Mulakan saja dari apa-apa jenis buku yang anda minati. Membaca adalah serangkaian proses yang sentiasa berkembang. Secara berlahan-lahan dimensinya akan mencapah, kedalamannya menyusur akar. titik-titik yang terpecah-pecah akan bertaut. Kematangannya bukan hadir sekelip mata, bagaikan kehidupan tumbuh dan mendewasa.
oleh Mohd Rosli Ibrahim
"..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 87
Wednesday, December 11, 2013
Thursday, December 05, 2013
Penyatuan Hamas dan Fatah?
Assalamualaikum, entri ni dikarang dr hafidzi. Ini berikutan PAU yang sedang berlansung dan forum antarabangsa diadakan dan dijemput Khaled Misyal,Pengerusi Biro Pilitik HAMAS sebagai salah seorang panel.
Karangan Dr Hafidzi Mohd Noor
Jadi UMNO akan menjadi orang tengah menyatukan HAMAS dan Fatah. Komitmen ini amat dihargai oleh Khaled Mish'al.
Saya ulas di sini bukan untuk memperkecilkan niat murni UMNO yang sekarang ini sedang mengadakan Perhimpunan Agungnya dan Khaled Mish'al adalah tetamu hi-profil yang dijemput oleh UMNO kali ini.
Siapa pun tidak akan menjadi batu penghalang dan cuba menggagalkan perpaduan di kalangan rakyat Palestin. Tetapi tawaran ini dan sambutan ke atas inisiatif penting ini perlu dilihat dengan penilaian tertentu.
1. Soal perdamaian adalah soal pokok umat Islam. Tidak perlu diulas lagi dari sudut akidah dan tuntutan ukhuwah - apatah lagi dalam keadaan berhadapan dengan musuh hakiki (musuh sampai akhirat) umat Islam iaitu zionis.
2. Namun perpaduan itu ada asasnya. Apabila soalan yang sama diajukan kepada Dr Azzam Tamimi yang kebetulan juga ada di Malaysia saat ini, apakah harapan bagi HAMAS dan Fatah bersatu. Jawapan beliau sebagaimana yang diduga ialah perpaduan ini bolih menjadi kenyataan tetapi dengan syarat Fatah mengubah prinsipnya. Kenapa Fatah pula yang kena merubah prinsip? Sebabnya ialah Fatah kini tunduk kepada Israel dan menggadaikan prinsip-prinsip asas perjuangan Palestin. Dosa paling besar Fatah ialah mengiktiraf Israel bahkan melupuskan 78% dari bumi Palestin kepada Israel selama-lamanya. Fatah sanggup tunduk kepada perjanjian damai yang berat sebelah yang berterusan mengkhianati rakyat Palestin di luar Palestin bahkan rakyat Palestin yang berada di Tebing Barat, Baitul Makdis timur dan di kejiranan kota lama di mana terletaknya masjid al Aqsa. Fatah bersetuju dengan perjanjian Oslo. perjanjian Taba, Camp David yang jelas merupakan satu penipuan dan Fatah menjadi lumpuh dan menyaksikan sahaja pelanggaran demi pelanggaran yang dilakukan oleh Israel ke atas perjanjian yang di tanda tanganinya sendiri
Soalnya di sini bersediakan Fatah menukar prinsip perjuangannya yang bersepakat dengan Israel demi mengekang pergerakan dan perjuangan Hamas bukan sahaja di Tebing Barat bahkan di Gaza.
3. Khaled Mish'al adalah seorang yang faham erti diplomasi. Diplomasi dalam banyak keadaan adalah 'lakonan' yang dikedepankan sebagai untuk paparan rasmi. Sudah pastilah Khaled Mish'al akan bercakap soal perpaduan di mata umum kerana memang itupun hasrat dan harapan semua orang. Perjuangan Palestin sukar untuk menyatukan umat Islam dalam keadaan rakyatnya bersatu apatah lagi dalam keadaan rakyatnya bertelagah. Bahasa diplomasi ini jugalah yang digunakan oelh Khaled Mish'al apabila berada d Iran. Khaled Mish'al memuji Iran kerana menyokong perjuangan HAMAS. Bahkan ini jugalah bahasa diplomasi yang digunakan oleh PM Ismail Haniyeh ketika berada di Iran. Apakah bererti Khaled Mish 'al menyokong Iran dan sebuah kerajaan Syiah? Pastinya tidak. Yang diraikan dan disokong ialah sokongan Iran kepada Hamas. Dan seperti yang diulas oleh Dr Azam Tamimi, siapapun yang hendak menyokong perjuangan Hamas akan dialu-alukan dengan syarat sokongan itu tidak meletakkan pra syarat. Hamas mesti melakukan sesuatu atau mengambil satu pendirian jika ingin mendapatkan sokongan dari mana-mana pihak. Umpamanya kami akan bekalkan roket dengan syarat kamu bersedia untuk menyatakan sokongan ke atas Basyar Assad. Dalam ertikata yang lain siapapun yang sokong HAMAS akan dialu-alukan dengan syarat sokongan itu adalah sokongan yang tidak ada sebarang ikatan (no strings attached).
4. Apakah kita mengharapkan Khaled Mish'al akan berucap dalam perhimpunan Agung UMNO sebagai tetamu kehormat luar negara dalam bentuk ucapan bahasa perang dan konfrantasi dengan Fatah. Apakah kita mengharapkan Khaled Mish'al meluangkan slogan yang beliau luangkan di Gaza iaitu setiap inici dari bumi Palestin dari Jordan sampai Laut Mediteranean akan diambil semula dari israel dan sekutu sepakatnya Fatah? 'From the River to the sea, Palestine will be free!' atau berikrar untuk 'Menyertai PLO dan menguasainya kerana Fatah sudah tidak relevan dalam perjuangan pembebasan Palestin?
5. Apa yang akan berlaku inisiatif untuk menjadi orang tengah ini hanya tinggal retorik dalam Perhimpunan Agung. Setakat mana ia boleh diterjemahkan, sama-sama kita lihat. Kerana yang pertama bukan tidak pernah wujud kerajaan perpaduan Hamas dan Fatah sejak berlakunya Pilihanraya Legislatif pertama pada tahun 2006. Dua kali kerajaan perpaduan yang diketuai oleh teknokrat terungkai dan puluhan inisiatif yang lain berhadapan dengan jalan buntu samada yang diusahakan oelh Mesir, Yaman atau Arab Saudi.
6. Ketika Khaled Mish'al melakukan satu insiatif kerjasama dengan Fatah dengan bersetuju Presiden Mahmud Abbas sebagai presiden interim kepada sebuah kerajaan perpaduan dua tahun yang lalu - PM Ismail Haniyeh hanya mendiamkan diri. Tiada sebarang komen dari beliau. Akhirnya ia tinggal retorik di atas kertas dan sehingga hari ini tidak ada langkah susulan.
Selamat bersidang para perwakilan dalam Persidangan Agung UMNO.
Sekian. Perlu bergerak sekarang untuk memenuhi undangan Persidangan Meja Bulat anjuran PCOM bersama Khaled Mish'al

Tuesday, December 03, 2013
Muslim Rohingya
Salam,
Islam tidak memusuhi penganut agama lain tanpa sebab yang kukuh, seperti mereka terang-terangan memusuhi islam. Malah tidak memaksa mereka menganut Islam.Bayangkan jika kita berada dinegara yang minoriti muslim, pastilah berasa tak selamat jika penganut agama lain memandang serong kepada kita. Inilah yang terjadi kepada masyarakat rohingya. Jadi eloklah kiranya kita berlaku adil kepada non-muslim kerana banyak suara muslim yang ekstrim yang kita dengar memusuhi bukan Islam. Janganlah kita jadikan alasan kita negara majoriri muslim, maka mahu mengusir non muslim.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.
Islam tidak memusuhi penganut agama lain tanpa sebab yang kukuh, seperti mereka terang-terangan memusuhi islam. Malah tidak memaksa mereka menganut Islam.Bayangkan jika kita berada dinegara yang minoriti muslim, pastilah berasa tak selamat jika penganut agama lain memandang serong kepada kita. Inilah yang terjadi kepada masyarakat rohingya. Jadi eloklah kiranya kita berlaku adil kepada non-muslim kerana banyak suara muslim yang ekstrim yang kita dengar memusuhi bukan Islam. Janganlah kita jadikan alasan kita negara majoriri muslim, maka mahu mengusir non muslim.
Tangisan Muslim Rohingya, Malaysia terus membisu
SATU Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah diadakan akhir tahun lepas bagi mencapai kata sepakat berhubung isu penghapusan etnik Muslim Rohingyadi Myanmar. Hasil dari perhimpunan tersebut, satu resolusi telah berjaya dipersetujui dengan menggesa kerajaan Myanmar mengambil tindakan memperbaiki situasi dengan melindungi hak asasi manusia dan memberi hak kewarganegaraan masyarakat Islam.
Namun, reaksi cukup negatif telah ditunjukkan oleh masyarakat Buddha Rakhine. Di saat Muslim Rohingya diperintah berkurung, mereka telah menyerang dengan ganas Pasaraya Utama Maungdaw di Arakan dengan membakar tujuh kedai yang dimiliki oleh orang Islam dan membuat rompakan sebanyak 12 kedai. Mereka juga telah membakar sebuah masjid tertua di Arakan yang telah didirikan dari abad ke-19 yang dikenali sebagai ‘Hakim Ali’.
Pada bulan November 2013, satu delegasi OIC telah membuat lawatan ke Myanmar bagi meninjau nasib Muslim Rohingya yang terpaksa hidup dalam keadaan terancam. Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu dan anggota delegasi yang lain telah menghabiskan masa selama empat hari berhasrat untuk bertemu dengan presiden, menteri, kumpulan agama dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tetapi, Aung San Suu Kyi enggan menemui mereka.
Reaksi dari lawatan delegasi OIC tersebut, satu demonstrasi telahdilancarkan oleh puak sami-sami Buddha esktrimis sebagai tanda protes dan bantahan. Demonstrasi yang telah mendapat cop ‘halal’ dari pihak berkuasa kerajaan Myanmar dengan jelas membawa mesej ingin mengisyiharkan perang ke atas Islam dan kaum Muslimin.
Tidak cukup dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai, membakar hidup-hidup mangsa, membakar masjid, memusnahkan kubur, menyeksa kanak-kanak dan merogol gadis-gadis tanpa sifat kemanusiaan, mereka dengan berani mengangkat sepanduk yang membawa mesej melabelkan Islam sebagai agama haiwan. Dengan jelas, mereka mahu melenyapkan Islam di bumi Myanmar dengan meneruskan penindasan dan penghinaan terhadap umat Islam.
Di Malaysia, satu tindakan diambil diperingkat NGO dengan menubuhkan Koaliasi Menentang Ekstrimisme Agama di Myanmar (Coaliation Against Extremism in Myanmar-CAREM) bagi mengutuk sekerasnya terhadap penghinaan Islam yang dipamerkan dalam demonstrasi tersebut.
Mohd Azmi Abdul Hamid bertindak sebagai Koordinator CAREM telah mendesak semua penganut agama di dunia yang cintakan kedamaian, keharmonian dan saling hormat antara agama supaya menyatakan sikap dan pendirian mengecam tindakan kelompok esktrimis Buddha di Myanmar.
Tindakan kejam yang dilakukan oleh esktrimis Buddha telah melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB apabila bertindak melakukan keganasan antara agama. Dalai Lama sebagai ketua kerohanian penganut Buddha seluruh dunia perlu bersuara agar kerajaan Myanmar menghentikan penindasan terhadap penganut agama lain.
Anggota negara-negara Asean juga tidak boleh berdiam diri dengan sikap ‘lepas tangan’dan membisu dengan terusmemberi tekanan kepada kerajaan Myanmar supaya menghentikan polisi penindasan terhadap agama lain. Jika Myanmar terus bersikap ekstrim dan menjadikan masyarakat Islam Rohingya dalam suasana ketakutan, maka kedudukan Myanmar sebagai Pengerusi Asean 2014 juga perlu dikaji semula.
Negara-negara OIC juga perlu sebulat suara dalam menyatakan bantahan terhadap kebiadapan ekstrimis Buddha yang secara hakikatnya disokong oleh kerajaan Myanmar. OIC perlu mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Myanmar dan menuntut supaya semua kedutaan Myanmar di negara-negara OIC 'dihalau’ keluar jika kempen membenci Islam tidak dihentikan serta-merta.
Pendirian kerajaan Malaysia juga masih dinanti-nantikan di saat Kejohanan Sukan SEA kali ke 27 yang bakal berlangsung di Myanmar bermula 11 Disember ini. Kerajaan Malaysia sewajarnya membatalkan penyertaan olahragawan dan olahragawati Muslim dari Malaysia ke Sukan SEA tahun iniatas alasan kerajaan Myanmar bersikap anti Islam dan kehadiran atlet Islam yang tidak selamat dan tidak terjamin.
Seterusnya, kerajaan Malaysia secara bijaknya digesa untuk menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan Myanmar agar kerajaan Myanmar menghormati agama Islam dengan memberi kebebasan kepada orang Islam untuk hidup aman dan tenang sebagaimana penganut agama Buddha merasai kebebasan beragama di Malaysia.
Rakyat juga masih menunggu di mana suara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sinonim dengan membawa aspirasi anak muda agar memberi respon dengan penglibatan atlet Islam dalam Kejohanan Sukan SEA di Myanmar kali ini.
Hasil Nukilan,
ABDUL MALIK BIN AB RAZAK
Penulis ialah mahasiswa tahun 3 di Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Wednesday, October 09, 2013
Teruja
Assalamualaikum.
Ketika remaja, perasaan teruja ketika menyaksikan/menyiaksikan bak kata David Teo konsert agak tinggi.
Minggu lepas, hadir ke konsert In Team, sebab tak pernah tengok mereka perform live.
Tapi keterujaan semasa konsert berlangsung tersebut tak seperti dulu.
Mungkin faktor umur.
Seperti hobi membaca novel, juga sudah pudar.
Selak depan, belakang, tengah, kanan, kiri. Tak pun tengah baca tu boleh tertidur.
Saya kongsikan dengan kakak saya, dia juga menghadapi perkara yang sama.
Ya, kami sudah meningkat dewasa. Gitu ha..
Bila jumpa/ telefon, gosip-gosip pasal anak dah, saya cakap pasal anak sedara, dia cakap pasal anak dia.anak sedara tu anak dia lah.
Wednesday, August 14, 2013
Wednesday, July 17, 2013
kapal yang belayar
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan (42:32).
Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur (42:33).
http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Carnival-Freedom-Cruise-Ship.jpg kapal Atau (jika Ia kehendaki) Ia binasakan kapal-kapal itu disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orangnya, (lalu setengahnya dibiarkan mati lemas) dan (setengahnya diselamatkan dengan jalan) Ia memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka (42:34) |
Tuesday, June 04, 2013
Selamat pagi
Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Lama dah tak tulis apa-apa kat sini.
Kosong, kosong, kosong.
Banyak isu nak ulas, tapi tak cukup bacaan, pendek kata tak cukup komited lah.
Sekarang sudah masuk jun, separuh tahun sudah berlalu.
Rasa macam tiada benda yang significant pun berlaku terhadap diri sendiri.
Hurm. hurm,hurm.
Moga baki 6 bulan lebih produktif dari sebelumnya menginjak ke umur +1 tahun.

Thursday, February 21, 2013
Undi Muslim atau bukan muslim?
Dalam kelas bersama Fadhilatus Syaikh Prof Dr Ra'fat Uthman Hafizahullah di Darul Ifta' sebentar tadi saya bertanya soalan
(Fadhilatus Syaikh merupakan salah seorang Anggota Hai'ah Kibar Ulamak Al-Azhar As-Syarif,Dekan Kuliah Syariah Wal Qanun Al-Azhar As-Syarif sebelum ini.
Beliau disebut oleh Fadhilatus Syaikh Ali Jum'ah Hafizahullah sebagai salah seorang Ahli Ilmu yang Besar di Mesir dan Seorang Faqih Muhaqqiq Mudaqqiq) :
"Sekiranya ada dua Calon yang bertanding Kerusi Parlimen,Seorangnya Muslim tetapi mempunyai rekod pentadbiran yang buruk dan penyelewengan dan seorang lagi pula adalah Calon Bukan Muslim tetapi rekod pentadbiran dan pengurusannya baik dan telus.
Bolehkah saya memberikan Undi kepada Calon Bukan Muslim tersebut?"
Fadhilatus Syaikh Hafizahullah menjawab :
"Ya. Boleh. Takkanlah kita ingin memberikan amanah kepada mereka-mereka yang akan merosakkan dan tidak membawa maslahah kepada negara?
Sekiranya bukan Muslim tersebut mampu melaksanakan tugas dengan baik membawa kebaikan buat negara dan Calon Muslim pula sebaliknya,kita perlu memberikan undi kepada yang boleh membawa kebaikan buat negara.
Sekiranya awak ada harta dan tanah yang ingin diuruskan,dan ada dua calon yang meminta untuk menguruskannya,seorangnya Muslim tetapi tidak pandai mengurus dan seorang lagi Bukan Muslim tetapi mampu mengurus,pastilah tugas tersebut perlu diberi kepada Bukan Muslim yang mampu mengurus."
Saya bertanya lagi :
"Ada yang berhujah dengan Ayat Al-Qur'an yang melarang Golongan Mukmin mengambil 'Wali' selain dari Mukmin."
Fadhilatus Syaikh menjawab :
"Ahli Parlimen bukanlah 'Wali Amri'. Ahli Parlimen mempunyai tugas yang kita semua maklum di Dewan Rakyat contohnya membincang dan memberi pandangan ketika penggubalan undang-undang (dan membincangkan belanjawan negara dll).
Ahli Parlimen bukanlah 'Wali' sebagaimana yang dinyatakan oleh Ayat tersebut"
Begitulah lebih kurang perbicangan dan jawapan oleh Fadhilatus Syaikh Hafizahullah.
Tujuan saya berkongsi perbincangan ini bukanlah untuk fokus kepada isi jawapan beliau.
Tujuan utama saya adalah untuk menunjukkan perbezaan yang sangat ketara apabila 'Ahli Ilmu dan Faqih' berbicara soal hukum hakam berbanding 'Mereka yang tidak berkeahlian' yang cuma bercakap atas dasar semangat dan sentimen.
Berhati-hatilah wahai sahabat-sahabat sekalian dalam berbicara Soal Hukum Hakam dan bercakap dengan Ayat-Ayat Allah.
Ianya adalah Amanah.
Amanah itu perlu kepada 'Quwwah'.
'Quwwah' dalam berbicara soal hukum hakam adalah 'Lengkapnya diri dengan Ilmu-Ilmu yang disyaratkan oleh Para Ulamak Ummah untuk melayakkan seseorang berbicara soal hukum hakam'.
Semoga Allah melimpahkan RahmatNya yang berpanjangan buat Para Ulamak Al-Azhar As-Syarif dan Semua Ulamak Ummah yang Benar dan Mukhlisin.yang telah mengajar dan mendidik kami erti Amanah dan Beradab dengan Ilmu.
oleh ust muhamad norazam bahador.

Wednesday, February 20, 2013
islam hanya untuk muslim shj?
Monday, February 18, 2013
Usrah
Memiliki usrah tidak menjadikan kita mulia di sisi Allah.
Janganlah kerana kita ada usrah, kita rasa kita mulia, kita lebih bagus daripada orang lain. Kemuliaan itu sesungguhnya milik Allah. Usrah itu hanyalah wasilah untuk kita bergerak menuju kemuliaan itu.
Apalah gunanya ada usrah tetapi mengekslusifkan kemuliaan milik Allah itu pada diri atau kumpulan kita. Bukan milik kita kemuliaan itu.
Kita berusaha mencapai kemuliaan itu. Orang lain pun berusaha. Hargai usaha orang lain dan hindari prasangka, kita pun lebih senang untuk berlapang dada.
Sunday, February 17, 2013
Berhenti Jadi Raja Sehari Kemudian Jadi Hamba Bank 10 Tahun #SBM2.0

Kita mempunyai pilihan.
1) Terus buat majlis perkahwinan seperti hari ini.
2) Membentuk budaya baru majlis perkahwinan yang lebih ‘mampu-buat’.
Sekiranya poket kita “dalam”, tiada masalah untuk buat cara kenduri kahwin yang kita suka. Apa yang mengundang kebocoran wang yang banyak di kemudian hari adalah apabila kita membuat kenduri kahwin di luar kemampuan sehingga terpaksa bergolok gadai & berhutang keliling pinggang.
Berhenti Jadi Raja Sehari Kemudian Jadi Hamba Bank Selama 10 tahun
Apabila kos perkahwinan hari ini mencecah RM 50,000 maka majoriti bakal pengantin terpaksaberhutang dengan bank sehingga 10-15 tahun.
Dengan kadar pembiayaan peribadi sekitar 5% setahun, setiap hutang RM 50,000 menyebabkan kita kehilangan aliran tunai sebanyak RM 600 sebulan selama 120 bulan. Seterusnya membayar balik kepada bank sehingga RM 72,000.
Benar, berkahwin & membuat kenduri perkahwinan itu satu sunnah namun Nabi saw tidaklah mengajar kita untuk membuat sesuatu di luar kemampuan sehingga membebankan kita. Baginda saw menyarankan agar kenduri kahwin ini dibuat walaupun hanya sekadar seekor kambing. Nak tunjuk, kenduri itu sunnah dan buat kecil-kecil pun tidak mengapa.
Dalam masyarakat kita, kenduri seekor kambing mampu menjamu dari 60-100 orang.
Jom Ubah Budaya Kahwin di Malaysia
Apabila anak-anak muda yang mahu berkahwin dapat mengelakkan dari membuat pembiayaan peribadi sebesar RM 50,000 mereka bakal mempunyai aliran tunai sehingga RM 600 sebulan. Jika mereka mampu bayar kepada bank RM 600 sebulan, sebenarnya mereka juga mampu menyimpan sebanyak itu setiap bulan.
Justeru, dengan aliran tunai sebanyak itu bakal pengantin mempunyai 2 pilihan mudah.
#1 Menyimpan RM 600 sebulan selama 7 tahun
Hasilnya dianggarkan seperti berikut
Tabung Haji (5%): RM 61,553.58
ASB (8%): RM 69,383.72
ASB (8%): RM 69,383.72
#2 Memulakan pelaburan hartanah setiap sendiri
Suami beli satu. Isteri beli satu. (Sila pastikan pembelian dibuat setelah mempelajari ilmu pelaburan hartanah dahulu ya)
Selepas 7 tahun berkahwin, rumah tersebut dapat terus disewakan atau dijual dengan keuntungan. Seterusnya mereka dapat bergabung membeli rumah yang lebih besar dan yang lebih sesuai untuk membentuk ‘Rumahku Syurgaku’.
Anak Muda Mesti Kumpul Aset
Kumpul aset secepat mungkin.
Bukan hutang kereta.
Bukan hutang rumah (untuk diduduki)
Bukan hutang peribadi (untuk berkahwin)
Bukan hutang rumah (untuk diduduki)
Bukan hutang peribadi (untuk berkahwin)
Barulah duit kita bekerja keras untuk kita dan bukannya kita bekerja keras untuk bank.
Dalam situasi hari ini, penyakit kewangan anak-anak muda di Malaysia bermula sejak mereka mula bercinta lagi.
Terima kasih kepada semua yang hadir pada Seminar Baitul Muslim 2.0 pada 16 Februari 2013 di Putrajaya International Convention Center (PICC). Sila klik link di bawah untuk mendapatkanspreadsheet strategi perbelanjaan perkahwinan seperti dalam sesi Fulu$ oh Fulu$.
http://www.pakdi.net/berhenti-jadi-raja-sehari-kemudian-jadi-hamba-bank-10-tahun-sbm2-0/
Thursday, February 14, 2013
Challenges
I thought everything will run smoothly as I planned,
and I did not expect things like these will happened.
Please expect the worst, so that you will you be mentally and emitionally prepared.
Put in your mind that life need challenges.
For every challenge encountered there is opportunity for growth.
Stay positive because when you stay positive, will be become stronger.
Even when it feels like your whole world is falling apart.

Sunday, January 27, 2013
Anak buah
Assalamua'alaikum.
Saya tak tahu kenapa orang panggil anak sedara =anak buah. Tahun ini sahaja akan dapat beberapa orang anak buah. Hari tu, terima sms dari kakak,
" pergi scan tadi, anak perempuan insyallah, buleh la beli baju pink nanti"
Anak sulungnya lelaki, pastinya beliau gembira dan saya pun gembira. Tapi bila lama2 tenung handphone lepas baca mesejnya, rasa terharu pulak.
Terharu sebab teringin pun nak anak jugak. Belumkahwin pun.

Monday, January 14, 2013
Tuesday, January 01, 2013
Debaran 2013 edited
Apa yang saya ternanti-nanti pada tahun ini ialah
PRU 13.
MSc.
Calon.
PRU 13.
MSc.
Calon.
Subscribe to:
Posts (Atom)