Dialog Sheikh Mutawalli As Sya'rowy Dengan Pelampau Agama
Pernah pada suatu hari,aku berdialog dengan seorang pemuda yang mengikuti aliran ‘pelampau’ dalam memahami Islam (Golongan Mutasyaddid) dan aku bertanya padanya :“Perbuatan mengebom pusat hiburan yang beroperasi pada malam hari yang wujud di Negara-negara Umat Islam Halal atau Haramkah hukum?”
Anak muda itu pun menjawab kepadaku : “Ya,sudah pasti ianya Halal! Membunuh mereka yang berada di dalamnya juga Halal hukumnya!”
Aku bertanya lagi padanya : “Apakah kesudahan mereka sekiranya ketika engkau membunuh mereka itu mereka berada dalam keadaan sedang melakukan maksiat pada Allah?"
Pemuda itu lantas menjawab : “Pastilah Neraka buat mereka!”
Aku teruskan pertanyaanku padanya : “Ke manakah Syaitan bermatlamat untuk membawa mereka?
Dia menjawab : “Sudah semestinyalah matlamat Syaitan untuk membawa mereka ke Neraka!”
Lantas aku pun berkata padanya : “Kalau begitu,kumpulan kamu dan Syaitan sedang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu – iaitu memasuk dan menjerumuskan manusia ke dalam Neraka!”
Aku sebutkan padanya Hadith Rasulullah S.A.W : Ketika lalunya jenazah seorang Yahudi di hadapan Rasulullah S.A.W maka Baginda S.A.W pun menangis.
Lalu ditanyakan kepada Baginda S.A.W : Apakah yang telah membuatkan Engkau menangis wahai Rasulullah S.A.W?
Baginda S.A.W menjawab : “Satu nyawa telah terlepas dariku dan telah pergi ke neraka”.
Aku nyatakan pada anak muda itu : “Lihatlah perbezaan yang amat ketara antara kamu semua dengan Baginda Rasulullah S.A.W yang bersungguh-sungguh berusaha untuk menyampaikan Hidayah kepada manusia dan menyelamatkan mereka dari api Neraka!
Sesungguhnya kamu sedang berada di satu lembah dan Kekasih Agung Junjungan kita Rasulullah S.A.W pula berada di lembah yang lain dari kumpulanmu!"
1)Dialog diatas diambil dari http://jomfaham.blogspot.com/
2)MasyaAllah, rupa-rupanya Nabi SAW sangat berhikmah dakwahnya dan pengasih terhadap manusia walaupun belum Islam lagi. Seboleh-bolehnya nak orang lain pun merasai syurga!
3)Lihatlah apa reaksi umat Islam diseluruh dunia. Di Libya contohnya, sampaikan diplomat AS dibunuh, sungguh dangkal pemikiran mereka.
4)Tatkala umat Islam diArab(khususnya) buat demo, serang diplomat AS, tapi muslim di Britain sebarkan risalah pasal Nabi SAW. Mulianya mereka, kalau ikut logik, bila orang hina kita, kita hina dia balik.Tapi lihatlah bagaimana mereka berdakwah.
5)Marah itu perlu bila Islam diserang oleh musyrikin, tapi bijaklah sikit.
6)Saya tak pelik kalau non-muslim tak faham Islam,hina Nabi, sebab dia memang anti-Islam, ajaran Islam tak sampai dekat dia.
7)Kadang2 dalam tak sedar kita juga menghina Nabi SAW sebab tak nak ikut ajaran Nabi SAW. Orang kata, kadang2 kita sibuk dengan orang lain, tapi diri sendiri lupa nak uruskan.
No comments:
Post a Comment