Assalamualaikum, entri ni dikarang dr hafidzi. Ini berikutan PAU yang sedang berlansung dan forum antarabangsa diadakan dan dijemput Khaled Misyal,Pengerusi Biro Pilitik HAMAS sebagai salah seorang panel.
Karangan Dr Hafidzi Mohd Noor
Jadi UMNO akan menjadi orang tengah menyatukan HAMAS dan Fatah. Komitmen ini amat dihargai oleh Khaled Mish'al.
Saya ulas di sini bukan untuk memperkecilkan niat murni UMNO yang sekarang ini sedang mengadakan Perhimpunan Agungnya dan Khaled Mish'al adalah tetamu hi-profil yang dijemput oleh UMNO kali ini.
Siapa pun tidak akan menjadi batu penghalang dan cuba menggagalkan perpaduan di kalangan rakyat Palestin. Tetapi tawaran ini dan sambutan ke atas inisiatif penting ini perlu dilihat dengan penilaian tertentu.
1. Soal perdamaian adalah soal pokok umat Islam. Tidak perlu diulas lagi dari sudut akidah dan tuntutan ukhuwah - apatah lagi dalam keadaan berhadapan dengan musuh hakiki (musuh sampai akhirat) umat Islam iaitu zionis.
2. Namun perpaduan itu ada asasnya. Apabila soalan yang sama diajukan kepada Dr Azzam Tamimi yang kebetulan juga ada di Malaysia saat ini, apakah harapan bagi HAMAS dan Fatah bersatu. Jawapan beliau sebagaimana yang diduga ialah perpaduan ini bolih menjadi kenyataan tetapi dengan syarat Fatah mengubah prinsipnya. Kenapa Fatah pula yang kena merubah prinsip? Sebabnya ialah Fatah kini tunduk kepada Israel dan menggadaikan prinsip-prinsip asas perjuangan Palestin. Dosa paling besar Fatah ialah mengiktiraf Israel bahkan melupuskan 78% dari bumi Palestin kepada Israel selama-lamanya. Fatah sanggup tunduk kepada perjanjian damai yang berat sebelah yang berterusan mengkhianati rakyat Palestin di luar Palestin bahkan rakyat Palestin yang berada di Tebing Barat, Baitul Makdis timur dan di kejiranan kota lama di mana terletaknya masjid al Aqsa. Fatah bersetuju dengan perjanjian Oslo. perjanjian Taba, Camp David yang jelas merupakan satu penipuan dan Fatah menjadi lumpuh dan menyaksikan sahaja pelanggaran demi pelanggaran yang dilakukan oleh Israel ke atas perjanjian yang di tanda tanganinya sendiri
Soalnya di sini bersediakan Fatah menukar prinsip perjuangannya yang bersepakat dengan Israel demi mengekang pergerakan dan perjuangan Hamas bukan sahaja di Tebing Barat bahkan di Gaza.
3. Khaled Mish'al adalah seorang yang faham erti diplomasi. Diplomasi dalam banyak keadaan adalah 'lakonan' yang dikedepankan sebagai untuk paparan rasmi. Sudah pastilah Khaled Mish'al akan bercakap soal perpaduan di mata umum kerana memang itupun hasrat dan harapan semua orang. Perjuangan Palestin sukar untuk menyatukan umat Islam dalam keadaan rakyatnya bersatu apatah lagi dalam keadaan rakyatnya bertelagah. Bahasa diplomasi ini jugalah yang digunakan oelh Khaled Mish'al apabila berada d Iran. Khaled Mish'al memuji Iran kerana menyokong perjuangan HAMAS. Bahkan ini jugalah bahasa diplomasi yang digunakan oleh PM Ismail Haniyeh ketika berada di Iran. Apakah bererti Khaled Mish 'al menyokong Iran dan sebuah kerajaan Syiah? Pastinya tidak. Yang diraikan dan disokong ialah sokongan Iran kepada Hamas. Dan seperti yang diulas oleh Dr Azam Tamimi, siapapun yang hendak menyokong perjuangan Hamas akan dialu-alukan dengan syarat sokongan itu tidak meletakkan pra syarat. Hamas mesti melakukan sesuatu atau mengambil satu pendirian jika ingin mendapatkan sokongan dari mana-mana pihak. Umpamanya kami akan bekalkan roket dengan syarat kamu bersedia untuk menyatakan sokongan ke atas Basyar Assad. Dalam ertikata yang lain siapapun yang sokong HAMAS akan dialu-alukan dengan syarat sokongan itu adalah sokongan yang tidak ada sebarang ikatan (no strings attached).
4. Apakah kita mengharapkan Khaled Mish'al akan berucap dalam perhimpunan Agung UMNO sebagai tetamu kehormat luar negara dalam bentuk ucapan bahasa perang dan konfrantasi dengan Fatah. Apakah kita mengharapkan Khaled Mish'al meluangkan slogan yang beliau luangkan di Gaza iaitu setiap inici dari bumi Palestin dari Jordan sampai Laut Mediteranean akan diambil semula dari israel dan sekutu sepakatnya Fatah? 'From the River to the sea, Palestine will be free!' atau berikrar untuk 'Menyertai PLO dan menguasainya kerana Fatah sudah tidak relevan dalam perjuangan pembebasan Palestin?
5. Apa yang akan berlaku inisiatif untuk menjadi orang tengah ini hanya tinggal retorik dalam Perhimpunan Agung. Setakat mana ia boleh diterjemahkan, sama-sama kita lihat. Kerana yang pertama bukan tidak pernah wujud kerajaan perpaduan Hamas dan Fatah sejak berlakunya Pilihanraya Legislatif pertama pada tahun 2006. Dua kali kerajaan perpaduan yang diketuai oleh teknokrat terungkai dan puluhan inisiatif yang lain berhadapan dengan jalan buntu samada yang diusahakan oelh Mesir, Yaman atau Arab Saudi.
6. Ketika Khaled Mish'al melakukan satu insiatif kerjasama dengan Fatah dengan bersetuju Presiden Mahmud Abbas sebagai presiden interim kepada sebuah kerajaan perpaduan dua tahun yang lalu - PM Ismail Haniyeh hanya mendiamkan diri. Tiada sebarang komen dari beliau. Akhirnya ia tinggal retorik di atas kertas dan sehingga hari ini tidak ada langkah susulan.
Selamat bersidang para perwakilan dalam Persidangan Agung UMNO.
Sekian. Perlu bergerak sekarang untuk memenuhi undangan Persidangan Meja Bulat anjuran PCOM bersama Khaled Mish'al
No comments:
Post a Comment