri ust .hasrizal,tapi x pe,sekadar mahu juga meluahkan sesuatu.kalau masuk bab2 cinta mesti mata yang ngantuk pun terus tak ngantuk,jantung yang berdenyut secara normal akan tiba2 berdegup kencang bila nama orang yang disukai disebut.x gitu?normal la,saya pun pernah rasa,dan akan rasa lagi ,sebab ini fitrah,.


ye..ini fitrah ,tapi kalau fitrah ini dijadikan alasan untuk menjadi hamba kepada nafsu semata,apa jadi?jadilah kita manusia yang x bersyukur dengan nikmat ALLAH,salah guna nikmat,Allah dah kata jangan dekati zina,tapi buat2 x igt,,

saya bagi contoh,kalau kita lawan cinta masa disekolah,memang habis2 an lawan,tapi masa masuk universiti nanti,tiba2 meletup,masa tue la kita akan layan cinta ,sepatutnya kawal la perasaan tue ..


luahan hati----orang akan menilai orang lain melalui penampilan,betul tue,tapi kadang2 aku rasa aku nie teruk betul,perangai x serupa penampilan,tapi aku lebih selesa dengan penampilan camni......ada orang kata"ingatkan baik,peramah,sopan,cakap pun lembut je",hahaha,itu bukanlah aku,tapi,hakikatnya aku cuba untuk menjadi baik,,mungkin penampilAN ini adalah disebabkan pernah bersekolah agama dulu...kalau orang kata kita pendiam,lagila makin pendiam aku nih,tapi,aku x salahkan diorang,sebab aku lebih suka luahkan sesuatu dengan tulis kat mana2,when i explain sumthing,vey simple,i'll answer them..huhu..but i hope this amal blessed by ALLAH SWT.


tak dikatakan manusia ,jika dia tak lupa,

dan tak dikatakan hati,jika ia tidak berubah,

ya muqallibal qulub,thabbit qalbi 'ala dinika.....

22 laman web,blog disiasat

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm
blog pun government risau,zaman sekarang ni,maruah tue penting tul,senang je,buat benda yang orang tak suka wpun betul akan dikenakan tindakan ,samada nak repot polis,nak saman la,dsb..
contoh:
--kes karpal singh ,ada org umno repot polis,
--najib razak (kalau x silap)suh dr.mahathir ngan pak lah ngadap agung,tapi mahathir kata ,x yah,sebab tue masalah umno sendiri..