Monday, January 19, 2009

Wahabi?apa isu sebenarnya.

assalamualaikum..
dalam sibuk2 nak wat lab repot,saya plak sebok2 bk internet,cari pasal isu khilaf,bidaah,wahabi,protajdid..ini la padahnya,belajar x masuk ikut pintu depan,lompat2...diri sendiri dah mula konfius..
disini,saya nak nasihatkan agar rakan2 sekalian,berhati2 dengan apa2 yang didengari,atau dibaca khususnya sesuatu yang baru dan tak pernah dEngar sebelum nie.sekarang nie ada macam2 fahaman,jadi sila berhati2,tanya balik ustaz atau ustazah.saya bagitau macam nie,atas dasar pengalaman,saya suka baca satu majalah yang agak popular kat Malaysia nie.majalah agama. benda baru sy x pernah dengar dan dia kata buat sesuatu amalan tu,dikira bidaaah sebab Rasulullah x pernah buat.saya pun ikut je la.duk fikir jugak,abis tue,selama nie duk amal ,camana.mak ayah buat,adik beradik.Balik rumah ,saya menyebarkan kat adik beradik ,kata itu bidaah,ini bidaah.dah la saya nie ketegaq/degil.tapi abang saya ustaz relax je.dia kata boleh je buat.(dia graduan al-azhar,hehe..skrg ni sya percaya kat grad dr mesir esp., spt yg dpt dr moderator forum iluvislam-aljoofre,al-amin,bkn yg lain x percaya,tp diorg kan "ahli").alhamdulillah,saya diberi peluang g pondok sekejap,macam2 benda belajar. faham sikit2 ,tapi,byk manalah ilmu sya nak dibandingkan dengan mereka yg paham..negative infiinity rasanya.skrg nie dah banyak kesedaran islam,,student ipta atau ipts(terutama aliran sains) berusaha nak cari ilmu agama.saya nasihatkan jangan mudah menghukum ustaz (kata ajaran mereka salah)dan hanya pandang pada org yang ada jawatan (PHD),x semestinya yg PHD tu betul.hukum nie ada metodologi nak keluarkan,bukan amik sebijik2 dari AQ dan hadis.

diambil dari iluvislam ,bahayanya WAHABI..(author:anak pejuang:http://jarumemas.blogspot.com)
wahabi adalah gelaran yang diberikan kepada mereka yang mengikut faham Muhammad bin Abdul Wahab - (ceritanya amat panjang dan ada mempunyai pro dan kontra yang akhirnya - bagi saya, sejarah beliau ini amat kabur).Pandangan yang pro dan kontra dengan wahhabi.

Jika yang pro - ada yang menyatakan sampai ke peringkat mujaddid kerana beliau ini membersihkan dan memurnikan tauhid dari khurafat dan bid'ah.Manakala yang kontra dengan beliau ini - sehinggakan ada di dalam kitab yang beliau tulis sendiri yang bermasalah dari sudut akidahnya, serta banyak diradd oleh ulamak silam yang lain.Serta sejarahnya boleh dikaitkan dengan usahasama dengan britain untuk menyebarkan fahamnya dengan bani saud. Sisi gelap wahabi banyak juga dilihat melalui pengusiran keluarga rasuluLlah, antara yang pernah diusir prof dr syed muhammad alawi maliki alhasani. Yang ini jika dilakukan pembongkaran ceritanya - sadis juga.

Pengalaman Semasa Belajar Usuluddin Mengenai Wahabi ,Dahulu - apa yang diajar oleh ustaz saya (lepasan usuluddin di al azhar). Wahabi pernah menjatuhkan hukum minum kopi pun sudah menjadi haram, dan kini nampaknya fatwa tersebut samada berkumandang lagi atau tidak, entahla..
Wahabi di Arab Saudi - antara usaha mereka adalah ingin memindahkan kubur Nabi Muhammad dari Masjid an Nabawi - ini mendapat tentangan dari umat Islam dan ulamak dan akhirnya mereka tidak jadi berbuat demikian. Mereka juga memusnahkan beberapa tempat peninggalan sejarah Islam atas alasan boleh membawa syirik dan sebagainya (sedangkan ia boleh sahaja diselesaikan dengan cara yang lebih baik tanpa perlu memusnahkan kesan sejarah yang amat berharga tersebut).

Wahabi kini - antara ciri-cirinya; adalah amat mudah menghukum kepada umat Islam serta khilaf (perbezaan pendapat) para ulamak, serta mentahzir ulamar dengan gelaran sesat, terkeluar dari i'tiqad ahlu sunnah wal jama'ah.Contoh yang boleh dilihat mereka mengatakan perbuatan di bawah adalah sesat sedangkan semuanya ada hujjah dari al Quran dan hadith:
1. Amalan maulid rosul2.
Doa qunut
3. Doa secara jahr
4. Berzikir beramai-ramai
5. Pengajian sifat 20
6. Talqin dan tahlil
7. Bersalaman selepas solat
8. Menyapu muka selepas solat
9. Ucapan Sayyidina kepada Nabi Muhammad
10. Bersedekah bacaan Al Quran kepada jenazah
11. Dan banyak lagi..Hukuman yang senang bermain di bibir mereka adalah bid'ah sesat tanpa menyelidik terlebih dahulu. Ramai Ulamak yang membantah dan mengkritik fahaman wahabi ini serta satu tindakan telah diambil bagi mengekang penyebaran fahaman yang merbahaya ini seperti di Johor, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan : Antaranya ulama yang menentang contohnya :
1. Mufti Johor – Datuk Noh Gadut
2. Kiyai Sirajuddin Abbas
3. Al-Marhum Tuan Guru Hj Abdullah
4. Said Ramadhan al Buthi
5. Tuan Guru Pok cik Din al-Kelantany
6. Al Marhum Tuan Guru Ustaz Amer alKelantany
7. Allah Yarham Al’Allamah Dato’ Sayyid ‘Alawiy Bin Thahir – Bekas Mufti Johor
8. Bekas Mufti Sabah Said Hj Ibrahim
9. Syiekh Muhammad Ali Khathib Minangkabau,
10. Sheikh Nuruddin al Banjari
11. Muhaddithin Siddiq al Ghumary
12. Dr Abdul Malik Rahman As Sa’adi
13. Sheikh Ahmad bin Syed Zaini Dahlan – Mufti Makkah – tetapi dibenci oleh wahabi kerana beliau menerangkan tentag bahaya fahaman wahabi ini.
14. Asy-Syiekh al Muhaddits Abdullah al Ghammari al Maghribi
15. Ramai lagi ulamak yang menentang wahabi ini kerana fahamannya yang mudah menyesatkan umat Islam yang lain. Dan jika disenaraikan ada lebih 100 ulamak terdahulu.
Bahaya mereka (golongan Wahabi) yang paling ketara adalah dengan menghukumkan jemaah Islam yang lain sebagai sesat seperti yang dihukum kepada ikhwanul muslimin dan tabligh, bahkan kepada sufi dan tarekat ada yang mengatakan ia adalah sesat secara total. Manakala ulamak muktabar yang dihukum oleh mereka terkeluar dari aqidah ahlu sunnah wal jama’ah ialah Imam Izzuddin bin Abdissalam, Imam Ibnu Hajar al Asqolani, Imam An Nawawi. Sehinggakan penulis buku Aidh al Qarny serta Prof Dr Yusof al Qardhawy juga telah dihukum sesat. Mereka juga ingin membawa kepada umat Islam agar tidak perlu mengikut mazhab, ambil sahaja pendapat yang sahih dan kuat. Malangnya – dari fikrah begini hanya menjadikan orang awam menjadi semakin bercelaru, tiada disiplin ilmu yang diterapkan. Ada yang kata buang sahaja hadith lain dan ambil sahaja al Quran dan Hadith sahih , sedangkan ulamak mujtahid sendiri ada yang mengambil hadith dhoief sebagai hujjah selain dari qiyas.

setakat ini dulu,saya mahu siapkan lab report..masyaALLAH,betapa kerdilnya diri ini...banyak lagi perkara perlu diteliti,saya baca sepintas lalu je..x sempat ,nak kena faham lagi,kena ada guru nie,aduh,pening jugak,saya bukan ahlinya,moga Allah mudahkan saya dalam mempelajarinya.dan sila belajar dengan "ahli",bukan budak sains,bukan x boleh,bukan memisahkan ,tapi "ahli" itu belajar beradab-(masuk melalui pintu),ilmu saya masih infiniti negatif.

perbezaan pendapat bukan diperbalahkan ,tapi berlapang dada satu sama lain,ni adalah untuk khilaf ye,bukan masalah wahabi.sekian...Ya ALLAH,jadikanlah aku sebagai hambamu yang taat dlm mengerjakan perintah MU.insyaAllah,bersambung lagi..

Wednesday, January 07, 2009

berblog kembali,,,......

assalamu'alaikum buat sesiapa sahaja yang membaca sekarang,.(ade kew)..harap2 ada..
(*_*)..

sudah masuk tahun baru 2009 dan 1430 H,umur pun dah mencecah 21 tahun pd tanggal 28 dis yang lepas.sebenarnya amalan sambut besday x biasa kami amalkan dlm famili,tapi kalau ada org bg hadiah,terima jelah.tapi adik bongsu saya yg beria2 nak sambut besday dia,ma pun ikutkan jelah,anak bongsu katakan,nakal2 pun kami layan gak,,haha...jadi kesayangan kakak 2 ngan abang2 dia...ade je kami belikan baju la,itu ini,tapi baju la slalu beli,kalau pi mana2,mesti beli baju untuk dia ,sebab dia kecik,jad murah la,save...hehe..
update :
1)isu zionis dan kedegilannya x habis2 menyerang palestin,..korang baca la kat website ,paper,radio ,semua tgh duk siarkan berita pasal nie.utusan yg kdg2 isu muka dpn x bape sya suka,akhir2 nie banyak siarkan pasal zionis laknatullah angkuh,sombong,jahat,x sedar diri menumpang kat tnah orang...dan sekutunya,,.OIC dan pemimpin Islam,negara Islam mane???..hatta saya rasa pemimpin fatah pun dah belot,sedarlah,kamu pun org islam,jgn tunduk pada kafir amerika tuh!pemimpin arab pun satu hal..dah macam2 msyarakat dunia buat,...bila tengok paper,gambar menyanyat hati semua...syahid dibawah runtuhan rumah,nampak kepala je..harap sangat2 semua remaja islam kat luar sedar penderitaan umat islam,dan insaf la...stop buat perkara x berfaedah,lagha2 tuh.


اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,Goncangkan pendirian mereka,Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada merekaWahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Dan menangkan kami ke atas mereka.Amien….
"selamatkan pejuang hamas dan penduduk palestin,Ya ALLAH"

2)pilihanraya KT
doakan kemenangan Islam pada 17 jan ni.

3)tepati janji pada diri sendiri
pernah x anda semua membuat azam,dan perjanjian dengan diri sendiri
ok,contohnya:
-sem nie x tak balik rumah tiap2 minggu,tup2 bila tiba waktunya anda x tepati janji itu
-x nak datang kelas lambat dah
-x nak minat2 org dah,penat otak ...(aku insan biasa)..hehe..
-nak jadi orang rajin sedunia...
tiba2 anda x tepati,iman x cukup kuat nak bermujahadah melawan nafsu,next time dah x tak nak buat apa2 janji pada diri sendiri,sebab dah tau ,x mungkin ditepati....lepas tu ikut je ape nak buat,..maknanya kita dah hilang keyakinan dengan diri kita sendiri,kita dah hilang kawalan diri..oh,inikah sikapku,,dah masuk umur 22(ikut tahun2009),x matang langsung.ok,disini dititipkan camna nak tepati janji dengan diri sendiri:
-berjanji dalam batas kemampuan dan kebolehan ,erti kata lain ialah realistik,maknanya yang semampu mungkin.
-dahulukan janji terhadap perkara 2 yang penting dahulu,janji dengan Allah,taati Allah,insyaAllah perkara lain akan seiring dengan nya secara automatik.
-jangan frust ye,kalau janji tidak dikota,dengan syarat dah mencuba deh...cuba dulu 300kali....him nae ja....jujur pada diri,muhasabah diri dengan jujur,perbaiki diri dengan pertolongan ALLAH.
4)MPI ke-11-alhamdulillah,minggu penghayatan islam program paling panjang kat kampus ni.macam ada didlmnya.kali nie ,ia menampilkan orang famous,seperti Pahrol Juoi-ceramah hiburan dlam islam,Fadzilah Kamsah,Kumpulan Raihan.Tahun lepas ,batch kami yang handle,huh,semangat berkobar2.sy jd ajk x kurang bertauliah menghandle bab nikah kawin..hehe...Tajuk forum bicara ad-din (esok,Khamis kul 8.30 malam)pun macam best,"salahkah aku bercinta"menarik2,bercinta boleh jadi dgn sape atau ape,harap sangat segala persoalan akan terungkai,jom!masyarakat kampus hadiri forum ni,luangkan masa mu untuk hadiri majlis ilmu.hati kita akan mati kalau x hadiri majlis ilmu 40 hari,bila hati dah mati,buat dosa pun x rasa apa2.astaghfirullahal azim..
tinggal berapa program ade dalam MPI nie,cepatnya masa berlalu,forum bicara ad-din,larian palestin,ceramah pasal palestin,kursus kepimpinan dinamik,konsert raihan,sukaneka,penutup.masa jadi student ni la nak join benda2 gini,nanti kat luar susah ,bayaran mahal,kekangan masa dan kerja.

selamat berusaha buat anda yang sedang membaca,
seeru 'ala barakatillah.
Allah berfirman: Wahai Tuhan kami!jgnlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami,dan kurniakanlah kami limpah rahmat dari sisi Mu.Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang melimpah ruah pemberianNya"-Ali-'Imran:8-

dan terimalah lirik nasyid ditulis Pahrol Juoi,munsyid in -team,tajuk:ku serah cinta..best lirik nya...ya Allah,kuserahkan cintaku bukan lagi pada manusia,..hayatinya..
Ku Serah Cinta
Album : In-Team'04Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini