Wednesday, December 21, 2011

heterogenous

Asslamualaikum.
1. Selalu sangat lupa. Tika diberi peluang kedua oleh supervisor yang baik hati, berusahalah sepenuh hati Mohaini. Sepenuh hati tak cukup, sepenuh kudrat.
2. Syukur itu mesti diterjemah melalui perbuatan. Kalau perkataan sahaja mengucap syukur,update status fb, tapi masih malas lagi nak buat tugas, nak beribadah, apa gunanya itu.
-nikmat itu sebenarnya ujian, ujian itu nikmat. kita selalu nak "marah "tuhan kalau dapat ujian.
3.Minggu lepas, charger laptop rosak buat kali kedua, habislah duit rm200,apalah nasibku, dahla tiada biasiswa, masa depan pun rasa kelam je mengenangkan itu. Memikirkan itu membuat hati berasa amat marah hingga tertidur. Esoknya, entah apa adik bongsu buat, mujurlah dapat guna balik. Tuhan nak uji kejap pun mung dah nak mengamuk.
4. Masih takut untuk bercita-cita tinggi. Boleh ke....boleh ke....
5. Kereta proton baru pakai hampir 3 tahun, tapi bukan main banyak rosak. Tapi padanlah harga yang dibayar. Janganlah merajuk SAGA lepas hamba tulis dalam blog ni.
6. Ya Allah, harap2 tahun depan 2012 boleh habiskan semua objektif.
7. Kalau tak mampu nak tolong balas jasa mak ayah dengan bagi duit tiap2 bulan, tolong mereka dengan buat kerja rumah:kemas rumah, jemur baju, masak.etc.

Sunday, December 18, 2011

bercakap ditelefon

Saya tak tahu masalah ini dialami oleh orang lain atau tidak.
Bila bercakap di telefon saya kurang jelas apa yang dituturkan oleh orang disana dan saya akan cakap "ye" sahaja.

Sunday, December 04, 2011

Penyejuk mata

Assalamualaikum.


Saya dan sahabat2 berkumpul untuk melawat sahabat yang baru menyambut cahayamata. Sepanjang perjalanan, memang tak berhenti bercakap,menanyakan khabar.blabla. Tapi kan, dalam banyak -banyak topik, ada satu topik yang sentiasa evergreen. Iaitu kahwin!!:) Kenapa ye kita asyik cakap pasal kahwin ni? Sebab umur kita kot. Kalau umur 20-21, bincang pun main-main, tapi sekarang, realiti dan umurnya sudah tiba., kami bincang secara serius iaitu sampai ke bab pendidikan anak-anak (tarbiyatul aulad). Diri terfikir, kalau diri sendiri tak tertabiyah, bagaimana nak mentarbiyah anak sendiri. -ve sungguh. Satu perkara untuk difikirkan dan pelbagai perkara lagi. Sebenarnya nak elak topik kahwin. Sebab ramai sangat dah orang tulis pasal kahwin.;)


Oklah, bagi wanita-wanita yang belum berkahwin, mari menjadi penyejuk mata bagi ibubapa dan......


Wanita, Bersediakah Anda Menjadi Penyejuk Mata?
 ” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”


Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia? Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka. Tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?

Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.

Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.

Sedarkah anda , bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?

Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.

Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.

Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.

Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.

Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan Al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah ; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?

Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat ‘penyejuk mata’ tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.

Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!

Sekian.
artikel dari myilham.com.

Saturday, November 26, 2011

doa akhir & awal tahun

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan seluruh sahabat baginda.
Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, dan kami belum bertaubat darinya padahal Engkau tidak meredhainya dan belum melupakannya malah Engkau berlembut dan tidak mengazabkan kami, serta memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri dalam maksiat kepada-Mu. Maka kami memohon pengampunan-Mu dan ampunkanlah kami. Dan apa-apa perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau Redhai dan Engkau janjikan baginya pahala, maka kami memohon kepada-Mu ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerimanya daripada kami, dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami, Wahai Tuhan yang Maha Pemurah.
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian Alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan seluruh sahabat baginda, Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.




Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, Rasul yang termulia, keluarga dan seluruh sahabat baginda.
Ya Allah ya Tuhan Kami, Engkaulah Tuhan Yang Abadi, Sedia Ada dan Tiada Permulaan, kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat banyak dan sangat diharapkan.
Tibalah tahun baru ini kepada kami, kami memohon kepada-Mu agar terpelihara kami dalam tahun ini daripada Syaitan yang direjam, dan para kuncu-kuncunya serta bala tenteranya.
Dan kami memohon pertolongan-Mu mengalahkan runtutan nafsu amarah (yang mendorong) ke arah kejahatan.
Dan kami jua memohon rasa sedia ingin membuat perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kami kepada-Mu, Wahai Yang mempunyai keagungan dan kemuliaan,Sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian Alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan seluruh sahabat baginda. Dan segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Friday, November 25, 2011

Air Kelantan

Assalamualaikum.
Bismillah.
*hamba=saya

Dengan ini hamba berasa sangat dukacita dengan berita yang bukan-bukan pasal negeri hamba. Maklumlah, pemerintah negeri hamba sudah lama berkuasa,  pihak berkuasa pusat memandang negeri hamba ini semacam  saja. Ada sahaja yang tak kena. Femes juga negeri hamba ini. Boleh dikatakan hari-hari masuk akhbar berbanding dengan negeri lain, perlis khususnya (jangan murih ya orang perlis, negeri perlis ini rakyat dan pemerintahnya berjuruh belaka dan tak banyak  buat “kes”). Dari kes royalti minyak hingga ke isu bekalan air, hamba rasa negeri ini sebahagian dari selatan Thai pulak.  Hamba hanya mahu sentuh mengenai isu air sahaja.

Zaman hamba tinggal di pedalaman felda tahun 90-an, jarang sekali hendak merasai air paip keluar dari muncungnya. Ayahanda dan ibunda akan bangun jam 2-3 pagi menadah air, kerana hanya pada  waktu itulah air paip akan keluar dan boleh ditadah. Kalau tidak ada air langsung dalam tangki air, kami pergi mandi  di sungai  ataupun mandi di perigi buatan yang airnya bewarna seperti teh susu cair. Boleh dikatakan setiap rumah penduduk felda ada perigi.  Sudah lebih 10 tahun, tidak pasti pula, penduduk felda masih mengalami masalah air lagi ke tidak. Pada waktu itu juga, air paip dikampung hamba amatlah memuaskan, tak macam sekarang sampai perlu menggunakan air telaga. Mungkin tidak cukup tangki untuk menampung pertambahan populasi.

Air Kelantan berkarat? Sebenarnya ia agak subjektif, tidak semua tempat berkarat, kerana air di rumah hamba tidak berkarat. Tapi di tempat hamba mengaji, airnya memang berkarat. Mungkin  saluran paip sudah berkarat atau memang airnya berkarat. E.coli dalam air?

E.coli merupakan bacteria baik yang akan dijumpai dalam badan manusia.  Tetapi tak semuanya baik. Masih ingatkah anda, heboh di Jerman ada yang maut akibat E.coli, rupanya-rupanya E.coli itu ialah enterohemorrhagic E.coli, yang akan menyebabkan bloody diarrhea; kegagalan ginjal, platelet count rendah dan anemia.  Kementerian Kesihatan menetapkan E.coli hendaklah tidak melebihi, 0.4%.Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011.


"Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%),  Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 0.4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawatt di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat  -TGNA-

 Mengenai kandungan fluoride dalam air, selain menjadi tanggungjawab air Kelantan sdn bhd, bahkan ianya juga jadi dibawah seliaan kementerian.  Sila rujuk kepada Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010) bab 20, Meningkatkan Taraf Kesihatan menyebut;

20.12 Aktiviti kesihatan pergigian dilaksana bagi menggalak kesedaran tentang pentingnya amalan pergigian yang baik untuk menambah baik kualiti hidup. Bagi mencegah pereputan gigi, pemfluoridaan bekalan air terus dijalankan. Sehubungan ini, sembilan loji rawatan air dilengkapkan dengan saluran fluorida di negeri Kedah dan Perak menjadikan bilangan loji yang dipasang penyalur kepada 249 daripada sejumlah 440 loji. Program penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif untuk pelajar sekolah bertujuan mengenal pasti dan merawat masalah pergigian di peringkat awal terus dilaksana dalam tempoh Rancangan yang memanfaatkan lebih 90 peratus pelajar sekolah rendah.

 Silakan mereka yang berada di bilik berhawa dingin Kementerian Kesihatan untuk menjelaskan maksud pernyataan ini. Bukankah bisa difahami bahawa sebenarnya Kementerian Kesihatan mempunyai peruntukan kewangan untuk program pemfluoridaan bekalan air tetapi kenapa Kelantan dianak tirikan?di petik disini


Nota:
1. Patutlah gigi hamba tak cantik macam gigi orang negeri lain. =)
2. TPM kita datang Kelantan, dalam ceramahnya, macam biasalah; kalu demo undi kami, kami tolong demo, kalu dok, rongaklah gigi dan masa depan anak-anak demo semua. =)
3. Hamba akur banyak negeri ini banyak juga cacat celanya, tapi tak bermakna orang tegur kita terus melenting, yang salah tetap salah. Jangan dilupa, orang negeri hamba patriotiknya lebih sedikit. 
4. Ahlan ya 1433 Hijri. Ya Allah, hamba banyak khilaf.
5. Siling makmal bocor, bilalah mahu siap baiki, udah lama hamba menunggu, hamba sayang makmal tu. Dengar2 masalah bajet, biasalah hujung tahun.
Sekian.

Monday, November 21, 2011

rindu perlu dicanang

Assalamualaikum.
Ramai  pulak orang yang saya rindu, bila kita rindu orang tu, perlukah kita beritahu  orang itu yang kita sedang merinduinya? Orang yang soleh tentunya merindukan perjuangan dan Rasulullah.Orang yg tak soleh macam saya hari2 rindu sahabat-sahabat, ahli keluarga yang jauh dimata.

Kalau dulu, saya selalu rindu dia, sekarang rindu juga;
afrina saffiyah bt muhammad kamarul ariffin

cuma sekarang bertambah seorang lagi yang perlu dirindui.
                                                        naqib izzudin b mohd najmi

Orang kata kalau kita mimpi seseorang, maknanya org itu rindukan kita. wah, sama2 rindu.
Sekarang saya rindu sahabat2 masa disekolah dahulu. Tak tahulah kenapa saya sangat segan nak contact mereka,tapi mujurlah ada juga saya contact sahabat2 yang pernah sekelas. Tidaklah terasa "jauh" sangat, sebab orang tak popular, lagilah orang tak ingat.=)
Oklah, masa kerja menimbun inilah, tangan gatal nak tulis kat blog.
Moga saya makin matang macam orang lain.

Sunday, October 30, 2011

HAMAS vs FATAH

Salam, terfikir , apa beza HAMAS dan FATAH? Keduanya parti yang disertai muslim kan? Kenapa x bersatu je? (sambil garu kepala yg tak gatal & agak sarkastik).Tapi serius sy memang tak tahu details pasal mereka.

Sunday, October 23, 2011

salah

Jangan salahkan angin jika kita pokok kita tumbang, melainkan  kita sudah menyirami dan  membajai selalu dengan harapan.

Entah sampai ke tidak apa yang nak saya sampaikan. Kita suka menyalahkan orang lain kalau anak kita rosak, tapi usaha kita banyak mana ?< nada lain:anak tukar dengan agama>

Friday, September 30, 2011

awkward

Assalamualaikum.

Yes, very true. For me.
Sekolah rendah, menengah, matrikulasi, universiti, setiap zaman ada kawan baik. Bila semua mengikut haluan masing-masing, bila bertahun-tahun tak jumpa, bila berjumpa, jadi AWKWARD. Macam tak  pernah jadi kawan baik. Susah untuk orang yang tak "banyak mulut", nak fikir, apa nak cakap bila jumpa kawan baik nanti. Atau facebook dah menyebabkan kemanisan persahabatan itu hilang? Ketahuilah walaupun jarang contact/jumpa, tapi tetap diingati.Ukhwah itu bukan terletak pada berapa kerap kali pertemuan tapi, ingatan sahabat dalam doanya terhadap sahabat yang lain.

Tuesday, September 27, 2011

tudung

Kalau tak pakai tudung bulat, susah nak jumpa tudung yang berkenan (cantik+tak jarang+labuh).Banyak tudung bawal, labuh, cantik, tapi jarang la pulak..Mana nak cari yg betul2 menepati citarasa.Saya pernah beli tudung pastu, tiba2 rasa tak berkenan, membazir sahaja, simpan dalam almari. Dahla mahal.Ish. Sekarang tangan tengah gatal cari online, takut pulak nak tempah, sebab takut tiba2 tak ok bila depan mata (nipis).

Ok, itu je, saje nak mengeluh dalam blog.

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia & sunnah

Assalamualaikum buat pembaca yang budiman,

16 September 1963 Malaysia ditubuhkan. Selamat Hari Malaysia yang pertama.

Tak tahu nak tulis apa kat blog, nak menulis tak pandai. Nak copy paste malas. Nak luahkan perasaan nanti orang boleh detect.Tulis pasal diri sendiri paling senang. Beratnya mulut, nak bagi salam, assalamualaikum, nak ucap subhanallah, nak ucap alhamdulillah. Apapun mari kita ikuti sunnah dengan:
Instead of hi, say assalamualaikum,
Instead of bye, say fiamanillah or assalamualaikum,

Credit to people who made this cute poster, really answer my thought lately. Alhamdulillah.
Really fall in love with tumblr, since i can "steal" quotes, marvellous pictures from there, even i have one tumblr account. Poster above was taken from tumblr. Till then, bye. eh, fiamanillah, moga dalam lindungan Allah.

Wednesday, August 24, 2011

baca

Assalamualaikum,
Membaca boleh menjana ilmu kan.
Tapi saya lagi suka tengok benda gerak2; TV , internet.
Kalaulah saya rajin membaca, insyaAllah ilmu penuh didada.



Tuesday, August 02, 2011

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN..APAKAH KITA MERASAI KEBERKATANNYA

Ya abnaa al jama'ah.. 
Ramadhan Al Mubarak..bulan yang diberkati. Memang bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Maksudnya bulan yang melimpah ruah kebaikan..lebih teruja untuk beramal soleh..amal soleh diganjari dengan pahala yang berlipat ganda..amal kejahatan dibalasi dengan dosa yang berganda juga kecuali bertaubat dan memohon keampunan ..Allah Maha Penerima Taubat dan membuka ruang keampunan yang lebih luas di bulan Ramadhan.
Namun apakah cukup bulan Ramadhan yang diberkati..bagaimana kita. Apakah kita selaku ummat Nabi terangsang dan teruja untuk mendapat keberkatan? Dengan makna berlimpah ruah amalan kita..bertambah-tambah kebaikan dalam diri kita..? atau kita hanya melalui bulan Ramadhan rutin biasa kita sahaja..sahur sebelum subuh..menahan lapar dan dahaga di waktu siang..berbuka dan solat tarawih..dan di hujung bulan Ramadhan ini kita menyambut hari raya...
Sebenarnya inilah peluang dan ruang untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadah kita..ABi mencadangkan modul-modul berikut untuk antum semua :
 
1. Bangunlah seawal jam 4 pagi..ambil wudhu..solat tahajjud 8 rakaat..banyakkan istighfar paling tidak 100 kali,..banyakkan tahlil paling tidak 100 kali, banyakkanlah selawat paling tidak 100 kali...dan berdoalah sungguh-sungguh padaNya...mohonlah keampunanNya..mohonlah keikhlasan dariNya..mohonlah kekuatan dariNya..mohonlah agar istiqamah..mohonlah kebersihan jiwa dariNya...
 
2. Bacalah Al Quran sekerap yang boleh paling tidak sehari 1 juzuk.. `Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'..Al Muzzammil: 6
 
3. Istiqamahlah dengan wirid al ma'thurat..paling tidak wazifah sughro ( bacaan 3 kali )..jangan ditinggalkan..inilah makanan ruh yang amat lazat di bulan Ramadhan..
 
4. Usahakan solat fardhu subuh hingga ke 'isya berjamaah. Dan jangan tertinggal solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum dan selepas dzohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas maghrib juga 2 rakaat selepas 'isya...Juga usahakanlah solat sunat Dhuha 2 rakaat.."Ya Allah..kalaulah rezkiku ada di langit turunkanlah ia..dan kalau ianya di bumi keluarkanlah ia..dan kalau ianya jauh dekatkanlah..dan kalau ianya dekat mudahkanlah..dan kalau ianya sedikit banyakkanlah..dan kalau ianya banyak ringankanlah ia...."
 
5. Usahakanlah sekerasnya agar antum tidak tertinggal untuk solat sunat tarawih..samaada berjamaah mahupun dibuat sendiri kerana kesibukan atau musafir atau yang lainnya. Bagaikan tidak ada makna bulan Ramadhan jika antum mengabaikan solat tarawih...kerana ianya hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.
 
6. Solatlah sunat witir samaada 1 rakaat atau 3 rakaat..sebelum tidor atau pun selepas bangun dari tidor iaitu selepas mengerjakan solat tahajjud. Dan amalan ini tidak sayugianya hanya di bulan Ramadhan bahkan di setiap malam selain bulan yang berkat ini..
 
7. Sebelum tidor berwudhulah..jangan tidor lewat sebab nak bangun awal. Seeloknya bacalah surah al Mulk, al Waqiah dan Yaa Sin sebelum tidor..jadikanlah tidor itu juga sebagai ibadah...
 
7. Inilah juga peluang untuk diperbanyakkan pembacaan buku-buku Islami..menghafaz ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W...sebagai memenuhi masa-masa yang terluang di bulan berkat ini.

Monday, August 01, 2011

sayu

Saya tahu ma dan ayah saya sayu mengenangkan anak bongsunya dan kedua bongsu pertama kali puasa di asrama. Terutamanya anak bongsunya, nun di labu.

Sunday, July 10, 2011

Joint Letter to Prime Minister Dato’ Sri Mohammed Najib bin Tun Abdul Razak on Violations against Bersih 2.0

It is a letter sent by Human Rights Watch, an independent organization dedicated to defend human right around the world. This letter copied from their website. www.hrw.org.

July 4, 2011
Prime Minister Dato' Sri Mohammed Najib bin Tun Abdul Razak
Office of the Prime Minister
Main Block, Perdana Putra Building
Federal Government Administrative Centre
62502 Putrajaya, MALAYSIA
Via facsimile: +60-3-8888-3444
Re: Human Rights Violations against Bersih 2.0
Dear Prime Minister Najib,
We write to raise our very serious concerns about the escalating harassment, intimidation, and crackdown by your government against the leaders and supporters of the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih).

Wednesday, July 06, 2011

simbah minyak

Sekarang, semua orang boleh berfikir, semua orang nilai tindak tanduk kamu.
Cuma mereka senyap.
Buatlah lagi,
Jangan salahkan kami,
Kamu sendiri yang simbah minyak ke bara api.

Goverment is TOO MUCH, TV is TOO MUCH, B.harian is  TOO MUCH, Utusan melayu is  TOO MUCH,
LIKE THEY ARE THE ONLY WARRIORS OF PEACE.

Moga ALLAH ampuni saya.

Sunday, June 12, 2011

pengajaran piala FA

kehidupan mesti diteruskan,
kemaskan strategi,
jangan cepat patah semangat,
kuatkan azam.

mungkin banyak hikmahnya.

huh, fanatik betul ore kelate nie.

Thursday, June 09, 2011

take back your heart

Assalamualaikum.I wanna share this article, hope we can get as much as possible lessons from this article and give more courages for me to CHANGE.Taken from suhaib webb dot com.
No one likes to fall. And few people would ever choose to drown. But in struggling through the ocean of this life, sometimes it’s so hard not to let the world in. Sometimes the ocean does enter us. The dunya does seep into our hearts.
And like the water that breaks the boat, when dunya enters, it shatters our heart.  It shatters the boat. Recently, I was reminded of what a broken boat looks like, of what happens when you let everything in. I was reminded because I saw someone, just like me, fall in love too much with this life and seek to be filled by the creation. So the ocean of dunya shattered her boat, as it had shattered mine, and she fell out into the water.  But she stayed down too long, and didn’t know how to come back up or what to hold on to.
So she drowned.
If you allow dunya to own your heart, like the ocean that owns the boat, it will take over. You will sink down to the depths of the sea. You will touch the ocean floor. And you will feel as though you were at your lowest point. Entrapped by your sins and the love of this life, you will feel broken. Surrounded by darkness. That’s the amazing thing about the floor of the ocean. No light reaches it.
But, this dark place is not the end. Remember that the darkness of night precedes the dawn. And as long as your heart still beats, this is not the death of it. You don’t have to die here. Sometimes, the ocean floor is only a stop on the journey. And it is when you are at this lowest point, that you are faced with a choice. You can stay there at the bottom, until you drown. Or you can gather pearls and rise back up—stronger from the swim, and richer from the jewels.
is this the deep, dark ocean?
If you seek Him, God can raise you up, and replace the darkness of the ocean, with the light of His sun. He can transform what was once your greatest weakness into your greatest strength, and a means of growth, purification and redemption. Know that transformation sometimes begins with a fall. So never curse the fall. The ground is where humility lives. Take it. Learn it. Breathe it in. And then come back stronger, humbler and more aware of your need for Him. Come back having seen your own nothingness and His greatness. Know that if you have seen that Reality, you have seen much. For the one who is truly deceived is the one who sees his own self—but not Him.  Deprived is the one who has never witnessed his own desperate need for God.  Reliant on his own means, he forgets that the means, his own soul, and everything else in existence are His creation.
Seek God to bring you back up, for when He does, He will rebuild your ship. The heart that you thought was forever damaged will be mended. What was shattered will be whole again. Know that only He can do this. Seek Him.
And when He saves you, beg forgiveness for the fall, feel remorse over it—but not despair.  As Ibn ul Qayyim (RA) has said: “Satan rejoiced when Adam (peace be upon him) came out of Paradise, but he did not know that when a diver sinks into the sea, he collects pearls and then rises again.”
There is a powerful and amazing thing about tawbah (repentance) and turning back to Allah (swt). We are told that it is apolish for the heart. What’s amazing about a polish is that it doesn’t just clean. It makes the object that is polished even shiner than it was before it got dirty. If you come back to God, seek His forgiveness, and refocus your life and heart on Him, you have the potential to be even richer than if you’d never fallen at all. Sometimes falling and coming back up gives you wisdom and humility that you may never otherwise have had. Ibn ul Qayyim (RA) writes:
One of the Salaf [Pious Predecessors] said: “Indeed a servant commits a sin by which he enters Paradise; and another does a good deed by which he enters the Fire.” It was asked: How is that? So he replied: “The one who committed the sin, constantly thinks about it; which causes him to fear it, regret it, weep over it and feel ashamed in front of his Lord—the Most High—due to it. He stands before Allah, broken-hearted and with his head lowered in humility. So this sin is more beneficial to him than doing many acts of obedience, since it caused him to have humility and humbleness—which leads to the servant’s happiness and success—to the extent that this sin becomes the cause for him entering Paradise. As for the doer of good, then he does not consider this good a favor from his Lord upon him. Rather, he becomes arrogant and amazed with himself, saying: I have achieved such and such, and such and such. So this further increases him in self-adulation, pride and arrogance—such that this becomes the cause for his destruction.”
Allah (swt) reminds us in the Qur’an to never lose hope. He says: “Say, ‘O My servants who have transgressed against their souls [by sinning], despair not of the mercy of Allah. Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful,’” (39:53).
And so, this is a call to all those who have become enslaved by the tyranny of the self, imprisoned in the dungeon of thenafs (self) and desires.  It is a call to all those who have entered the ocean of dunya, who have sunk into its depths, and become trapped by its crushing waves. Rise up. Rise up to the air, to the Real world above the prison of the ocean. Rise up to your freedom. Rise up and come back to life. Leave the death of your soul behind you. Your heart can still live and be stronger and purer than it ever was. Does not the polish of tawbah remake the heart even more beautiful than it was? Remove the veil you have sewn with your sins. Remove the veil between you and Life, between you and Freedom, between you and Light—between you and God.  Remove the veil and rise up. Come back to yourself. Come back to where you began. Come back Home. Know that when all the other doors have shut in your face, there is One that is always open. Always. Seek it. Seek Him and He will guide you through the waves of the cruel ocean, into the mercy of the sun.
This world cannot break you—unless you give it permission. And it cannot own you unless you hand it the keys – unless you give it your heart.  And so, if you have handed those keys to dunya for a while—take them back. This isn’t the End. You don’t have to die here. Reclaim your heart and place it with its rightful owner:
God.

Thursday, June 02, 2011

hati

-hati sendiri pun susah diduga-
-bersabarlah-
-if God is all you have, u have all you need-

kredit gambar:http://browse.deviantart.com/?qh=&section=&global=1&q=heart#/dnhy16

Wednesday, June 01, 2011

cepat

Mohaini, cepat2 habiskan master.lepas tu bolehlah nak berehat-rehat kan.Jangan mengada-ngada.

Tuesday, May 10, 2011

rationalisasi subsidi katanya

Gambarajah menunjukkan peningkatan harga gula. chart dia salah tahun ,may 10 2011 sepatutnya.
  harga gula naik, bak kata bapak menteri, kuranglah gula dalam makanan, x baik untuk kesihatan tau!!.
penyelarasan subsidi, kesian la kerajaan sangat terbeban.
ayat utusan merapu: kerajaan mengurangkan/ menyelaraskan subsidi
ayat selain utusan: kerajaan naikkan harga gula
selepas itu, membandingkan harga dengan negara2 sekitar.
tahukah anda, di Thailand, rakyat hanya perlu sediakan pakaian sekolah sahaja dan pergi sekolah belajar.yang lain,;yuran2 semua ditanggung kerajaan.(sumber: tukang rumah yg kat rumah sy, dia orang siam).

Naik-naik la, ayat berbunyi begini akan kedengaran"setelah mengkaji & ambil kira kesusahan rakyat, kami turunkan harga,blabla.."pastu PRU 13 pada sekian, sekian.sekian.Itulah namanya politik.

sekian.

Thursday, May 05, 2011

zaman kecik2

Assalamualaikum,
ini n3 kedua untuk hari ni.


Mak saya cerita, zaman kecik saya budak yang rajin,rajin macamana?
Masa mak saya tengah masak pun, saya datang dekat mak nak suruh dia ajar mengaji Quran, rajin kan?
Lepas balik sekolah pun, terus buat kerja sekolah, baca buku,tapi itu semua zaman belum baligh lagi, hati pun bersih lagi. 


Zaman dulu, tengok tv pun cerita Usop Sontorian, Doremon, Keluangman je.Power rangers x minat.Pastu yang ilmiah sikit,Along(yang pakai maskot),ada Siti Sifir.Kelakar bila fikir balik.Ada satu lagu yang saya ingat, "anak rusa nani,...."Tak kurangnya minat lagu balada macam kump spoon, ape lagi ye x ingat. Tapi sangat jarang tengok tv, sebab rumah x de tv,nak tengok pun pergi rumah jiran. Jadi, masa banyak di buku @ main2 dengan kawan; pergi mandi sungai, main masak2, "camping", mainan kg-main guli, tenten. nusuk(menyorok). Naik basikal Semua itu zaman kanak2 masa saya di Felda Chiku 03, Gua Musang.Umur 4-11 tahun.  Zaman air tak ada, kena pergi mandi perigi hari2, mujurlah kecik lagi, mandi tak pakai baju pun tak pa. Terjumpa babi hutan  adalah perkara biasa. 


Rajin rupanya budak ni zaman kecik.Orang kata masa semangat tengah pudar, kenanglah dulu anda rupanya pernah "berjaya".Apapun sekarang saya disini, zaman itu sudah lebih 10 tahun berlalu. Moga apapun yang pernah berlaku, baik atau buruk, akan diteladani oleh saya. InsyaAllah.


Memang suka banding2, 
http://muhayniey.blogspot.com/2008_04_01_archive.html

Responsible


Take responsibility of your life,Mohaini!!

Monday, May 02, 2011

kalam Ibn-Ataillah


Kalam  Ibnu Athaillah:
JANGANLAH KERANA KELAMBATAN MASA PEMBERIAN TUHAN KEPADA KAMU, PADAHAL KAMU TELAH BERSUNGGUH-SUNGGUH BERDOA, MEMBUAT KAMU BERPUTUS ASA, SEBAB ALLAH MENJAMIN UNTUK MENERIMA SEMUA DOA,UNTUK KAMU, TIDAK MENURUT KEHENDAK KAMU, DAN PADA WAKTU YANG DITENTUKAN-NYA, TIDAK PADA WAKTU YANG KAMU TENTUKAN

Sunday, April 24, 2011

reflection

Assalamualaikum,

1)Whenever i walked towards the car going back home after working, i reflected a lot. "what i have done today" and  i regret if i wasted my precious, never comeback time by doing unlawful things.Things should be settled that day, but i adjourned it. Until i need to find suitable time to prepare myself.  That's why time management is very crucial. 

2) Lately, i find myself always defeated. I should avoid tv and be friend with books, journals, and spend less time in front of tv watching KBS. 

3)It's okay if we do mistakes, but make sure the same mistakes would not happen again. For 23 years, i've been experiencing ups and down in this life. Still remember, unsatisfied SPM result made me strived to the fullest during matriculation period. And undergraduate was like "honeymoon" for me. Now, the chance is given, hope i can achieve my dream without repeating the same mistakes.

4) FIGHTING

Monday, March 21, 2011

ingat Allah

dalam sehari-hari, masa mana ingat Allah, kalau selalu dengar lagu kokse saja

Tuesday, March 08, 2011

tak tahu disaman

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/8/nation/8208150&sec=nation
"Only 4% of the 17.3 million outstanding traffic summonses at the end of last month have been settled a week after an extension was granted on the 50% discount offer, Deputy Home Minister Datuk Wira Abu Seman Yusop said"
macam mana nak bayar, kalau diri sendiri tak tahu dia ada saman.tiba2 polis datang rumah, bawak gari.siap kena check dulu dalam web/ sms.

Thursday, March 03, 2011

risau dan kawal diri

"Aah, rasa semalam baru aja hari jumaat, nie dah datang hari jumaat balik", A mengeluh.Lalu rutin biasanya dilakukan.
Tiada apa yang baru, seperti biasa, rasa tak perlu buat perubahan, sebab tahu dah, kalau berubah pun kejap je.
Lalu dari minggu ke minggu seringkali mengeluh dan menyesal tak berusaha betul2. Menyesal tak belajar betul2, kadang2 banyak masa dihabiskan dengan berfikir,kenapa dan kenapa.

You can’t change the past, but you can ruin the present by worrying about the future

Kenapa harus difikirkan masa yang tak akan kembali? Baik fikir apa yang akan dilakukan pada masa yang Allah beri, iaitu sekarang!Fokus terhadap sekarang, perancangan yang bijak ditambah dengan usaha yang bersungguh.
Bagaimana nak usaha bersungguh2; self- control.
Self-control is the key to self-mastery
Mengawal diri supaya konsisten, mengawal diri supaya tidak malas, mengawal diri supaya tidak terlebih itu ini( perbuatan x elok).

KAWAL DIRI
KAWAL DIRI
KAWAL DIRI
KAWAL DIRI

Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita.