Mulakan pagi anda dengan doa

Thursday, October 09, 2008

"Segala puji bagi ALLAH yang mendidikku,

Dan menghilangkan kebutaan mataku dan

yang menunjukkan jalan yang lurus,

Yang memuliakanku dan meneguhkan hujahku.

Selawat dan salam tetap dicurahkan kepada

Nabi Muhammad SAW.,

Sebaik-baik makhluk keturunan manusia,

Kepada keluarga,sahabat-sahabatnya yang mulia,

Dan seterusnya orang yang berjalan dijalannya

dan mengikutinya.

Ini puisi untuk orang berjaya ,

Yang memiliki cita-cita setinggi bintang dilangit ,

Untuk mereka yang memiliki tekad yang kuat,

Aku persembahkan kepada kamu wahai

saudara-saudaraku,

Wahai orang yang mengharapkan kemuliaan,

Dan berjalan menggapai Firdaus dan keredhaan,

Dengarlah,kusampaikan nasihat dan kerjakanlah ia,

Berusahalah mengerjakannya selagi

nyawa dikandung badan,

Aku berlindung kepada Allah swt daripada rendahnya

cita-cita,lemahnya tekad,

hinanya tujuan,

buruknya tabiat dan longlainya jiwa,

Semoga ALLAH swt sentiasa memberkati

umat seislamku,

Aku berlindung kepada Tuhan yang

Mulia sebagai Tuhan kita,

Daripada kelemahan dalam berusaha

atau malas.

nukilan:Dr.A'idh Abdullah Al-Qarni,Kunci Kejayaan Minda terbitan telaga biru



Maka berkatalah sang semut yang mulia,,

"AKu belum pernah melihat betapa aibnya manusia ,seperti aibnya org yang mampu melakukan tugas dgn sempurna tapi x mahu melakukannya.
Malulah manusia pd sang semut kerana ia mampu memikul beban berpuluh kali ganda lebih berat dr badannya,..

0 comments: