Saturday, December 29, 2007

Ikhtilat

Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini


1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar)Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil ‘warak berbungkus’.

2. CoupleDuduk berdua di taman-taman, kedai-kedai makan, berjaan berdua malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa. Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa/i berpendidikan yang berdua-duaan ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.
Sememangnya masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'jangan jaga tepi kain orang'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Sudah tida lagi ungkapan amar makruf nahi mungkar dikalnagn masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda denagn sewenangnya berdua-duaan.

3. "Cop awal-awal" Untuk Berkahwin"Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang." Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'cop' seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air hingga melibatkan keluarga.Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘cop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah maksiat.Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.

4. Telefon Tidak ‘Urgent’Menelefon dan berborak tidak tentu arah, yang tidak ada nilai significantnya sama ada soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, saya gusar apa akan kita jawab di hadapan Allah nanti.
Apa yang lebih malang, kita selaku daie, ulamak dan taruhan masyarakat di tanah air sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku.

5. SMS Tidak ‘Urgent’Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-DayuBercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki.Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’Laman YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah ke mana dan tidak menfokuskan kepada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.

Firman Allah Subhanahu waatala dan hadis berkaitan larangan terhadap isu ini adalah :

a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)
b. Allah SWT berfirman yang bermaksud,"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)
c. Allah SWT berfirman yang bermaksud,"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)
d. Rasulullah SAW. Bersabda yang bermaksud,"Pandangan mata adalah salah satu daripada panah-panah iblis, barangsiapa menundukkannya kerana Allah, maka akan dirasakan manisnya iman dalam hatinya".
e. Rasulullah SAW. bersabda,"Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah risiko bagimu". (HR Ahmad)
f. "... maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya..." (Al Ahzab: 32)Tuntasnya, persoalan ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita?

Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam.

Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.Justeru, sebenarnya langsung tidak timbul soal seksisnya kaum Adam dalam menghukum Hawa, tapi yang pasti Islam mengajar kita untuk berdepan dengan masalah dengan menggunakan ukuran kapasiti diri selaku manusia.Nah, masuk akal jika kita katakan perempuan yang dilebihkan oleh Allah dalam soal menjaga maruah dan harga diri sepatutnya lebih peka dan sensitif dengan masalah ini.

Namun ini tidak bermakna lelaki boleh berbuat sesuka hati. Selaku lelaki yang sifatnya dikuatkan oleh Allah dalam segala hal, sepatutnya tidak terjerlus ke lembah becak kemaksiatan.Jadilah lelaki yang mampu membela dan memimpin kaum Hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama-sama memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama? Jangan sampai suatu masa nanti anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita lakukan hari ini.

No comments: