assalamualaykum...

Tuesday, March 04, 2008

bismillahirrahmanirrahim
kenapa aku terlalu alpa ?
kenapa masa yang ada tak digunakan sebaiknya untuk study atau buat assignment?banyak nye benda yang nak dibuat....kenapa tiada tekad yang kuat untuk berjaya
kalau dekat matrik memang dah tekad nak dPt pointer tinggi...nak tebus balik ketidak cemerlang prestasi kat sekolah.tapi sejak masuk uni..macam tak de matlamat...takpenah terfikir nak dapat yang terbaik ,padahal kat uni belajar makin susah,banyak subjek kena belajar,4 tahun dinegeri sendiri,suatu dugaan dan suatu nikmat,suatu kelebihan,suatu kekurangan ,kata ulama,kalau nak menuntut ilmu lebih baik bemusafir,agar lebih dapt menumpukan perhatian dan menghargai peluang yang ada.kesedaran itu timbul sekejap sahaja,pastu buat balik,tetapkanlah hati aku ya allah,masa yang ada dan tugas yang perlu dilaksanakan mesti diorganize ,.plan properly then insha allah u will get a proper result.,kena wujudkan kemahuan,pastu baru bersungguh2 usaha ,ingat ALLAH dah amanahkan KAMU untuk belajar ini,jgn sampai Allah tarik nikmat,takde masa nak main2,banyak lagi tanggungjawab yg perlu dilaksana.jangan tertipu dengan hawa nafsu dan tipu daya syaitan.ayoh ma,doakan kejayaan Inie,juga pembakar semgt tak lain tak bukan ikhwani wa akhawati : abe pu,kak na ,kak ja,adik2 aku -nor,ahmad,pijah,apih,sy mahu buat ma,ayoh bangga dgn kejayaan saya&mereka menitiskan air mata buka kerana kegagalan saya,tapi kerana kejayaan saya,kenapa saya selalu menghampakan harapan mereka?kenapa sudah lama saya tidak memberikan mereka "kejayaan " ,kenapa ....kenapa....berubahlah,wahai pemilik hati yang dikawal oleh Khaliq,tawakkaltu ila allah
Allah berpesan kepada kita:"...aPabila kamu sudah berazam,maka bertawakkallah kepada Allah..."(Ali Imran)

Mungkin sukar untuk meninggalkan tabiat yg buruk secara sekaligus,namun berusahalah untuk buat secara berperingkat,jgn lupa pergantungn kepada Allah.Terus merintih selalu meminta pertolongan serta kekuatan
Dan juga latih buat perkara"kecil2"yang sebelum ni pikir nak buat tapi buat masa teringat je.seperti baca basmalah sebelum mula apa2 keje...istighfar selalu-tengah jln,kedai,kelas,ngan kawan,kat tempat ramai org ke..
Nabi SAW bersabda:Dua kalimah yang ringan dilidah(mengucapkannyaa)tetapi berat timbangan pahalanya ,dan keduanya disukai ALLAH SWT iaitu Subhanallahi wa Bihamdih,Subhanallahil 'azim (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a)
Nabi SAW bersabda:Org yg paling dekat denganku dhari kiamat ialah mereka yang berselawat kpada ku(Riwayat Tirmizi)
jadi jangan pandang enteng kepada kebaikan dan amal kebajikan nih,even senyum ....
NICE WORD
"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan sebelum ini"
sekadar luahan hati,
begin with the end in mind.....
dunia ini ladang untuk akhirat.














0 comments: