Thursday, August 20, 2009

Ramadhan datang lagi

Bismillahirrahmanirrahim

1)boleh bukak website ust.hasrizal untuk archieves ramadhan dan raya lepas2.
2)rasa cepatnya masa berlalu,sebabnya tak manfaatkan masa betul2.
3)ambil kesempatan untuk bersihkan diri dari timbunan dosa yang mencengkam diri.
4)holier than thou ialah exhibiting an attitude of superior virtue; self-righteously pious.maksudnya rasa macam diri dah bagus sangat,tak nak terima pendapat orang lain.umpamanya,seorang CEO ,tidak mahu menerima pendapat kakitangan bawahannya,kerana dia rasa dia dah tahu macam2,buat apa diorang nak menyibuk bagi pendapat,aku lagi terer ape!!ataupun budak pakai tudung labuh kena tegur ngan budak biasa2 (tudung x labuh),konon rasa cam ilmu dah banyak dan x mau terima teguran.
sumber:http://www.thefreedictionary.com

Motivasi untuk yang rasa cam malas-malas tuh untuk peringatan kehidupan ,insan selalu alpa .

Peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Ramadhan :

1. Peperangan Badar Kubra (17 Ramadhan tahun 2 hijrah)
2. Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan tahun ke 8 hijrah)
3. Sebahagian daripada peristiwa peperangan Tabuk (tahun 9 hijrah)
4. Tersebar luas Islam ke Yaman (tahun 10 hijrah)
5. Khalid al-Walid menghancrukan berhala al-Uzza (tahun 8 hijrah)
6. Islamnya Bani Thaqif dan mereka menghancurkan berhala al-Laata yang mereka sembah (tahun 9 hijrah)
7. Peristiwa Ain Jalut, iaitu tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Quthuz 915 Ramadhan 658 hijrah)
8. Pembukaan Andalus di bawah pimpinan Toriq.
Bagi yang dah rajin puasa mungkin kalam Imam al-Ghazali ini boleh dijadikan neraca ukuran, tahap puasa kita seharian :

Pembahagian puasa sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Ghaazali :

1. Puasa awam : ia meninggalkan syahwat perut dan kemalauan
2. Puasa khusus : ia menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan segala perkara dari terlibat dengan maksiat.
3. Puasa khususul khusus : hati yang berpuasa daripada kepentingan dunia dan memikirkan perkara duniawi dan meninggalkan segalanya serta segala-galanya ditumpukan hanya kepada Allah SWT.
sumber:ulamaummah.blogspot.com

No comments: