Mulakan saja dari apa-apa jenis buku yang anda minati. Membaca adalah serangkaian proses yang sentiasa berkembang. Secara berlahan-lahan dimensinya akan mencapah, kedalamannya menyusur akar. titik-titik yang terpecah-pecah akan bertaut. Kematangannya bukan hadir sekelip mata, bagaikan kehidupan tumbuh dan mendewasa.
oleh Mohd Rosli Ibrahim
"..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 87
Wednesday, December 11, 2013
Thursday, December 05, 2013
Penyatuan Hamas dan Fatah?
Assalamualaikum, entri ni dikarang dr hafidzi. Ini berikutan PAU yang sedang berlansung dan forum antarabangsa diadakan dan dijemput Khaled Misyal,Pengerusi Biro Pilitik HAMAS sebagai salah seorang panel.
Karangan Dr Hafidzi Mohd Noor
Jadi UMNO akan menjadi orang tengah menyatukan HAMAS dan Fatah. Komitmen ini amat dihargai oleh Khaled Mish'al.
Saya ulas di sini bukan untuk memperkecilkan niat murni UMNO yang sekarang ini sedang mengadakan Perhimpunan Agungnya dan Khaled Mish'al adalah tetamu hi-profil yang dijemput oleh UMNO kali ini.
Siapa pun tidak akan menjadi batu penghalang dan cuba menggagalkan perpaduan di kalangan rakyat Palestin. Tetapi tawaran ini dan sambutan ke atas inisiatif penting ini perlu dilihat dengan penilaian tertentu.
1. Soal perdamaian adalah soal pokok umat Islam. Tidak perlu diulas lagi dari sudut akidah dan tuntutan ukhuwah - apatah lagi dalam keadaan berhadapan dengan musuh hakiki (musuh sampai akhirat) umat Islam iaitu zionis.
2. Namun perpaduan itu ada asasnya. Apabila soalan yang sama diajukan kepada Dr Azzam Tamimi yang kebetulan juga ada di Malaysia saat ini, apakah harapan bagi HAMAS dan Fatah bersatu. Jawapan beliau sebagaimana yang diduga ialah perpaduan ini bolih menjadi kenyataan tetapi dengan syarat Fatah mengubah prinsipnya. Kenapa Fatah pula yang kena merubah prinsip? Sebabnya ialah Fatah kini tunduk kepada Israel dan menggadaikan prinsip-prinsip asas perjuangan Palestin. Dosa paling besar Fatah ialah mengiktiraf Israel bahkan melupuskan 78% dari bumi Palestin kepada Israel selama-lamanya. Fatah sanggup tunduk kepada perjanjian damai yang berat sebelah yang berterusan mengkhianati rakyat Palestin di luar Palestin bahkan rakyat Palestin yang berada di Tebing Barat, Baitul Makdis timur dan di kejiranan kota lama di mana terletaknya masjid al Aqsa. Fatah bersetuju dengan perjanjian Oslo. perjanjian Taba, Camp David yang jelas merupakan satu penipuan dan Fatah menjadi lumpuh dan menyaksikan sahaja pelanggaran demi pelanggaran yang dilakukan oleh Israel ke atas perjanjian yang di tanda tanganinya sendiri
Soalnya di sini bersediakan Fatah menukar prinsip perjuangannya yang bersepakat dengan Israel demi mengekang pergerakan dan perjuangan Hamas bukan sahaja di Tebing Barat bahkan di Gaza.
3. Khaled Mish'al adalah seorang yang faham erti diplomasi. Diplomasi dalam banyak keadaan adalah 'lakonan' yang dikedepankan sebagai untuk paparan rasmi. Sudah pastilah Khaled Mish'al akan bercakap soal perpaduan di mata umum kerana memang itupun hasrat dan harapan semua orang. Perjuangan Palestin sukar untuk menyatukan umat Islam dalam keadaan rakyatnya bersatu apatah lagi dalam keadaan rakyatnya bertelagah. Bahasa diplomasi ini jugalah yang digunakan oelh Khaled Mish'al apabila berada d Iran. Khaled Mish'al memuji Iran kerana menyokong perjuangan HAMAS. Bahkan ini jugalah bahasa diplomasi yang digunakan oleh PM Ismail Haniyeh ketika berada di Iran. Apakah bererti Khaled Mish 'al menyokong Iran dan sebuah kerajaan Syiah? Pastinya tidak. Yang diraikan dan disokong ialah sokongan Iran kepada Hamas. Dan seperti yang diulas oleh Dr Azam Tamimi, siapapun yang hendak menyokong perjuangan Hamas akan dialu-alukan dengan syarat sokongan itu tidak meletakkan pra syarat. Hamas mesti melakukan sesuatu atau mengambil satu pendirian jika ingin mendapatkan sokongan dari mana-mana pihak. Umpamanya kami akan bekalkan roket dengan syarat kamu bersedia untuk menyatakan sokongan ke atas Basyar Assad. Dalam ertikata yang lain siapapun yang sokong HAMAS akan dialu-alukan dengan syarat sokongan itu adalah sokongan yang tidak ada sebarang ikatan (no strings attached).
4. Apakah kita mengharapkan Khaled Mish'al akan berucap dalam perhimpunan Agung UMNO sebagai tetamu kehormat luar negara dalam bentuk ucapan bahasa perang dan konfrantasi dengan Fatah. Apakah kita mengharapkan Khaled Mish'al meluangkan slogan yang beliau luangkan di Gaza iaitu setiap inici dari bumi Palestin dari Jordan sampai Laut Mediteranean akan diambil semula dari israel dan sekutu sepakatnya Fatah? 'From the River to the sea, Palestine will be free!' atau berikrar untuk 'Menyertai PLO dan menguasainya kerana Fatah sudah tidak relevan dalam perjuangan pembebasan Palestin?
5. Apa yang akan berlaku inisiatif untuk menjadi orang tengah ini hanya tinggal retorik dalam Perhimpunan Agung. Setakat mana ia boleh diterjemahkan, sama-sama kita lihat. Kerana yang pertama bukan tidak pernah wujud kerajaan perpaduan Hamas dan Fatah sejak berlakunya Pilihanraya Legislatif pertama pada tahun 2006. Dua kali kerajaan perpaduan yang diketuai oleh teknokrat terungkai dan puluhan inisiatif yang lain berhadapan dengan jalan buntu samada yang diusahakan oelh Mesir, Yaman atau Arab Saudi.
6. Ketika Khaled Mish'al melakukan satu insiatif kerjasama dengan Fatah dengan bersetuju Presiden Mahmud Abbas sebagai presiden interim kepada sebuah kerajaan perpaduan dua tahun yang lalu - PM Ismail Haniyeh hanya mendiamkan diri. Tiada sebarang komen dari beliau. Akhirnya ia tinggal retorik di atas kertas dan sehingga hari ini tidak ada langkah susulan.
Selamat bersidang para perwakilan dalam Persidangan Agung UMNO.
Sekian. Perlu bergerak sekarang untuk memenuhi undangan Persidangan Meja Bulat anjuran PCOM bersama Khaled Mish'al

Tuesday, December 03, 2013
Muslim Rohingya
Salam,
Islam tidak memusuhi penganut agama lain tanpa sebab yang kukuh, seperti mereka terang-terangan memusuhi islam. Malah tidak memaksa mereka menganut Islam.Bayangkan jika kita berada dinegara yang minoriti muslim, pastilah berasa tak selamat jika penganut agama lain memandang serong kepada kita. Inilah yang terjadi kepada masyarakat rohingya. Jadi eloklah kiranya kita berlaku adil kepada non-muslim kerana banyak suara muslim yang ekstrim yang kita dengar memusuhi bukan Islam. Janganlah kita jadikan alasan kita negara majoriri muslim, maka mahu mengusir non muslim.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.
Islam tidak memusuhi penganut agama lain tanpa sebab yang kukuh, seperti mereka terang-terangan memusuhi islam. Malah tidak memaksa mereka menganut Islam.Bayangkan jika kita berada dinegara yang minoriti muslim, pastilah berasa tak selamat jika penganut agama lain memandang serong kepada kita. Inilah yang terjadi kepada masyarakat rohingya. Jadi eloklah kiranya kita berlaku adil kepada non-muslim kerana banyak suara muslim yang ekstrim yang kita dengar memusuhi bukan Islam. Janganlah kita jadikan alasan kita negara majoriri muslim, maka mahu mengusir non muslim.
Tangisan Muslim Rohingya, Malaysia terus membisu
SATU Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah diadakan akhir tahun lepas bagi mencapai kata sepakat berhubung isu penghapusan etnik Muslim Rohingyadi Myanmar. Hasil dari perhimpunan tersebut, satu resolusi telah berjaya dipersetujui dengan menggesa kerajaan Myanmar mengambil tindakan memperbaiki situasi dengan melindungi hak asasi manusia dan memberi hak kewarganegaraan masyarakat Islam.
Namun, reaksi cukup negatif telah ditunjukkan oleh masyarakat Buddha Rakhine. Di saat Muslim Rohingya diperintah berkurung, mereka telah menyerang dengan ganas Pasaraya Utama Maungdaw di Arakan dengan membakar tujuh kedai yang dimiliki oleh orang Islam dan membuat rompakan sebanyak 12 kedai. Mereka juga telah membakar sebuah masjid tertua di Arakan yang telah didirikan dari abad ke-19 yang dikenali sebagai ‘Hakim Ali’.
Pada bulan November 2013, satu delegasi OIC telah membuat lawatan ke Myanmar bagi meninjau nasib Muslim Rohingya yang terpaksa hidup dalam keadaan terancam. Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu dan anggota delegasi yang lain telah menghabiskan masa selama empat hari berhasrat untuk bertemu dengan presiden, menteri, kumpulan agama dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tetapi, Aung San Suu Kyi enggan menemui mereka.
Reaksi dari lawatan delegasi OIC tersebut, satu demonstrasi telahdilancarkan oleh puak sami-sami Buddha esktrimis sebagai tanda protes dan bantahan. Demonstrasi yang telah mendapat cop ‘halal’ dari pihak berkuasa kerajaan Myanmar dengan jelas membawa mesej ingin mengisyiharkan perang ke atas Islam dan kaum Muslimin.
Tidak cukup dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai, membakar hidup-hidup mangsa, membakar masjid, memusnahkan kubur, menyeksa kanak-kanak dan merogol gadis-gadis tanpa sifat kemanusiaan, mereka dengan berani mengangkat sepanduk yang membawa mesej melabelkan Islam sebagai agama haiwan. Dengan jelas, mereka mahu melenyapkan Islam di bumi Myanmar dengan meneruskan penindasan dan penghinaan terhadap umat Islam.
Di Malaysia, satu tindakan diambil diperingkat NGO dengan menubuhkan Koaliasi Menentang Ekstrimisme Agama di Myanmar (Coaliation Against Extremism in Myanmar-CAREM) bagi mengutuk sekerasnya terhadap penghinaan Islam yang dipamerkan dalam demonstrasi tersebut.
Mohd Azmi Abdul Hamid bertindak sebagai Koordinator CAREM telah mendesak semua penganut agama di dunia yang cintakan kedamaian, keharmonian dan saling hormat antara agama supaya menyatakan sikap dan pendirian mengecam tindakan kelompok esktrimis Buddha di Myanmar.
Tindakan kejam yang dilakukan oleh esktrimis Buddha telah melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB apabila bertindak melakukan keganasan antara agama. Dalai Lama sebagai ketua kerohanian penganut Buddha seluruh dunia perlu bersuara agar kerajaan Myanmar menghentikan penindasan terhadap penganut agama lain.
Anggota negara-negara Asean juga tidak boleh berdiam diri dengan sikap ‘lepas tangan’dan membisu dengan terusmemberi tekanan kepada kerajaan Myanmar supaya menghentikan polisi penindasan terhadap agama lain. Jika Myanmar terus bersikap ekstrim dan menjadikan masyarakat Islam Rohingya dalam suasana ketakutan, maka kedudukan Myanmar sebagai Pengerusi Asean 2014 juga perlu dikaji semula.
Negara-negara OIC juga perlu sebulat suara dalam menyatakan bantahan terhadap kebiadapan ekstrimis Buddha yang secara hakikatnya disokong oleh kerajaan Myanmar. OIC perlu mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Myanmar dan menuntut supaya semua kedutaan Myanmar di negara-negara OIC 'dihalau’ keluar jika kempen membenci Islam tidak dihentikan serta-merta.
Pendirian kerajaan Malaysia juga masih dinanti-nantikan di saat Kejohanan Sukan SEA kali ke 27 yang bakal berlangsung di Myanmar bermula 11 Disember ini. Kerajaan Malaysia sewajarnya membatalkan penyertaan olahragawan dan olahragawati Muslim dari Malaysia ke Sukan SEA tahun iniatas alasan kerajaan Myanmar bersikap anti Islam dan kehadiran atlet Islam yang tidak selamat dan tidak terjamin.
Seterusnya, kerajaan Malaysia secara bijaknya digesa untuk menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan Myanmar agar kerajaan Myanmar menghormati agama Islam dengan memberi kebebasan kepada orang Islam untuk hidup aman dan tenang sebagaimana penganut agama Buddha merasai kebebasan beragama di Malaysia.
Rakyat juga masih menunggu di mana suara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sinonim dengan membawa aspirasi anak muda agar memberi respon dengan penglibatan atlet Islam dalam Kejohanan Sukan SEA di Myanmar kali ini.
Hasil Nukilan,
ABDUL MALIK BIN AB RAZAK
Penulis ialah mahasiswa tahun 3 di Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Subscribe to:
Posts (Atom)