Thursday, August 14, 2008

Munajat Seorang Mujahid...


"WAHAI Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepada-Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan, dan berilah kami ketaatan kepada-Mu yang menyampaikan kami ke syurga-Mu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami.

"Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan batasan ilmu kami.

"Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."
"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat Jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.

"Wahai Tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada Engkau kami mohon pertolongan. Wahai Tuhan kami, Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. Wahai Tuhan, bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksa-Mu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat.

"Tiada tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri ,

"dan Kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,

"Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Wednesday, August 13, 2008

saat ini

Ku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Kuminta kupu-kupu, diberi ulat berbulu. Apabila aku sedih dan kecewa, namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masanya! Tuhan tidak akan memberi apa yang kita harapkan, tetapi dia akan memberi apa yang kita perlukan... Kadang-kadang kita sedih, kecewa, dan terluka, tetapi jauh di atas segalanya Dia mengatur yang TERBAIK dalam kehidupan kita!!!
allahumma yassir umuri...

Monday, August 11, 2008

6 Tips for Better Time Management, hasil nukilan John Casey.




1. Sediakan sebuah diari masa

Jujur dalam menyenaraikan semua aktiviti harian, dari waktu makan, waktu menonton tv kepada waktu tidur, catitkan semua agar proses perancangan dapat dilakukan dengan mudah.


2. Belajar untuk berkata "Tidak!"

Disiplinkan diri untuk menolak segala aktiviti yang bakal menganggu pengurusan masa, aktiviti yang dimaksudkan di sini ialah aktiviti yang boleh dielak dan boleh untuk tidak dilakukan. Fokuskan minda terhadap matlamat harian, matlamat yang perlu dicapai dan yang perlu dilaksanakan.

3. Sediakan senarai 'Apa yang perlu dilaksanakan'

Dalam bab ini, izinkan saya pula berkongsi. Cara yang saya aplikasikan dalam kehidupan seharian adalah dengan menyediakan buku nota kecil. Senaraikan apa yang perlu dilakukan pada hari tersebuat pada awal pagi, dan potong apa yang telah dilaksanakan. Diri akan akan termotivasi dengan sendirinya apabila melihat perkara-perkara yang telah dilaksanakan dipotong daripada senarai tersebut.


4. Biar teknologi membantumu

Teknologi masa kini banyak membantu pengurusan masa. Jika kalian mampu, cuba dapatkan perisian penjadualan persendirian yang dapat mengurangkan permasalahan dari segi pengurusan waktu.


5. Perlaksanaan secara serentak
Terdapat beberapa aktiviti yang dapat digabungkan agar masa dapat dijimatkan, seperti mendengar kepada buku melalui MP3. Namun kalian perlu bijak dalam menjalankannya, jangan pula menjawab telefon ketika sedang memandu yang bakal mengundang kepada kemalangan.



6. Jauhi sifat 'Perfectionist'
Tidak salah untuk menjadinya, namun harus diingatkan bahawa sikap ini juga bakal mengundang kepada kehilangan masa yang bernilai serta tekanan akibat diri yang terlalu teliti dalam setiap perkara.

Selesai sudah, namun harus diingatkan juga untuk terus menghargai setiap usaha yang telah dilaksanakan dengan membelikan hadiah kepada diri sendiri atas kejayaan dalam menghargai masa.

sebuah tips yg amat berguna dipetik dari iluvislam,,nk tulis sendiri,mungkin lain kali.

allahuma nawwir qalbi,thabbit qalbi 'ala deenik wa a'la tho'atik...
pabila terasa jauh dari TUHAN,rasa berdosa setiap masa,
rasa hina diri dengan nikmatNya,hati rasa kurang amal pada Nya..

Wednesday, August 06, 2008

Superior personality

Assalamu'alaikum..
Alhamdullilah 'ala kulli haal..
In the name of ALLAH,Most Graciou,Most Merciful,that create this world ,and every single thing in this dunya..and akhirah..eventually me..

Here are some steps on how to be a people with superior personality:
1)Keep smiling---this make people around u feel happy with u,even when u smile 2 sumone ,thy do not smile back 2 u,it's ok,coz u do it honestly,deep from ur heart,for example,a customer was angrily complaining about the bad service,but when u smile 2 them,at least they became a bit "cool"..
2)Do not tell the story about u too much 2 people around u(jgn berbobok,"bah kelate"--cerita psl diri sendiri)
For example>u have the dream of make very grand wedding ceremony,then u keep tell ur fren bla..bla..even u know that it is impossible for u to do that grand ceremony,and ur fren said"i think u have to think many times about ur dream coz it is outside your abilities.UNless u are very work hard to it.

so,let's do more action than talking.

3)Do first,then u can tell them..
If u want to do something,better if u do it first then u tell other people what u have done ,and the best is, people know about it without we tell them.And let join the jamaah solat.

"To have superior personality ,remind urself that there are lots of people more excellent than u"

Monday, August 04, 2008

sekadar coretan..


x tau kenapa selalu mengantuk dlm kelas...so lethargic...tido awl bgn lmbt...so bad...mohaini,,,kuatkan semangat!!!
p/s:gamba diats x de kena mengena..hehehe...cam nak tumbuk org je..

Monday, July 28, 2008

Tinggalkan jahil itu..


Assalamu'alaikum


Huh...sakit hati baca utusan,berita kat situ seolah2 syok sendiri....(it's all about politic nowdays)..

Ya ALLAH,engkau tunjukkanlah kepada masyarakat dan pemimpin bahawa yang benar itu benar,yang bathil itu bathil..Amin...
Rasulullah SAW berkata “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian,
beliau berkata kepada anaknya:“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara.
Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.
Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.
Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”
Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”
Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”
[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa’ wa as-Sifaat: 79]
diambil dari http://saifulislam.com/?p=1554

Wahai pemimpin,

Terimalah ISLAM sebagai cara hidupmu,

Jangan kau biarkan syaitan dan nafsu sebagai ikutanmu,

Jangan tamak dengan nikmat dan kuasa,

Jangan sesekali kau permainkan hukum Tuhan Yang Maha Menghukum,

Ingatlah bahawa amanah itu dihujungnya ada penyesalan...


Aku rindukan pemimpin yang adil dan bijaksana seperti Fateh,dan Umar Abdul Aziz..
Seeru 'ala barakatillah..
-From NewCastle with Luv

Tuesday, July 22, 2008

Oh,negeriku...


ini copy paste dari http://msaidhawwa.blogspot.com/:




Global Media Channel (2008) mengatakan bahawa di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).
Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).
Ianya terletak di Blok-Blok berikut,
Blok A18
Blok B17 & C19
PM3
Sub-Blok Ular
PM301 & PM302
PM303
PM311 & 312
Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntut hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.
APA YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN
Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.
Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.
Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari.
Ini beerti, kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

Perlu kita fahami bahawa taqwa merupakan salah satu sebab yang dapat mendatangkan rezeki dan menjadikannya terus bertambah. Konsep pembentukkan “Masyarakat Islam” yang diamalkan oleh kerajaan PAS di Kelantan telah menjadikan penulis bertambah yakin dengan firman Allah SWT dalam surah At-Thalaq ayat 2 hingga 3 :
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. "
Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bahwa beliau bersabda:
“Satu buah had (hudud) yang diterapkan di dunia ini, lebih baik daripada diturunkannya hujan selama 40 hari (subuh)”.
Mengenai konsep ketamadunan islam ini telah diperincikan pula oleh Ustaz Syed Qutb dalam bukunya Ma’alim Fit-Thariq bahawa “Masyarakat Islam” bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia yang menamakan diri mereka “MUSLIM” sedangkan syariat Islam tidak menjadi undang-undang masyarakat itu, walaupun mereka patuh bersembahyang, menunaikan rukun puasa dan naik haji ke Mekah. Bukan juga masyarakat Islam itu yang mereka rekabentukkan Islam untuk diri mereka sendiri, lain daripada yang telah diatur dan ditetapkan oleh Allah SWT dan telah diajar oleh Rasulullah SAW, dengan memakai nama “Islam liberal” atau “Islam progresif” [atau “Islam Hadhari” (bahasa arab) – pentj].
Sebagai kesimpulannya, rakyat Malaysia dan rakyat Kelantan khususnya mestilah berusaha sedaya upaya mendirikan serta mempertahankan kerajaan yang benar-benar jujur dalam mentaati perintah Allah SWT. Moga-moga nikmat-Nya yang melimpah ruah termasuk hasil-hasil bumi dapat dimaksimalkan potensinya bagi kepentingan rakyat dan negara. Bukan menjadi korban kepada “anjing-anjing liar” yang lapar lagi rakus itu..

Saturday, July 19, 2008

doa.

"Aku berlindung kepada ALLAH Yang Mulia sebagai Tuhanku,Daripada kelemahan dalam berusaha atau malas,kerendahan cita-cita,lemahnya tekad,hinanya tujuan ,buruknya tabiat dan longlainya jiwa"
tidak sempat untuk update,dan menulis panjang2,,^0^
p/s: aduh blood banking,,nape susah sgt nak pehe??

Saturday, July 12, 2008

update sikit

assalamua'laikum..
baru2 nie..saya sendiri berasa jelik dgn politik negara tercinta ini yang semakin hari semakin tercemar ,ditambah dengan media yang memutarbelitkan fakta.isu panas:
1)anwar's accused sodomy saiful bukhari--http://jie-mutiarahati.blogspot.com/2008/06/akuan-sahabat-saiful-bukhari.html
2)kes anak tahanan ISA yg nazak tapi,ayahnya hanya dibenarkan keluar 4 jam selepas anaknya itu telah meninggal dunia.bayangkan!----http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015663&Itemid=90
satu lagi kekejaman ISA.

ALHAMDULILLAH,tadi berpeluang dengar ceramah Ust .Hasrizal,Program Kem Motivasi u anak2 staf USMKK,tapi tumpang sekaki,bagus betul sebab awal2 sem.nie at least sempat la nak perbetulkan apa yg silap selama nie.Dan sempat jugak amik tandangan Ust.di buku "Aku Terima Nikahnya" yg dibeli diTerengganu,bulan lepas.---Erti Hidup Pada Memberi--

Monday, July 07, 2008

alhamdulillah-;)


semalam baru stat belajar untuk tahun 3,.

syukur kepada ALLAH SWT.

moga ALLAH merahmatiku,mudah kanlah urusan dunia dan akhiratku,terangkanlah hati ku..untuk menerima cahaya ilmu Mu,..

Monday, June 09, 2008

adeiii,minyAK nAEk lagi!!!



adeh..minyak naek lagik..

pening2 ..sian kat rakyat laa..pemimpin x pe la,diorg guna kete kerajaan,beli barang pun orang gaji,bkn diorang!!

sebelum 1990 - RM 0.89

Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)

01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)

20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)

01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)

31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)

01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)

01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)

01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)

31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)

28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78.)
UAE– RM1.19/litre

Eygpt– RM1.03/litre

Bahrain– RM0.87/litre

Qatar– RM0.68/litre

Kuwait– RM0.67/litre

Saudi Arabia– RM0.38/litre

Iran– RM0.35/litre

Nigeria– RM0.32/litre

Turkmenistan– RM0.25/litre

Venezuela– RM0.16/litre

MALAYSIA– RM2.70/litre

harga barang memang susah nak dibendung kenaikan,,sian rakyat yg wpun x de kete..

Wednesday, June 04, 2008



Hujan kau ingatkan aku

Tentang satu rindu

Di masa yang lalu saat mimpi

Masih indah bersamamu

Terbayang satu wajah

Penuh cinta penuh kasih

Terbayang satu wajah

Penuh dengan kehangatan kau ibu...oh ibu

Allah, ijinkanlah aku bahagiakan dia

Meski dia t'lah jauh biarkanlah aku

Berarti untuk dirinya

Oh...ibu...oh..ibu...kau ibu

Thursday, May 29, 2008

ayat untuk hari ini~,mari berkata2 dgn perkataan yg baik

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.(24)

Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).(25)

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.(26)
surah Ibrahim

akhir2 ini,saya memberontak,betul la teguran sahabat saya,saya memberontak!!!
mencari2 identiti diri,kdg2 cakap dengan perkataan x elok didgr......
hihi..
saya suka mencari bukti yang hakiki..ayat ALQURAN atau hadis..
diatas ialah,ayat AQ yang larang ucap perkataan yang x baik.

Tuesday, May 27, 2008

la tahzan,,,innallaha ma' ssobirin...


Ya Tuhan,hambaMu ini redha..................







Monday, May 26, 2008

cinta~jangan layan,tapi lawan pun jangan


nie adalah head entri ust .hasrizal,tapi x pe,sekadar mahu juga meluahkan sesuatu.kalau masuk bab2 cinta mesti mata yang ngantuk pun terus tak ngantuk,jantung yang berdenyut secara normal akan tiba2 berdegup kencang bila nama orang yang disukai disebut.x gitu?normal la,saya pun pernah rasa,dan akan rasa lagi ,sebab ini fitrah,.


ye..ini fitrah ,tapi kalau fitrah ini dijadikan alasan untuk menjadi hamba kepada nafsu semata,apa jadi?jadilah kita manusia yang x bersyukur dengan nikmat ALLAH,salah guna nikmat,Allah dah kata jangan dekati zina,tapi buat2 x igt,,

saya bagi contoh,kalau kita lawan cinta masa disekolah,memang habis2 an lawan,tapi masa masuk universiti nanti,tiba2 meletup,masa tue la kita akan layan cinta ,sepatutnya kawal la perasaan tue ..


luahan hati----orang akan menilai orang lain melalui penampilan,betul tue,tapi kadang2 aku rasa aku nie teruk betul,perangai x serupa penampilan,tapi aku lebih selesa dengan penampilan camni......ada orang kata"ingatkan baik,peramah,sopan,cakap pun lembut je",hahaha,itu bukanlah aku,tapi,hakikatnya aku cuba untuk menjadi baik,,mungkin penampilAN ini adalah disebabkan pernah bersekolah agama dulu...kalau orang kata kita pendiam,lagila makin pendiam aku nih,tapi,aku x salahkan diorang,sebab aku lebih suka luahkan sesuatu dengan tulis kat mana2,when i explain sumthing,vey simple,i'll answer them..huhu..but i hope this amal blessed by ALLAH SWT.


tak dikatakan manusia ,jika dia tak lupa,

dan tak dikatakan hati,jika ia tidak berubah,

ya muqallibal qulub,thabbit qalbi 'ala dinika.....

22 laman web,blog disiasat

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm
blog pun government risau,zaman sekarang ni,maruah tue penting tul,senang je,buat benda yang orang tak suka wpun betul akan dikenakan tindakan ,samada nak repot polis,nak saman la,dsb..
contoh:
--kes karpal singh ,ada org umno repot polis,
--najib razak (kalau x silap)suh dr.mahathir ngan pak lah ngadap agung,tapi mahathir kata ,x yah,sebab tue masalah umno sendiri..

Thursday, May 15, 2008

krisis makanan,al-quran telah bagi peringatan



nie dipetik dari harakahdaily.net


Krisis bekalan makanan, al-Quran telah beri peringatan
Azamin Amin Thu May 08, 08 9:30:06 am MYT
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.


Al-Quran telah memberi peringatan daan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.
Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."


Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.
Al-Baqarah- ayat 156:"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".


Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencaa supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.
"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."
"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)
"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48)


Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23.
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-hadid ayat 22)
"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."(surah al-hadid ayat 23)


Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.


Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:
"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

"Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."


Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Sunday, May 04, 2008

cuti semester ,nak masuk tahun 3 dah...

assalamua'laikum..
skrg berada d cc..cuti dah stat.akn ke (Pusat penyu dan ekosistem marin)TUMEC ,terengganu,bljr pasal penyu cuti nie..i think i 'll miss home very much.
YA ALLAH,permudahkanlah urusan dunia dan akhiratku...

Monday, April 21, 2008

luahan rasa

bismillahirrahmanirrahim,.
assalamua'laikum.

insya allah hari kamis nie hari terakhir imtihan.
rasa bosan menguasai diri.sebab x de benda nak wat.baca notes untuk oral health,lps asar tak bace dah...malam smalm gi bilik kwn tnye die ade novel best x?naseb baik ade novel best,huhu,dah la die ade exam esoknye..kacau betul aku nih..hehe....




kelas 5 az-zarqali 2004

nama samaran,dari kiri(ats skali):batin,anuar faiz,jabbar,ayam,hakim,matpeng,quyyum,ka,zayid

2nd line-azrul,khair,zizi,wahid,ain,qis,uzair,akalil,pirdaus

3rd-jaon,wan,fiza,alin,ita,yana,husna,wani rahmat,yana

4th-solehah,fiza,mhaini.

kerana ilmu kita bertemu,

kerana perkenalan ukhuwah terjalin,

kerana cita-cita perpisahan terjadi,dan kerana persahabatan lillahi ia akan berkekalan dan diredhaiNYA.

menggamit memori lalu,sekolah vs universiti-

6 pagi -sekolah-peratusan dah bangun pagi agak tinggi,selalunya akn bangun awal wak2 mula2 buka cuti mungkin sebab hmesick dan x penat,semgt untuk berubah masih menebal,solat subuh wajib jemaah.selalu x ngantuk(fresh) pas2 bleh bace aq atau al-ma'thurat..

universiti-peratusan menurun dengan mendadak,liat benor nak bangun wpun kat sek guna jam loceng je..tp boleh bangun,kat uni. guna henpon,asal alarm bunyi tekan ,pastu tido balik.susahnye nak bgn awal,g masjid..lps solat tido balik..



7 pagi-sekolah-sarapan kat dewan makan(dm),pastu g perhimpunan pagi,bdk f5 slalu lmbt sebab khusyuk studi wpun klas dkt ngan dataran..hehe
universiti-sarapan lagi lambat,kdg2 x sempat .kadang2,pegi lecture 5 minit sblm klas stat ..



waktu rehat-sekolah-gi dm atau kantin atau x makan sbb x lapau wpun blajar steret tanpa henti
universiti-belajar sikit pun da lapar,lecturer terlebih masa sikit ,masing2 gelisah dan tgk jam.lps mkn ,ade lecture ,pastu tersengguk2 ..



2 petang-sekolah-solat jemaah zuhur
universiti-selalunya solat sendiri.



3 petang-sekolah-prep petang--masa untuk buat keje rumah,atau studi math,kdg2 "ter"tido kat meja,ramai je camni dlm kelas ...hehehe...

universiti-lab atau kelas,klu tak de, duk kat bilik ,dugaan sungguh ,tido kat katil terus klu ngantuk...sedar2 dah asar..



5 petang-sekolah--wajib turun riadah ex.klas peperiksaan,jln2 je,malas nak jogging,klu geng ajak bru jogging..
universiti---duk bilik,jrg jogging,x mau jogging,jln2 ,tgk tv...



maghrib- sekolah--makan kat dm,persiap diri untuk solat maghrib,masing2 berebut bilik air,letak bekas toiletteries dpn pintu shower(bks toiletteries atau baldi beratur)hehehe....solat jemaah pastu setiap malam aktvti berbeza--x igt sangat---tamrin,tafsir,ceramah,bc yaasin,syukbah penerbitan,usrah,tpi wak2 f5 prep lepas maghrib..bce aq jer ramai2..sedey ..

universiti-blk air byk kosong..solat jemaah kat masjid klu mandi awal2..kat masjid x de tazkirah ant. maghrib isyak kecuali bbrpa kali dlm seminggu.



lepas isyak- sekolah--prep :masa untuk studi kat kelas,lepas prep balik bilik,p koop beli jajan ,bace al-mulk ramai2...slalunya jarang stayup..

universiti---- den studi kat bilik jo....tdo slalu lambat...esp.klu kena wat lab report & buat last minute..



hujung minggu-sekolah---ade gotong -royong,prep pagi sabtu ,outing,naik bas labu yg drebar die mcm terlepas pluang racing kat sepang..laju ,ngan bas macam tin sardin berkarat..

universiti--peratusan duk kat rumah tinggi bebanding kat sek.dulu,jauh bebenor rumoh den......

walau dimana kita berada,kita tetap pandang bulan yang sama ,^0^

sahabatku,
wpun dimana berada,
jagalah agamumu,
jagalah adabmu,
jagalah pergaulan mu dgn orang "asing",
jagalah aurat mu,
jagalah imanmu,
jagalah ilmu agamamu,
dan berjaga-jagalah..

wassalam..



























Perbaiki akhlak dihadapan ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu'alaikum..

Ibnu Al-Wazir mengatakan bahawa harapan terhadap rahmat ALLAH akan selalu membukakan pintu harapan bagi diri seseorang hamba,akan menguatkannya untuk melakukan ketaatan, dan membuatnya berlumba2 lakukan amalan sunnah dan bersegera lakukan kebaikan.

Ini benar,kerana bila kita ingat yang ALLAH ini maha pengampun,pengasih dan penyayang dan maha mengetahui dsb,kita akan lebih terdorong untuk melakukan perkara 2 diatas.


Sematkan angan

hingga mencapai bintang keberkatan.

Jadikanlah kerdipan kelopak matamu

sebagai kerdipan murah hati.

Bila hati meragu , segera jelaskan kepadanya

bahawa di gugusan galaksi

sinar terang menerpa pagi.


kata -kata itu sebenarnya....

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

Wednesday, April 16, 2008

ubat rindu

~3 years i leave my old skul.....miss skul time....
tHEN ,i download nasheeds of my skul's munshid- sOuTuL JiHad ------------------i luv the songs in these album...inspirasi & sumbangsih.......

one great song:ubat rindu

Album : Inspirasi
Munsyid : Soutul Jihad
http://liriknasyid.com

Derita hati ini
Tak siapa yang tahu
Begitu sukarnya melawan nafsu

Masih jauh lagi
Perjalanan ini
Keresahan di jiwa
Mesti diubati

Ingin kuberikan
Ketenangan di hati
Kan kucuba walau
Terseksanya diri ini

Di manakah hilangnya ketenangan
Di manakah perginya kebahagiaan
Ke mana lagi harus kucari
Ubat rindu di hatiku ini

Mujahadah di sepanjang
Langkah-langkah perjalanan
Jangan kita asyik leka
Dibuai angan khayalan
Masih belum lagi kita bertemu
Sebarang jawapan
Rahsia kebahagiaan
Di dalam kehidupan

Lagu : Abd Halim
Lirik : Abd Halim
Vokal : Mofaz & Salleh
Susunan Muzik : Abd Halim
Hakcipta Lagu : Syukrin SMAPL
Hakcipta Lirik : Syukrin SMAPL

deep meaning!!

Friday, April 11, 2008

assalamu'alaykum.....cheers ^;^

sebenarnya banyak perkara yang terlintas dihati dAN kepala penulis untuk meluahkan apa yang terbuku dihati .apa yang penulis fikir 2-3 hari nie.2 kertas telah penulis "tidak berjaya"menjawabnya.tak pernah jawab peperiksaan dengan pengalaman yang sangat "terrible" itu.

inilah hidup di universiti,takde org bleh paksa klu diri sendiri malas nak usaha.kalau kat sekolah dulu,semua dah diatur.tak mau buat,balasan die terus dapat--denda .hihi..tapi kat uni.mane ade dah denda2 nie.kesan jangka panjang kalu tak reti disiplinkan dir-----result teruk.sbb tu kat uni.,kena cari sahabat yang boleh membimbing kita.kat skolah ada peraturan yang atur hidup kita supaya lebih teratur dan tersusun.malam2 ada prep,balik prep kena baca surah al-mulk(form1 ,form2)solat jemaah tiap waktu,solat awl,.kat uni,kena urus sendiri,tambah2 bila ada laptop,internet laju je,dari sejam boleh ke berjam2 surf internet,it can jeopardize ur future..believe me.....

penah fikir kenapa dan kenapa,kita tak macam orang lain,nak macam org lain,ade sifat kepimpinan,tegas,disukai ramai,yakinan sodiqa,tak bersyukur ngan rupa yang Allah anugerahkan .sebenarnya sikap seperti inilah yang menyebabkan kita yang maju,kalu maju pun ,tak berapa maju^;^...bukan senang nak berubah nie.penulis sendiri bukan lah seorg yang perfect,malah sgt jauh dari perkataan perfect itu sendiri.penulis teringat sahabat satu batch ,malah batch2 lain juga,disek dulu ,dari segi kepimpinan,sahsiah,ko-k ade.penulis bersyukur kerana mengenali mereka,org hebat2..perubahan perlukan kekuatan,itu untuk perubahan dari negatif ke positif je..nak berubah dari -ve ke +ve sonang jo....ibaratnya,dulu kita 30(E),nak dapat 70(A2) ,lain la kalau dah 70 nak dpt 90.so,ayuh,sama2 usaha kearah yang lebih baik..

manusia tak penah bersyukur dengan nikmat allah,apa yang ada jarang disyukuri,apa yang tiada itula itu yang dia nak.bersyukur dpt hirup udara segar lagi kat kubang kerian nie,bersyukur,dptkenal kwn2 yang solehah2makan selera lagi,tgn bole menulis,kaki bole bergerak,sendawa,menguap bila ngantuk,bole bercakap ,x gagap,ada anggota badan,paras rupa,tak de abnormalities,dah lepas spm,pmr,upsr,byk lagi tak terkira nikmat allah.allah maha penyayang kepada kita semua(org beriman)..jika kamu bersyukur,maka Aku akn tambahkan nikmat kpd kamu,jika kamu kufur,azab yang pedih menanti kamu...bersabarla .sabar ,sabar..sabar30x..........................................jadi,mari bersyukur dan sabar..

dikala hati penulis dilambung ombak dan gelora,penulis suka mencari kata2 yang dpt menyejukkan hati...=)
friends,,
hakikatnya hidup ini terlalu singkat,
jadi,jangan bersandarkan pada masa silam donk.=)

-sekiranya engkau letakkan satu nilai kecil pd diri sendiri,
ketahuilah bahawa dunia takkan tingkatkan harga anda itu-

wassalam.....
p/s :amat sedih tgk kwn2 yang bercouple,x reti nak tegur.

Monday, April 07, 2008

taken from one's blog

erm... taken from one's blog,amy search during GE

hari ini

assalamualaykum,erm tgh takde mood nak baca nota untuk kertas seterusnya.maka ,bukaklah blog,nak post sesuatu..harap dpt manfaatnya,

wanita harus keluar rumah jika:
1. Seseorang wanita boleh keluar rumah sekiranya ia mempunyai sesuatu hajat yang amat perlu yang diharuskan oleh syarak.

Contohnya: - Menuntut ilmu fardhu ain sekiranya ibu bapa atau suami atau penjaganya tidak berkesempatan atau tidak berkemampuan mengajarnya.
- Menziarahi kaum kerabat, saudara-mara, jiran ataupun sahabat.
- Keluar mencari nafkah yang halal disebabkan wanita itu sebatang kara atau keadaannya miskin atau penjaganya sakit atau cacat.
- Untuk menjadi saksi .

2. Keluar dengan berdoa meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan manusia serta syaitan.

3. Apabila tempat tujuan kurang dari dua marhalah (48 batu) wanita boleh ditemani oleh kanak-kanak.Apabila perjalanan lebih jauh dari itu, hendaklah wanita itu ditemani oleh muhramnya.

4. Hendaklah menutup aurat supaya: - Mudah dikenali bahawa dia adalah wanita beriman
- Tidak ada gangguan
- Mendapat keampunan Allah

5. Elakkan berjalan di jalan besar yang sesak dengan orang ramai. Hendaklah berjalan di laluan tepi yang bukan laluan umum.

6. Jangan menampakkan perhiasan diri (seperti rantai, gelang dan sebagainya) atau menghentakkan kaki untuk membunyikan perhiasan (seperti gelang kaki atau kasut berladam).

7. Berjalanlah dengan sopan. Elakkan daripada banyak bergurau senda di jalanan.

8. Jangan memakai bau-bauan kerana ia memberangsangkan nafsu lelaki. Jika memakainya, jangan terlalu banyak, cukuplah sekadar tidak berbau busuk.

9. Tundukkan pandangan dan kekalkan sifat malu. Jangan sekali-kali bertegur sapa atau melayan lelaki yang bukan muhram.

10. Meminta keampunan kepada Allah di sepanjang perjalanan.

Islam itu syumul,mencakupi seluruh aspek dlm hidup.Allah knows best,coz He is KHALIQUL A'LAMIN.
ayat untuk hari ini;
"sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu"(as-syams :9)

Sunday, April 06, 2008

kehidupan di universiti ...*^ _^*


gambar ni takde kena mengena ,cume ni gambar uni.yg lawa kt ovc
4 yers b4 get dgree in bachelor of health science,biomedicine....
..................................................................................................................exam final 2nd yer,
cuak btul..


Saturday, March 29, 2008

degil

darah org muda,degil dan panas baran,meluap2..sabo2...

Thursday, March 27, 2008

jIkA aKu jAtuH cInTa............


l
"Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semua.


Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu. Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."

(As-Syahid Sayyid Qutb)

semoga jiwa terubat dengan harapan

cinta kepada keluarga,i miss them...riNdU iTu aNUgERaH...
teringt kata2 ayahku,dulu msa mula2 kawin berdua ,skrg dah makin tua pun tinggal berdua .sebab:anak2 blajar jauh,kerja jauh,abgku-sabah,kak -sorang banting,sorang perak,aku dekat je..tapi duk asrama,adikpempuan g plkn,3 org je duk rumah+ma ayoh.bile aku balik rmh hujung minggu ,rase sunyi gak,mayb adik pempuan yg g plkn tu takde kat rmh..sbb selalu gaduh ngan die ..=)


semoga kebahagiaan menjelma,
semoga jiwa kita terubat dengan harapan,
maka jgnlah mnyerah,
jika kau menyerah ,
kecemasan akn menyergap jiwa,
seseorg yg dkt dgn kebahagiaan adalah org yg punyai harapan...

yA ALLAH,aku sungguh cmas untuk hadapi "EXAM" dunia ini.....

Tuesday, March 25, 2008

avoiding internet addiction

assalamu'alaykum,
some guidance:
1)Be Honest About Your Time Online


Nearly all addictions thrive in secrecy. The consequences that addicts face - loss of jobs, relationships, and health - mount with the severity of the addiction.
And few of us want to reveal to others that we have been engaging in behavior that is self-destructive. However, an honest talk with a trusted friend about how much time you are spending online and its effect on your life could be useful as another person can be more objective about the severity of your problem.


2)Focus Outside Yourself

For people with addiction disorder, isolation feeds self-obsession, and relentlessly focusing on oneself only deepens feelings of boredom, sadness, and fear. Many addicts find that activities such as volunteering for charities or helping others help refocus and distract them, relieving the self-pity that only deepens destructive urges.


3)Be Responsible For Your Problems


Many of us blame our problems on our bad luck or how unfair the world is. The Internet, especially the world of online gaming, can be an utter escape from the problems that plague us. What are you trying to escape when you spend hours online? Are those problems made better or worse by the time you spend online? How many of those problems have you created yourself?
so,now pegi studi.!!!

setiap perkara akan berlalu

assalamu'alaikum
alhamdulillah ,

dalm hidup kita seharian ,walaupun kita tak nak tempuhi benda tu,ia akan tetap akan dilalui oleh kita walaupun kita tak nak atau nak.
contohnya masa dapat assignment ,rasa cam susah nak buat,tapi skrg dah hantar,mcm tak percaya plak.
semua ospe dah lepas,CA,lab report semua dah hantar,tinggal satu je lagi-assignment Oral health ;)
tinggal nak exam final je.studi blum....

minggu dpn study week,
hope i can do a schedule and can cover 6 subjects ;)
exam schedule :
7/4-patologi
8/4-free
9/4-mikrob
10/4-free
11/4-free
12/4-free
13/4-free
14/4-farmako
15/4-free
16/4-immuno
17/4-free
18/4-free
19/4-free
20/4-human genetic
21/4-free
22/4-free
23/4-free
24/4-oral health

Monday, March 24, 2008

stress.......

stressful moment,

exam dah dekat,

risau pasal plajaran,

;)

Sunday, March 23, 2008

konnichiwa~

bullet train

indahnya pagi ini,hujan turun membasahi bumi............

Saturday, March 22, 2008

Petua untuk qiyam fillail


Faktor yang memudahkan seseorang itu bangun untukberqiyamullail (Insya ALLAH)

Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapatbeberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin dikalangan para sahabat dan ulama.

5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullahs.a.w.

6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; "Apabila anda hendak masuk tidur,berwuduklah seperti untuk menunaikan solat." Hadisriwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra BinAzib.

7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu)terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran,baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.

9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hariyang dikenali sebagai 'Qailulah', iaitu sebelum masukwaktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.

10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.

12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.


Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekalian!Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kitadengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w.


Baginda bersabda :"Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam,sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepadaTuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalangdaripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawarkepada penyakit yang ada di tubuh." Hadis riwayat ImamAhmad dan Tirmizi.


atau saya pernah baca kat buku, sebelum tidur tu bacakan dua ayat terakhir surah al-Kahfi..


wassalam.

Wednesday, March 19, 2008

mood nak menulis

find the proper tyme 2 write,no mood....

test jawab ikut suke hati jeee................................teruknye aku niee....

Sunday, March 16, 2008

ujian dari ALLAH

dEAr me,mYseLf,
Hidup ini hakikatnya terlalu singkat ,
jAnGan dIkau bersandar pAda kEnAnGan sIlam,
seAndainya impian indah bisa digapai,
Jangan terlalu mengikut perasaan,
bImbang nanti dituruti seribu sesalan,
JanGan diUlaNgi kEkhilafan siLam,
TerusKAn lAgkahmu mara kehadapan,
membawa bersama imej ISLAM,
Tinggalkan semua didalam lipatan sejarah,
Yang tersimpan rapi dalam kotak ingatan dan
dakapan kalbu seorang Insan yang mengejar hakikat CINTA.


wassalam..................

Sunday, March 09, 2008

General Election 12




Keputusan telah diumumkan.Pakatan pembangkang rampas 5 negeri.Kekalahan paling teruk dialami BN sejak ia ditubuhkan,tak dpt majoriti 2 per 3...

Ya ALLAH,Engkau peliharalah negara kami,berilah kekuatan kepada hambamu untuk memimpin umatmu ....kemenangan ini merupakan suatu amanah yang amat berat dari ALLAH,smoga kita terus diberi kekuatan untuk bertahan...dan Islam terus subur dibumi Malaysia ..Al-Quran dan sunnah dijadikan pedoman,
Jgn engkau palingkan hati kami setelah engkau beri hidayah kepada kami..sekiranya inilah takdir kami,kami panjatkan kesyukuran diatas nikmat ini.moga kami lebih baik dari semalam.....amin.

Wednesday, March 05, 2008

pengajaran...



suatu pengajaran buat diri ku yang terlalu leka meng"surf"internet.....byk masa bazir,notes tak baca banyak ,imtihan dah makin dekat.7 april ...tolak makan ,tido,buat benda lain lagi...sempat ke nak studi nie.bak kata pak lah kita kena telus,kena plan betul2 ,pastu tulis,tak leh ada yg tertinggal.btul kata pepatah,masa yg terluang ibarat pedang yang tajam,kalu tak guna betul2 memg nyesal,bila telefon rumah ma bgitau pasal adikku yg ponteng sek,YaALLAH ,kuatkanlah hati mereka,terangilah hati mereka,supaya lebih raajin untuk berusaha dan menuntut ilmu.kesian dekat ma,ayoh kena face dgn macam2 ragam anak2 nya yg tengah membesar,yg dah dewasa,nak masuk dewasa,remaja,baru nak masuk remaja,baru abis zaman kanak2.28,25,23,21,18,15,13,10....ma-51 tahun ni,ayoh 62 dah..

peliharalah aku dan juga keluarga ku,tersayang,guruku,kawanku ,muslimeen,muslemaat.Wahai Tuhanku..

wassalam...

Tuesday, March 04, 2008

assalamualaykum...

bismillahirrahmanirrahim
kenapa aku terlalu alpa ?
kenapa masa yang ada tak digunakan sebaiknya untuk study atau buat assignment?banyak nye benda yang nak dibuat....kenapa tiada tekad yang kuat untuk berjaya
kalau dekat matrik memang dah tekad nak dPt pointer tinggi...nak tebus balik ketidak cemerlang prestasi kat sekolah.tapi sejak masuk uni..macam tak de matlamat...takpenah terfikir nak dapat yang terbaik ,padahal kat uni belajar makin susah,banyak subjek kena belajar,4 tahun dinegeri sendiri,suatu dugaan dan suatu nikmat,suatu kelebihan,suatu kekurangan ,kata ulama,kalau nak menuntut ilmu lebih baik bemusafir,agar lebih dapt menumpukan perhatian dan menghargai peluang yang ada.kesedaran itu timbul sekejap sahaja,pastu buat balik,tetapkanlah hati aku ya allah,masa yang ada dan tugas yang perlu dilaksanakan mesti diorganize ,.plan properly then insha allah u will get a proper result.,kena wujudkan kemahuan,pastu baru bersungguh2 usaha ,ingat ALLAH dah amanahkan KAMU untuk belajar ini,jgn sampai Allah tarik nikmat,takde masa nak main2,banyak lagi tanggungjawab yg perlu dilaksana.jangan tertipu dengan hawa nafsu dan tipu daya syaitan.ayoh ma,doakan kejayaan Inie,juga pembakar semgt tak lain tak bukan ikhwani wa akhawati : abe pu,kak na ,kak ja,adik2 aku -nor,ahmad,pijah,apih,sy mahu buat ma,ayoh bangga dgn kejayaan saya&mereka menitiskan air mata buka kerana kegagalan saya,tapi kerana kejayaan saya,kenapa saya selalu menghampakan harapan mereka?kenapa sudah lama saya tidak memberikan mereka "kejayaan " ,kenapa ....kenapa....berubahlah,wahai pemilik hati yang dikawal oleh Khaliq,tawakkaltu ila allah
Allah berpesan kepada kita:"...aPabila kamu sudah berazam,maka bertawakkallah kepada Allah..."(Ali Imran)

Mungkin sukar untuk meninggalkan tabiat yg buruk secara sekaligus,namun berusahalah untuk buat secara berperingkat,jgn lupa pergantungn kepada Allah.Terus merintih selalu meminta pertolongan serta kekuatan
Dan juga latih buat perkara"kecil2"yang sebelum ni pikir nak buat tapi buat masa teringat je.seperti baca basmalah sebelum mula apa2 keje...istighfar selalu-tengah jln,kedai,kelas,ngan kawan,kat tempat ramai org ke..
Nabi SAW bersabda:Dua kalimah yang ringan dilidah(mengucapkannyaa)tetapi berat timbangan pahalanya ,dan keduanya disukai ALLAH SWT iaitu Subhanallahi wa Bihamdih,Subhanallahil 'azim (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a)
Nabi SAW bersabda:Org yg paling dekat denganku dhari kiamat ialah mereka yang berselawat kpada ku(Riwayat Tirmizi)
jadi jangan pandang enteng kepada kebaikan dan amal kebajikan nih,even senyum ....
NICE WORD
"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan sebelum ini"
sekadar luahan hati,
begin with the end in mind.....
dunia ini ladang untuk akhirat.














Monday, March 03, 2008

berikanlah kami kekuatan -pejuang agamaMu


Wahai para pejuang agama ALLAH,bersabarlah atas dugaan dalam menegakkan syiar islam...
Firman ALLAH:dAN hendaklah ada diantara kamu yg menyeru kepada kebajikan ,menyuruh kpd yang makruf dan mencegah kemungkaran,merekalah org2 yg beruntung.
"Dan Kami jadikan drpd kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing -masing kepada hukum Kami,selama mereka bersikap sabar(dlm menjalankan tugas itu)serta mereka tetap yakin akan ayat2 keterangan Kami"
(As-Sajadah:24)
Untuk aman dan selamat pilihlah ISLAM kerana ISLAM ITU SENDIRI BERMAKSUD SELAMAT DAN SEJAHTERA.
Berjuang tak pernah senang,
Ombak derita henti,
Tenang resah silih berganti,
Inilah sunnah orang berjuang.

Thursday, February 28, 2008

tempayan nan retak


Bismillahirrahmanirrhim….

Tempayan nan retak:
"Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak.Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya. Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.""Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?" "Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok. Aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan disisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang."Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilahkelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.


moga diberi kekuatan oleh Yang Maha Kuat,.

Tuesday, February 26, 2008

bahang PRU 12 semakin terasa

kalau baca surat khabar Utusan ,memang naik muak pasal kempen kerajaan BN.semua duk pakat kutuk BA ,pastu angkut bakul ,masuk sendiri.Bila Malaysia nak capai media yg btul 2 telus dlm mengulas sesuatu?Sebagai negara yang demokrasi,kita bebas mengkritik dan memilih.Kita bukan menderhaka,kalau kerajaan kata selama nih diorg yang sediakan segalanya..tapi bila pikir balik ,semua duit yang diguna tu dtg dari poket diorang ke?duit rakyat jugak kan..hasil negara.Sapa yng ciptakan sumber alam semulajadi nie?diorang ke?ALLAH yang cipta semua kekayaan hasil bumi nie.dlm hidup nie,segalanya mesti ISLAM.dr kita bangun tido sampai tido balik.

"Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah kehancuran”
-Hadith riwayat al-Bukhari

Ya ALLAH,Kau jagalah,lindungilah,cintailah aku...amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, February 19, 2008

assignment dan study






dah lama x update.tak sempat,intenet x dpt kat blk.assignment byk,study blum stat lg u final.final dah nak dekat.masa nie lg tibe2 mood jd berubah2.macam2 perkara berlaku spanjaang 3 mgu nie,.gembira ,sedih.dua2 ada.Ya ALLAH,Tuhan yang menunjukkan hati,tunjukkanlah hati ku kpd jln ketaatan kepadaMu.Sesungguhnya aku memohon perlindungan drMu kelemahan,kemalasan,sifat pengecut kedekut,nyanyuk dan dr azab kuburmu.

Monday, January 28, 2008

CA dah habis 2,lagi satu....

CA -continous assessment ade satu je la sblm balik cuti raye cine nih.patologi,hurm..nota yg sgt byk...diseases,mechanism,dah la 20 %..mpi hampir melabuhkan tirainye...rase rindu plak .nak mpi lagi.nak balik rumah cepat2,tp kat rumah mcm2 dugaan-smyg pun lambat,tv lagi.tapi dah lama tak balek,rindu kat adik2,ma,ayoh,rindu nak tgk rumah yg dah d renovate sempena kakakku bakal jadi isteri orang ,raya cina nih.mesti dah lain rumah.
jgn main2 dah belajar.masa tak boleh dputar kembali...

Friday, January 25, 2008

confidence

“There is no value-judgment more important to man – no factor more
decisive in his psychological development and motivation – than the estimate
he passes on himself.”
- Nathaniel Branden-

malu ,peringatan buat yg ingat2 lupa ~

in the name of ALLAH the most gracious and the most merciful
alhamdulillah
dipetik dari ahas.multiply.com-UK student


adakah masih ada malu apabila kita berhadapan dgn lelaki atau perempuan ajnabi
adakah masih ada malu apabila kita melakukan maksiat
adakah masih ada malu apabila kita pergi 'dating' dgn boyfren/girlfren
adakah masih ada malu apabila kita berpakaian seksi dan ketat(menjolok mata)
adakah masih ada malu apabila kita berbual kosong dgn lelaki/perempuan ajnabi

adakah masih ada malu apabila kita meninggalkan solatadakah masih ada malu apabila kita membuang masa pada perkara yg tak berfaedah
adakah masih ada malu apabila kita mempunyai hasad dengki dan khianat pada saudara seagama sendiri
adakah masih ada malu apabila kita marah(tak tentu pasal)
adakah masih ada malu apabila kita mengumpat kawan sendiri

adakah masih ada malu apabila kita mengetahui perkara itu salah disisi Allah tapi kita tetap lakukannya
adakah masih ada malu apabila cara hidup,cara berpakaian,cara pergaulan kita sama sahaja dgn cara golongan kafiradakah masih ada rasa malu dlm diri kitadimana letaknya maruah kita..maruah seorg muslim??

drp Abi Hurairah ra,Rasullulah telah bersabda'iman lebih 60 cabang,dan malu ialah satu dr cabang iman'(riwayat bukhari)

drp Umran bin Husain ra,Rasullulah telah bersabda'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'(riwayat bukhari)

Rasullulah bersabda:sesungguhnya antara kata2 ungkapan kenabian terdahulu yg dpt diketahui dan dipetik oleh manusia ialahJIKA ENGKAU TIDAK MALU,MAKA LAKUKAN APA SAHAJA YG ENGKAU MAHU--(HADIS RIWAYAT AL-IMAM AL BUKHARI

Tuesday, January 22, 2008

masa sgt berharga

bila diberi tanggungjawab,masa tu baru kita akan lebih merancang ant kerja dan studi..
bila dah agk free,mula la liat nak belajar,nak tido sokmo...

tadi ada baca utusan;
orang israel sekat hubungan kat Gaza,menyebabkan bahan bakar untuk letrik diorang(PALESTIN) dah abis n diorang terpaksa bergelap...dengan alasan :nak perangi n sekat perjuangan org Palestin nih...Ya ALLAH,bantulah saudara seagamaku..kuatkanlah pegangan agama mereka untuk terus sentiasa dalm agama Mu.
Satu lg,Israel ada pasang saletit u intip akt nuklear Iran .satelit tue boleh kesan walaupun dlam keadaan cuaca yg teruk.

Sunday, January 20, 2008

busy

bismillahirrahmanirrahim..
sejak MPI (minggu penghayatan islam) bermula,sedikit masa rehat yang ada.byk masa dluangkan diluar bilik.memng bila kita sibuk,masa ni la kita baru betul2 hargai masa yang ada.mula2 tu penat la jugak,balik program pun dah pukul 12 mlm,pastu mata mesti ngantuk,tp kena kuatkan diri jugak belek nota.hr nie lecture ngantuk sgt.penat tahan mata,supaya tak tutup,tp sedar2 terlepas apa yg lec ckp apa. dulu slalunya bila dah tdo lambat mesti bgn lambat punya,tp skrang Alhamdulillah leh adapt dah (dah bleh bgn awal cikit dr dulu).Semuanya tarbiyah dari ALLAH.nak perbetulkan apa yg clap.kdg2 memang tak biasa ,tapi bila pikir2 balik,kita kena hadapi benda yg kita tak suka supaya kita jadi lebih kuat.kalau tak,bila lagi kan .
Sempena MPI ,aku ada dengar satu ceramah yg amat best dr Dr Hafizah Mustakim,seorg medical doc ,tp aktif la dlm bab ceramah nih..tjuk nye :pasal cinte..
dia byk sedar kan pasal Cinta ALLAH lebih UTAMA dari segala-galanya.bebaskan jiwa kita dari cinta cintun yg ntah ape2.Nak dpt pasangan soleh,kitalah dulu yang kena jadi solehah ...pastu ,jika seseorg tu ingkar ALLAH masa dia bercinta,dia kena pikir balik ,"sape yang campakkan rasa sayang ,cinta pasangan dia dekat dia,kalau bukan ALLAH".so,knape dia ingkar perintah ALLAH?kita kena ingat haya ALLAH yang dapatkan satukan hati manusia nih...sebab tu la ,org yang kawin tapi x penah bercinta bleh bahagia..sebab ALLAH yg satukan hati mereka.ALLAH yg campakkan rasa kasih syang dan cinta dlm hati mereka.


Ya ALLAH,berikan aku hidayah ,jauhi dari sifat malas,kesihatan yang baik .AMEEN.
in my mind:knape la mulut ni sgt berat nak bercakap dgn orang..

Thursday, January 17, 2008

la tahzan...


don't think too much about wat u've done..don't regret too much..
janganlah kamu berputus asa dari Rahmat ALLAH.
Tiada daya untuk menghindar dari kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan,kecuali dengan pertolongan ALLAH.

nukilan



bismillahirrahmanirrahim...


Cantik itu amat subjektif
sifatnya
terserah kepada siapa yang
menilai
biar rambut sama hitam di
kepala
tapi selera tetap berbeza
lantas cantikkan
pandangan mata dan hati
kerana ia amat hakiki
apa lagi jika diingat
bahawa cantik itu DIA yang
memberi......

“2 love some1 is NOTHING...2b love by some1 is SOMETHING...2b love by some1 u love is EXCITING...but 2b loved by ALLAH is EVERYTHING”

Sunday, January 13, 2008

Ya ALLAH ,bantulah aku.....

things mix up in my mind.....sumtimes feel very sad ...

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu,keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara
Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu
jiwa ku korban
Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia
Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi

Saturday, January 12, 2008

assalamualaykum...

in the of ALLAH ,THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL
kata2 dipetik dari buku" jangan bersedih,jadilah wanita yang paling bahagia"
karangan Dr 'AidH Abdullah Al-Qarni
.
-Jadilah seperti lebah,ia selalu hinggap di bunga -bunga yang semerbak dan ranting-ranting yang segar
-Jangan beri kesempatan kepada diri anda menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka
-Jika ALLAH selalu bersamamu ,maka siapa yang harus engkau takuti?Sebaliknya ,jika ALLAH menjadi musuhmu,maka kepada siapa engkau akan berharap?
-Api kedengkian dan hasad selalu membakar tubuh ,dan sikap yang terlalu pencemburu itu ibarat api yang membara.
-Jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini,maka hari esok bukan menjadi milik anda
to be continued:;;;;;;;;;

"Beramal kerana ALLAH"

Tuesday, January 08, 2008

alhamdulillah











assalamualaykum...


firman ALLAH dalm surah ali-imran:190-191:


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;


Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."




motivasi pagi,


SUNNATULLAH UNTUK BERJAYA IALAH BERUSAHA.




Allahumma najjihna fil imtihan


Ya ALLAH,menangkanlah orang yang memperjuangkan ISLAM di muka bumiMu ini .Peliharalah kami Ya ALLAH,satukanlah hati2 kami Ya ALLAH untuk lebih kuat dalm mendaulat dan menyokong syariat-Mu .Lapangkan hati kami dgn limpahan keimanan dan keyakinan yg benar2 mantap dan keindahan tawakkal kpd-Mu.Hidup suburkan hati2 ini dgn makrifat tentang-Mu.....(Jika engkau mentakdirkan mati)maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama -Mu.



Sunday, January 06, 2008

my youngest bro...

dengan anak sdare kat rmh mak cik masa rya haji
depan laptopku
raya aidilfitri


his name ahmad hafizulddin.was born 19 0f october 1998.i was in standard 5 that time.he was born in Hospital Gua Musang.coz during that time we still in Felda Chiku 03.wE move to our kampung where we are now when he was ~40 days.now , he's standard 4 already.time move so fast...very manja with mum.mischevious,suka kacau akak dia yang atas ,skrg ni form1.suka sgt tengok katun kat rumah ,dia slalu conquer remote tv.sampaikan nak g toilet pun sorok dulu.takut org tukar channel.dari segi belajar boleh la.pandai gak tapi budak lelaki,biasa la,suka main2..

Saturday, January 05, 2008

tak tau apa tajuk yg sesuai....

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
assalamualaykum....
dah seminggu kat sini mendung,pastu panas,hujan,cuaca tak menentu.pastu sangat sejuk walaupun disiang hari.sampai ada yang duk kat dlm bilik pun kena pakai stokin dan sweater.
pastu masing2 cari port nak jemur baju.
pastu satu benda yg aku perasan ,dlm hidup nih,kita akan dapat balik benda yg kita pernah buat dekat org.pastu sekrg baru aku pikir inilah agaknya apa yg org tu rasa masa aku buat kat dia dulu..contohnye senang je,dulu aku kalau org hntar mesej,memang jarang reply mesej org,melainkan kalau terdesak.org bagi mesej forward pun aku tak balas balik.nah ,sekarang rasakan bila aku mesej org,org tak reply mesj aku.walaupun kawan kita tak mengharapkan kita reply mesej kita,tapi mesti kawan kita gembira bila kita bagi mesej kat dia kan....
dalam hidup kita seharian,jangan lupa jaga hubungan kita dengan ALLAH.
ada tak dalam masa sejam kita leka buat sesuatu kerja,kita istighfar,zikir ke....or masa mula2 nak wat kerja tue baca basmalah dulu..fikirkan -fikirkanlah...sebab kalau kita jaga hubungan kita dgn ALLAH,maka ALLAH akan jaga kita..
sebenarnya skrg ni tgh buntu pasal satu benda tapi mana blh tulih kat sini...=)

saya pernah dengar ceramah ,gaya penyampaian dan isi cramah tu memng meninggalkan kesan yg mendalam dekat saya.pasal betapa ruginya org yg tak tahu nilai pahala.contohnya ,solat jemaah ,kita memang dah tau value pahala kalau kita kerjakan solat berjemaah.tapi kenapa kita tak buat?sebabnya kita tau tau hargai nilai pahala yg ALLAH bagi kat umat Islam nih.dan pasal takutkan dosa sampai beliau sanggup hukum dirinya sendiri.kalau kita ,usahkan hukum diri sendiri,menyesal pun tak..

dan saya baca buku "jadilah wanita yg paling bahagia" karangan Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni.memang sangat best buku tue.dipinjam dr Niza ,trime kasih ye niza.antara yg terkesan dlm diri saya bila sy baca ialah-tinggalkan benda2 yg tak berfaedah seperti hiburan yg tak dtgkan bagi apa2 kebaikan kat saya dan cuba tambah ilmu agama...
tapi saya nie kadang2 kesedarn tu naik turun,bila kat rumah macam2 godaan hurm contohnya nak tgk cite korea ...ngaji pun malas..
sebab tue la kita kena sentiasa hadir majlis ilmu agama,baca buku fikrah agama,zikir,taubat sokmo..
panjang la pulak post kali nie...

untuk renungan bersama
Firman ALLAH:
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Az-Zumar:53)