Ketetapan awal Syawwal bagi negara kita adalah berpandukan penglihatan anak bulan. Jika ia berhasil dilihat maka awal Syawal jatuh pada hari tersebut dan kita diharamkan berpuasa pada siang hari esok. Sebaliknya jika anak bulan Syawal tidak kelihatan maka kita wajib meneruskan puasa pada esok hari. Pada hari ini disunat mengucapkan tahniah di atas kejayaan menyempurnakan ibadat dengan berjabat tangan sesama Islam seterusnya dijawab dengan :
Atau
Perkara sunat yang dianjurkan pada hari raya :
1. Menghidupkan malam hari raya dengan perkara taat kepada Allah Ta’ala seperti solat malam, zikir, membaca al-Quran dan lain-lain. Sabda Nabi saw yang bermaksud : “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan malam Aidiladha dengan mengharapkan ganjaran daripada Allah, tidak akan dimatikan hatinya pada hari dimatikan hati-hati yang lain.”
2. Doa pada malam hari raya adalah mustajab sebagimana mustajabnya doa pada malam Jumaat, malam awal Rejab dan Nisfu Syaaban.”
3. Mandi hari raya, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik khusus bagi lelaki. Bagi wanita tidak dibenarkan berwangi-wangian dan berhias. Juga dianjurkan untuk memotong kuku dan menghilangkan bau badan. Sunat juga memakai pakaian yang paling elok dari pakaian-pakaian yang dia ada dan yang paling afdhal ialah warna putih serta memakai serban.
4. Menunaikan Zakat Fitrah sebelum daripada umat Islam keluar untuk solat (mengeluarkan zakat lebih awal adalah sah)
5. Membelanjakan harta untuk ahli keluarga lebih daripada biasa, namun dalam had kemampuan.
6. Menzahirkan kegembiraan pada wajah apabila bertemu sesama mukmin, menziarahi sahabat handai untuk mengeratkan kasih sayang.
7. Menuju ke masjid melalu jalan yang jauh dalam keadaan berjalan dengan tenang. Manakala memilih jalan pulang yang dekat (jalan lain yang jaraknya tidak terlalu jauh)
8. Makan sesuatu sebelum solat (makanan yang terbaik ialah buah tamar dalam jumlah yang ganjil). Hal ini bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Anas katanya yang maksudnya :
"Adapun Rasulullahu Shallallhu ‘alaihi wasallam tidak keluar (untuk bersembahyang sunat hari raya) pada hari raya Fitrah sehinggalah baginda makan beberapa biji kurma."
10. Melazimi takbir bermula dari tenggelam matahari malam pertama Aidilfitri, takbir ini berterusan sehinggalah solat Aidilfitri dimulakan. Manakala takbir bagi hari raya Aidiladha bermula dari subuh hari Arafah dan berakhir pada waktu Asar pada hari terakhir hari Tasyrik.
11. Melazimi takbir dalam setiap keadaan, waktu dan tempat. Juga di sunatkan bertakbir selepas daripada solat wajib.
YANG PALING PENTING: SOLAT SUNAT AIDILFITRI
Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya pula adalah perkara yang paling penting dan utama bagi menyambut Hari Raya ini dari perkara-perkara sunat yang lain di dalam merayakan hari raya ini sebagaimana yang di jelaskan oleh pengarang kitab Fathul Bariy. Hal ini bersandarkan kepada hadis Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
"Sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (hari raya) ialah bersembahyang"
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
*Jangan main mercun,nak main jugak,boleh,tapi kena berani ,main bunga api je la.
*Sila rajin tolong mak ayah anda mengemas rumah,masak2,basuh pinggan,baju.
*Beramah mesra tanya kabar saudara mara anda.
4 comments:
kak mohaini,
salam raya ya :)
maaf zahir batin!
nak duit raya~
nova,
jazakillahu khair..
nak duit raya?
dah "besar" x leh,budak2 je duit rya neh.
salam... itik serati nie kalu buat gulai kerutuk sedap tuuu...
oh ye ke..
x pernah plak makan itik serati kerutuk.
btw,trima kasih komen anda.
photo+ayat2 di blog anda sungguh menarik..
Post a Comment